Friday 29 November 2013

Mahsuri's Tomb

Tumpang lalu..
Hampir terlupa aku sebenarnya ada blog, blog yang terbiar! Sedih tahap penyu tak bertelur 8 tahun ok! Makanya mari kita start menulis sebelum melangkah ke bulan December. Waaa, tak sangka end of the year suda rupanya. Begitu cepatnya masa berlalu, umur pun makin meningkat! Syukur, masih diberi peluang untuk menikmati hidup ini dan menulis sesuatu untuk akhir bulan November ni...
Kali ini aku nak bawa korang layan picture Mahsuri's Tomb yang sempat aku snap ari tu. Gambar2 nie hampir bangas dalam file. So, mari kita display suma. Cantik tak cantik belakang cerita. Kot2 korang yg belum pernah pergi ke sana terdetik hati nak pergi. Hahaha, siap promosi bagai!

 Ni la picture yang dikatakan sebagai Mahsuri. Kalau benar, sememangnya Mahsuri orangya cantik!
 Patutlah 'bini' pemerintah masa tu sangat cemburu dengan Mahsuri. Rupanya dia tak mampu menandingi kecantikan yang dimiliki oleh Mahsuri. Dulu2 pun hebat jugak PHD nya yaaa....Hahaha, choooiii!

 Mahsuri's Tomb. 
 Cantik rumah ni, 100% binaan kayu. Masuk2 jer terasa nyaman sekali. Sejuk! Yang tak bestnya perasaan was2 nak naik sebab takut roboh. Konon terasa diri tu berat bertan-tan. Hahaha, perasan sungguh aku ni! Padahal yang lain aku tengok relax jer. Siap baring2 lg! Lebih2 husband aku yang saiz 'boleh2' pun relax jer jalan2 dalam rumah tuu.. 
 Signboard Mahsuri's House. Aku pun nak buat macam ni la. Rumah org dusun terakhir tp rumah moden. Hahaha.

Orang kata 'boleh minum supaya apa yg diminta boleh dpt'.. Tapi aku tak sanggup! Setakat cuci2 muka & tangan tu boleh la kot. Nak minum? Maaf aku belum sampai ke tahap itu. 
*Subject sejarah memang interesting untuk dipelajari. Tetapi sejarah di negara ni banyak perkara yang lari @ menyimpang dari fakta asal. Banyak sangat yang diubah mengikut kemahuan @ kepentingan individu @ bangsa tertentu. Mudah2an satu hari nanti semakin ramai yang celik sejarah tentang sejarah negara ini.  
Jummmm....balik! (in Xmas mood >.<)

Saturday 16 November 2013

Telaga Tujuh

Macam malas jer, macam busy jer... Orang lain sibuk nak berparody macam cantik jer, macam comel jer.. so, aku pun tak nak ketinggalan jugak. Tapi aku punya versi lain sikit. Versi kebusyan aku sampai terlupa yang aku ni sebenarnya ada blog. Hahaha. Anyway, aku taknak la berparody cantik comel ni sbb aku memang tak cantik pun. Comel jauh sekali! Hahaha.. sikap down to earth yang melampau la pula! Ngehhh..
Ok, kita tinggalkan cerita parody2 ni. Meh, aku bagi korang tengok picture yang aku snap di Telaga Tujuh Langkawi. 


 Perjalanan mendaki bukit yang sungguh memenatkan! Hampir pitam aku menapak tangga batu yang disediakan tu. Dalam hati aku mengomel tak henti2. Napa jauh sangat ni? Mau tak mau aku paksa diri jugak... semangat2! Lebih2 bila pelancong 'warga emas' dari Netherlands begitu cergas menaiki tangga. Tercabar aku! 
 Akhirnya aku sampai jugak! Aku la yang 1st sampai kemudian en. husband & followed by d Netherland's tourist. Yehaaa..lega!

