Tuesday 3 September 2013

Apabila HP tidak diperlukan (semasa exam)

Waaa.. feel so lazy after being so busy in the past few days *exam, on course, on leave! Sampai aku tak sedar sekarang bulan September sudah pulak. Still in August mood, ketinggalan! Hahaha.
Anyway, aku nak share satu cerita. Semua maklum hp sudah menjadi satu keperluan masa kini. Tapi ada juga masa2 yang kita tak memerlukan hp malah nak dengar bunyinya pun boleh menaikkan kemarahan orang ramai. Cerita aku nie nak kata lucu tak juga tapi bagi aku cukup menggeramkan! On 2nd day exam, kebetulan aku pilih table kat tengah2. So belah kiri kanan memang crowded la. Ramai students kan. Walaupun exam ni final 3rd sem tapi aku memang langsung tak bersedia. Last minit aku study disebabkan kekangan masa dan kerja yang banyak! Nak buat macam mana aku tak mampu jadi full time student. Banyak komitmen and in order to pay all my bills and duty as a daughter and a wife, i have to work, get my salary and do my responsibility! Adoiii sakit kepala..
So hari tu aku memang redha jer la. Mana2 yang aku boleh jawap syukur la, kalau soalan yang aku memang tak tau aku kira nak jawap pakai akal logik jer. Aku ni pantang tinggalkan soalan tanpa jawapan! Tak tau jawapan pun, tangan masih gatal nak tulis jawapan. Entah betul atau tidak but at least aku mencuba, ye dak? Hahaha. So hari tu, ramai jugak kengkawan yang mengeluh. Tak tau la, tetiba je pendengaran aku ni tajam. So aku dengar la keluhan2 baik belah belakang, depan, kiri, kanan. Tapi aku steady jer walaupun kepala macam nak pecah menyusun ayat. Tetiba aku dengar hp berbunyi. Kuat bunyinya siap ringtone lagu 'Sayang apa khabar denganmu'. Semua orang tercari2 sapa punya hp! Even pengawas peperiksaan pun jadi kelam kabut mencari tapi x jumpa kat mana! Exam hall besar la katakan.. Tapi tiada reaksi dari mana2 student sampai hp senyap. Bila da senyap, semua students da start masuk gear kembali. Aku pun tak terkecuali! Ikutkan hati, kalau aku tau sapa org yg tak reti nak silent mood hp tu, aku nak jer tampar2 muka tu! Nama jer belajar tinggi2, basic ethic pun tak reti! 
Selang 15mins kemudian, berbunyi lagi hp dgn ringtone yg sama! Tanpa sedar aku terlepas cakap 'adoiiii, pls laaaaaa...' Kali nie abang pengawas tu dapat detect dari mana bunyi tu datang. Dengan tegas dia ckp kat makcik (baya macam mama aku da) tu off kan hp tu. Makcik tu tanpa perasaan bersalah ambil hp & tutup. Lepas tu start menulis dengan laju. Langsung tak alert dengan sekeliling! Kitaorang yang lain memang dah cukup bengang! Tapi aku rasa takdelah sampai nak tampar muka orang tu sebab dia orang tua. Aku maafkan dia time tu juga tapi dalam hati jer. Kikiki. Habis jer exam aku report kat husband, macam bertih jagung aku bercerita. Walaupun aku geram habis2 tapi perasaan nak menampar tu da hilang. Hihihi.
Tapi sampai sekarang aku tak boleh dengar lagu sayang tu! Menyampah habis aku dengan lagu tu.. Hahaha! 
Memang la lagu tu tak salah, yang salah ialah si makcik tapi bila aku ingatkan dia orang tua, hati aku cair juga! Dia lupa la tu kasi silent mood hp tu, biasala warga emas *bersangka baik
*Semua oarang pernah menghadapi peperiksaan. Penting tak penting exam tu bukan isunya tapi semua exam ni memerlukan suasana yang senyap, sunyi & tenang supaya idea senang nak masuk. Apatah lagi kalau soalan subjective. Perah otak jugak nak memikir! Bukannya main hitamkan jawapan jer. So, kepada sapa2 yang bakal or akan menghadapi exam tu, tolongla alert! Kalau anda memang tak kisah sebab anda tergolong dalam golongan orang pintar/pandai/cerdik tapi at least hormatilah rakan2 yang lain. Tak semua pelajar mempunyai level pemikiran yang sama walaupun belajar di kelas/sekolah/kolej/universiti yang sama. 
*KL selalu hujan time petang, best nak tidur! Yeah t________t

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.