Wednesday 11 September 2013

Trip to Pulau Manukan & Pulau Sapi

Hari tu aku & geng2 bukan kemain lagi planning nak buat trip ke Tunku Abdul Rahman (TAR) Marine ParkBersemangat tak hengat! Apatah lagi aku yang duduk KL pun sanggup turun ke KK. 1st day untk bulan September kitaorang jejalan ke pulau tersebut. Awal lagi kitaorang dah menapak ke Jesselton Point ambik speed boat. Sebab tu lepas je habis movie Elysium malam tu terus kitaorang balik hotel and zzzz terus, no stop2 ya! Nak simpan energy katanya...
Masuk2 je ke dalam bangunan Jesselton Point tu, makaiii..suma agent berebut2 panggil kitaorg. Masing2 tunjuk marketing  & communication skills! Akibatnya kitaorang jadi rambang mata. Senyap & terkedu! Akhirnya selepas beberapa minit kemudian barulah kitaorg decided mana satu kaunter yang kita pilih. 1st soalan yang keluar dari mulut kitaorang, ada diskaun utk student tak? Amboiiiii, mentang2 ada kad student ringan jer mulut tanya pasal diskaun. Haaaaa,, jawap2! Yaaa ada2..cepat juga staff kat situ replied sambil jari2nya sibuk tekan2 kalkulator. Dari rm200 lebih turun rm194, nego lagi til dapat rm181. Boat transfer dari Jetty-Pulau Sapi-Manukan-Mamutik-Jetty. Boleh kira murah la tu untuk 4 orang. Okay bang, settle kita ambik! Laju je duit dgn resit bertukar tangan. Kita ambil Borneo Ferry. Abang di kaunter tu sangat la friendly, sesuai laitu kalau kerja tourism kan kan? Aku pun kalau keja dengan travel agent company, confirm 24jam bercakap. Hahaha..
Maka bermula la holiday trip kami hari tu dengan 1st transfer ke Pulau Sapi. Sungguh kelakar bila awek-awek macam kami nie ada hati nak bercuti ke pulau tapi tersangat lah penakut dengan matahari. Amboi awek? Hahaha. Kalau ada setong sunburn cream, setong tu jugak la kitaorang boleh habiskan. Nak lumur 1 badan berinci2 tebal. Huahaha. Sudahnya semua tidur atas batu di bawah pokok dengan gaya bebas masing2. Nak pijak air laut pun taknak sedangkan orang lain kelihatan benar2 enjoy dengan aktiviti snorkeling, swimming, water activities and etc... Aku nak juga buat parasailing tapi tak jadi. Takut sunburn, hadooo..melampau! Hahaha.. 3jam di Pulau Sapi kitaorg transfer pulak ke Pulau Manukan. Ayuh kita sukat pulau ni!
 Tak rela nak korbankan 'kegebuhan' kulit kitaorg kpd sang matahari. Hahaha..
 Aktiviti di pulau ialah tidurrrrrr.... 


 Semata2 nak duduk bergambar d tempat ni, kitaorg dgn tak malunya minta pelancong yang duduk kat sini untuk lari jap. Alaaa, pinjam jer pun. Hahaha.. kitaorang memang outspoken! hihi.
Si cicak giant banyak bersepah di Pulau Sapi. Mula2 takut kang kena ngap.. tapi haiwan2 nie tak kacau kalau kita tak kacau dulu. Other than that aku tak tau lah..hihi
Entah apa masalahnya semasa 2jam di Manukan, kitaorg terlepas boat ke Mamutik. Sedangkan kita sharp jam 3pm ada di jetty. Mungkin juga penumpang lain nak cepat, tak boleh tunggu jam 3. So, disebabkan masa tak mencukupi utk ke Mamutik makanya kitaorg lepaskan hasrat nak ke Mamutik. Tapi ada syaratnya juga, refund money! Hahaha.. Jam 430pm selesai!
*Taman Negara Tunku Abdul Rahman merupakan kawasan perlindungan hidupan liar yang telah diisytiharkan oleh Kerajaan Malaysia dan terletak kira2 20 minit di perairan Kota Kinabalu, Sabah. Taman Negara ini terdiri daripada sekumpulan lima pulau (Pulau Gaya, Pulau Manukan, Pulau Sapi, Pulau Mamutik, Pulau Sulug) yang terletak di antara 3-8 kilometer di luar Kota Kinabalu. I am proud to be Sabahan ba! 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.