 Kitaorg berempat sibuk mencari 7 telaga yang dikatakan. Yang kitaorg nampak cuma air sungai yang begitu bersih & menyegarkan! Kalau memang takde rezeki nak tgk Telaga 7 tu apa buli buat la. Nak suruh aku 'jungle trekking' tak mungkin. Aku umpama nyawa2 ikan jer dat time. Itu la kalau lack of exercise. Insaf aku! Hukhuk..
Iklan jap.....jgn jeles! Hahaha
Otw turun tu terjumpa la pakcik staff yang keja kat situ. Aku apalagi ambik kesempatan bertanya mana lokasi sebenarnya telaga 7 tu. Dia jawab 'kat sungai tu la. kan ada bulatan2 sebanyak 7? haaaa, tu la telaganya'. Terdiam aku... explain kat husband & geng dr Netherlands tu. Kalau awal2 tau blh jer aku snap pic banyak2. Ni...tapun jer la. Nak naik balik? Sorry...aku tak mampu! huhu
 
Haaaa, ni jer pic yang ada telaga yang dikatakan tu. Itupun separuh jer sebab bukan itu point utama aku snap pic ni. Huhuhu..sandi!
*Fikir 2 kali kalau nak pergi ke sana lagi. Kalau nak pergi jugak, aku mesti buat exercise kaw2 sikit 2,3 minggu sebelum pergi. Hahaha...

Sunday 3 November 2013

Cable Car Langkawi

Aku ni gayat sikit tapi biasanya aku boleh kawal & enjoy with d moment kalau berada di aras tinggi. So, aku jarang menolak kalau buat aktiviti yang ekstrem or adventure sikit. Malah aku boleh jadi volunteer lagi. Hahaha. So bila tiba bab naik cable car di Langkawi yg rasanya lebih tinggi dari Genting Hinglands aku tetap excited nak naik. Ingatkan kami berdua je dalam 1 cable car tu. Rupanya yg masuk sampai 7 orang. Mak aii, ramainya! Mula2 terfikir jugak, dah la kami 7 org dalam cable tu boleh bertahan ke? Dah la saiz pun boleh tahan. Aku takut kang time tengah2 laluan ada masalah pulak.  Sayang nanti belum ada keturunan ni. Hahaha. 
Tapi bila da start gerak & nampak view yang super duper nice, amazing..terus aku lupa hal berat tak berat ni, tahan tak tahan nie. Aku enjoy tgk view macam ni. Release tension terus. Aku jadi alpa sekejap tapi masih sempat snap pic.. Hehe
 Kalau tengok macam gayat je, bergegar lutut. Tapi itu cuma perasaan aku jer. Bila masuk jer perasaan gayat tu automatic hilang. hehe 
 Nice view.. sejuk mata memandang..


Paling epic.. da la baju rimau belang! Hahaha
*Will be back again soon. Nak bawa family ramai2, baru best :)

Underwater World Langkawi

Zasssss, very long time no see! Super busy at maximum level. What to do, as a human being macam ni kalau mo hidup @ cari makan. Bertabah la duhai hati! Anyway, sesibuk mana pun aku bukan jenis suka perap rumah. Pantang ada masa & kewangan yang mengizinkan aku pasti keluar berjalan. Alaaa, tak jauh pun! Dalam negara je @ Langkawi. Spend time for 3D2N only. I've been to many places in Malaysia included rural area in Sarawak but I've totally forgot about Langkawi. Bila kwn2 officemate cakap pasal nie baru aku terfikir. Yessss, i have to go there. Cepat je aku plan & applied cuti! Haaa, ko ada? Hahaha..
Disebabkan masa yang singkat so schedule kitaorang memang padat. Penuh dengan agenda. Nasib baik kitaorang hired car, kalau tak jenuh jg nak cari teksi. Macam aku tak nampak sebuah pun bas mcm rapidkl tu. Ker aku yang tak nampak? Hahaha. 
Aku tak snap picture banyak2. Aku lebih suka cuci mata & berkhayal tgk pemandangan cantik. Kagum! Ambil pic view boleh jer tapi nak ambil pic muka sendiri..alahai, semakin hilang minat! Nanti la cari dulu dslr. Baru la semangat nak tangkap gambar. Hahaha. Btw mari kita layan pic semasa di Underwater World yg sempat aku snap pakai camera & hp aku yg cikai2.. hahaha. 
 Paling berjasa semasa kitaorg kat sini. Best jg drive Myvi ni, nak jer aku tukar Saga aku tu. Oppsss!
Signboard of  Underwater World Langkawi.

 Actually im looking forward to see a big shark tapi yang ni jer ada. Maybe taraf 'baby' lagi kot. Belum membesar sepenuhnya. Nanti aku dtg balik, nak check da cukup besar ke belum. Hoho 

 





 Pelik2 ikan ni aku tengok. Sedap ke kalau kena goreng garing ni? Tengok warna macam cantik.. hahaha

 Nampak lembut tapi sangat bahaya kalau kena sengat.

 Cacing ke ikan ni? Hahaha..
Pembukaan Underwater World Langkawi memang sedikit sebanyak memberi banyak kebaikan baik dari segi ekonomi or meningkatkan pengetahuan kpd pelajar or masyarakat setempat tapi spesis yang dipamerkan belum cukup banyak kalau compare dgn negara Singapore. Harap2 sedikit masa lagi boleh la kita compete dengan mereka pula. Takde yg mustahil kan.. Tapi yang aku tau setakat nie, apa yang aku nampak tak sama dengan apa yang aku nampak di internet :)
*teringin nak pergi ke Underwater World Singapore pula.. Lupa nak masukkan pic penguin tu & dugong tu. Cute je aku tengok.

Welcome November!

Pejam celik da hampir end of year. How fast d time flying.. Odoii! 
Btw, goodbye October & welcome November. Please be nice with me. Hope everything will fine this month :)


Tuesday 15 October 2013

Bible emergency numbers

When in sorrow, call John 14
When men fail you, call Psalm 27
When you have sinned, call Psalm 51
When you worry, call Matthew 6:19-34
When you are in danger, call Psalm 91
When God seems far away, call Psalm 139
When your faith needs stirring, call Hebrew 11
When you are lonely and fearful, call Psalm 23
When you grow bitter and critical, call 1 Cor. 13
When you feel down and out, call Romans 8:31-39
When you want peace and rest, call Matthew 11:25-30
When the world seems bigger than God, call Psalm 90
When you want Christian assurance, call Romans 8:1-30
When you leave home for labour or travel, call Psalm 121
When your prayers grow narrow or selfish, call Psalm 67
When you want courage for a task, call Joshua 1
When you think of investments/returns, call Mark 10
How to get along with fellowmen, call Romans 12
For great invention/opportunity, call Isaiah 55
For Paul's secret to happiness, call Col. 3:12-17
For idea Christianity, call 1 Cor 5:15-19
If you are depressed, call Psalm 27
If you want to be fruitful, call John 15
If your pocketbook is empty, call Psalm 37
If you losing confidence in people, call 1 Cor. 13
If people seem unkind, call John 15
If discouraged about your work, call Psalm 126
If you find the world growing small, and you great, call Psalm 19

'My presence shall go with thee, and I will give thee rest' (Exodus 33:14).
*Thanks God. God bless Malaysia..

Thursday 10 October 2013

Pesawat terhempas di Kg. Sinsan Kudat

Kejadian aircraft jenis Twin Otter yang terhempas di Kg. Sinsan Kudat semalam benar2 membuatkan aku terkejut. Apatah lagi ianya telah mengorbankan 2 nyawa termasuk co-pilot Marc Joel Bans. Kaget & terkejut tahap dewa. Aku da merasai pengalaman menaiki pesawat jenis ringan Twin Otter ni dari Miri-Marudi, Marudi-Bario and Bario-Miri. Aku memang sangat excited dengan 1st experience dengan aircraft ni. According to my husband lagi, pengendalian pesawat ni memerlukan skills sebab all in manual, tiada istilah auto pilot. Hanya pilot yang benar2 adventurous yang boleh handle pesawat nie. Tapi aku tau semua pilot yang bawa aircraft ni adalah antara yang terbaik (that's y dorang boleh bawa aircraft jenis ni). Namun malang tidak berbau. Pesawat berkenaan terhempas ekoran cuaca buruk ketika ia cuba melakukan pendaratan pada aras 900m. Laporan awal mendapati tiupan angin kencang menolak pesawat daripada mendarat di landasan. Kuasa alam. 



Gambar2 di tempat kejadian. Photo credit to: http://www.zulkbo.com

Yang ni pulak aircraft yang kitaorang naik semasa ke Bario last Feb.

*Deepest condolence to the family, be strong! R.I.P bagi mereka yang terkorban. Tuhan memberkati.

Kejadian lucu di gym

On the way balik semalam, aku bagi tau kat husband aku nak workout habis2 petang tu pasal aku makan nasi beriani banyak sangat. Licin 1 pinggan besar! Husband aku senyum jer. Dia memang tau la aku memang akan kotakan janji nak workout tu. Aku sungguh bersemangat, tak sabar nak sampai rumah!
Sampai2 rumah jer, aku terus get ready nak pergi gym. Aku memang nak sangat keluarkan apa yang aku da makan hari tu. Aku jadi resah kalau aku tak pergi gym sampai nasi beriani sepinggan besar tu terbayang2 depan mata. Fortunately i keep my word! Aku berjogging atas treadmill sampai lecun habis baju aku dengan peluh! Siap jogging aku continue pulak dengan cycling. Memang kaw2 la exercise yang aku buat hari tu.. Kalah2 atlit! Hahaha T__T
Tapi ada 1 insiden yang berlaku di gym yang membuatkan aku benar2 tak boleh stop nak ketawa. Semasa aku tengah berjogging atas treadmill aku nampak 2 ladies melintas di depan (dinding cermin gym depan treadmill). Lagak gaya macam nak g shopping. Pakai kasut (flat shoe khas untuk ladies) dengan pakaian yang seksi meksi (pants pendek). Belum termasuk rambut panjang curl mengurai. Memang cantik la penampilan. Beza sekali dengan aku yang bermandi peluh! Hahaha. Tup, tup terpacul muka drg dalam gym. Nak pergi exercise rupanya. Kebetulan treadmill di sebelah kosong. 1st lady mula la start jogging without warming up. Nak tegur tapi suara aku tak leh keluar. Bercakap sambil berjogging kang semput pulak! Tapi memang aku tak nak bersuara kang termengah2, look funny nanti! Yang lucunya 1st lady nie cara dia berjogging macam melompat2 katak. Hoiii, u're not allow to jump on d treadmill, u will spoil d machine! Cara salah tu.. Tapi aku tak larat kau nak bersuara, penat! Lepas jer aku turun dari treadmill tu, yang sorang pulak naik. Dia ni lagi hebat. Terus set kelajuan ala2 nak lari pecut. Terus terkakai2 kaki & tangan sambil menjerit2. Sepatah pun aku tak faham. Masa tu dalam gym ada 4 org lelaki termasuk husband sekali, sorang pun tak berganjak. Tolong tengok jer la! Aku tengok semua menahan ketawa. Nasib baik la jari dia last2 dapat reached d stop button. Kalau tak sempat, kompom jatuh tersembam. Kasihan memang kasihan tp kejadian tu dgn cara dressing dorang benar2 membuatkan aku tak boleh stop ketawa. Aku mmg la tak ketawa depan dorang tapi dalam pool aku langsung tak boleh berhenti ketawa. Ketawa makin dasyat bila husband lakon balik keadaan masa tu. Jahat tak jahat aku! Sampai sekarang aku masih ketawa kalau ingat balik kejadian tu. Lagi2 kalau datang gila nak lakonkan balik kejadian tu kat rumah. Hahaha. Sebelum keluar pool hari tu security kat situ report kat husband gym yang digunakan oleh 1st lady tu tetiba rosak. Kaaannnn.... Dorang ni da la berdressing macam nak g shopping pastu rosakkan facility kat gym lg. Geram aku!

Ni dia gym kat tempat aku.. FOC sebab memang facility ni khas utk residents. Anytime boleh pergi & memang sangat membantu. At least boleh aku bersenam daripada terperuk 'menggemukkan' diri di rumah. Aku gemuk ke? Hihihi.
*Bersenam penting untuk kesihatan. I like!

Wednesday 9 October 2013

Thanks Ex-Boss sebab belanja lunch :)

Semalam ex-boss aku nak belanja lunch. Katanya da lama berniat nak belanja aku makan tapi selalu tak dapat2. Busy memanjang jer. Lebih2 boss baru aku sekarang banyak sangat komitmennya. Bukan setakat jaga kitaorang jer. Nama pun memangku kan. Sebab tu unit yang ditinggalkan oleh ex-boss aku ni terpaksa belajar berdikari. Da tak boleh 'sikit2 refer boss'. Selagi boleh buat, buatlah. Cuma sebelum nak hantar or make a final decision barulah refer kat boss baru. Sebab tu busy macam ala-ala PM. Huh?? Actually boss aku ni da pindah, maklumlah dah naik pangkat. So mungkin dia ingat laitu pertolongan a.k.a  budi yang kitaorang tabur untuk dia semasa di tempat kerja lama. Sekarang dia nak membalas. Cun laitu boss! Aku sukaaa..Hehe. Dia siap jemput kitaorang kat office. Kitaorang berempat je pun! Sampai kat Seksyen 15, Bangi dia siap bukakan pintu belakang untuk kitaorg. Wow, terbaik! Rupanya kedua2 pintu seat belakang tak boleh buka dari dalam. Poyo jer nak start perasan. Hahahaha. T__T
 Ini aku punya. Nasi beriani dengan lauk ayam masak merah. Aku kata banyaknya? Tapi makan punya makan licin jugak. Habisss..kata nak diet!
 Yang nie kwn sekerja punya. Lauk daging kambing. Aku tak berapa suka dengan daging kambing so pilih lauk daging ayam jugak. Ayam melulu je aku ni! Lama2 nanti muka pun macam ayam T_T 
Nie ex-boss aku punya. Aku baru nak snap dia da start makan. Tak sabar sungguh! Tengok semangat dia nak bercerita sambil makan. Siap dengan body languagenya sekali. Hahaha.
Anyway boss, thanks banyak2 sebab sudi belanja kitaorang makan. Aku tak tau berapa banyak dia spent untuk kitaorang. Aku tak ambil tau pun. Yang aku ingat aku nak makan jer. Hahaha. Sampai office terus jadi ular. Terlalu kenyang sampai nak buat kerja pun tersenguk2. Mengantuk!
*Aku nie jarang makan nasi beriani. Aku kan jenis cerewet. Susah sikit nak makan makanan yang berkuah. Tapi betullah orang kata, kalau orang belanja apa2 makanan pun jadi sedap. Huahahaha.. 

Saturday 5 October 2013

Promo tiket murah...Airasia!

Yessss, another 2 months more to Christmas time! Tak sabar da nak balik bercuti & celebrate with my family, relatives & friends! Aku nak cuti puas2 kali nie. Aku da allocate cuti secukup2nya kali nie. So, sapa nak halang aku bercuti silakan tampil ke depan! Sikitpun tak gentar! Cuti aku lebih dari cukup. Orang kata kalau diibaratkan cuti tu macam kuah kompom dan melimpah2 keluar dari mangkuk! Huahaha. Jangan jelos uolls!
Kalau last year aku celebrate Christmas di kl, kali ni aku akan celebrate di Sabah. Sapa2 nak bawa aku bercuti aku memang tak nak sebab turn aku celebrate di sana tak mungkin aku sia2kan. Lepas Christmas maybe next year baru kita fikir yearly holiday pulak. Sekarang nie ticket flight da advance, boleh book awal2 da to avoid ticket yg mahal gegila. Sekarang nie Airasia da start promonya. Korang boleh check kat sini. Aku da tengok tapi sekarang nie aku cuma mengidam nak ke Bandung jer. So, walaupun tempat yg Airasia tawarkan hebat2 belaka tapi buat masa nie belum terdetik nak ke sana. Good girl jugak aku nie. Hahaha.
Kalau ada promo lagi hebat di masa akan datang, nanti aku try check2. Bukan senang dapat ticket murah nie. Payah nak berebut dgn org ramai! Maklumlah sekarang ramai yg da berkemampuan. Asyik terbang sini sana jer. So terpulang dengan luck & effort korang jer baru dapat ticket murah. Kadang2 bangun jam 2,3 pagi semata2 nak book kan? Its ok, aku pun pernah try juga. Tapi tak pernah dapat2. Bad luck jugak kan? Hahaha..
*Anyway, have a good day everyone. Aku nak balik daaaa....Cukup2 la ot. See ya!

Thursday 3 October 2013

Cuaca panas (Global warming)

Was thinking, what will happen to our world (earth) in d next 5 or 10 years? Our weather are changes rapidly! My husband said that i became paranoid, is it? Kebimbangan aku sebenarnya berasas. Aku tak menyalahkan tsunami, earthquake, hurricane, tornado... ini bencana alam yang mana telah wujud sekian lama dan tidak melibatkan manusia! Cuba kita pandang sudut lain yang mungkin membabitkan penglibatan kita. Ee, kita terlibat ke?  
Pengalaman aku. Adakah korang perasan sekarang cuaca terasa amat panas? Biasanya pagi selepas mandi aku akan mengigil kesejukan. Lebih2 lagi aircond tak sampai 15 minit diswitch off. Tapi sejak akhir2 ni selepas je mandi aku akan switch on kipas takat 3 biarpun masih terasa aircond. Aku sebenarnya tak tahan sebab keluar je dari bilik air, aku akan sweating. Very warm! Aku ingatkan aku sorang je yang perasan rupanya husband aku pun cakap benda yang sama. Aku cakap kat husband ni mesti pasal Global Warming! (haaaa...ni adalah masalah major dunia sekarang) Tapi apakah sebenarnya Global Warming @ Pemanasan Global ni? Ai pun tak reti sebenarnya pasal benda2 macam ni. Bercakap lebih kang susah pula kalau tersalah fakta. Tapi bagi ai, pemanasan global adalah berkaitrapat dengan peningkatan suhu dunia. Suhu bumi meningkat secara mendadak dan kadarnya berbeza mengikut benua or area tertentu. Betul la tuu. Suhu kat Asia beza dengan suhu kat Eropah. 
Bagi korang apa penyebab pemanasan global ni? Adakah kerana kita membakar sampah kat depan rumah or membazir tenaga elektrik? Betul juga tuu. Menyumbang juga kepada masalah ini. Tapi kita bercakap tentang dunia. Umum sedia maklum, kalau orang sesebuah negara or benua  buat macam2 yang mengancam kehidupan, semua warga hidupan bumi ini akan terancam. Ko terancam aku pun terancam! 

Meh, aku share maklumat yang entah dari mana aku cedok. Aku da lupa da! Haha.. sebenarnya entry ni da lama jadi draf dalam post aku tu. Tak jadi publish2..aku kan pelupa! So mari kita baca ramai2, kot2 sinar keinsafan datang. 1,2,3......
KEHILANGAN ais di Artik menyebabkan kesan pemanasan global meningkat dua kali lebih pantas. Ais putih sepatutnya bertindak seperti payung yang memantulkan semula cahaya dan haba matahari berbanding permukaan air yang menyerap dan seterusnya memanaskan bumi. Malangnya, kini peratusan ais yang tinggal telah menurun kepada angka paling rendah dalam sejarah.
Menurut Saintis ais, Profesor Peter Wadhams dalam temu bual dengan program Newsnight terbitan Perbadanan Penyiaran British (BBC), pengiraan yang dibuat menunjukkan permukaan air terbuka di laut lepas menyerap cahaya matahari dalam kadar yang 'bersamaan dengan kira-kira 20 tahun pertambahan karbon dioksida oleh manusia'. Pakar dari Universiti Cambridge itu juga mengatakan bahawa ais Artik kini semakin lenyap, seumpama spesies yang pupus.
Pada sekitar tahun 1980, jumlah ais Artik pada musim panas merangkumi dua peratus daripada permukaan bumi, namun sekarang ia tinggal separuh dan isipadu ais telah menjunam kepada satu per empat daripada asal.
Beliau juga menambah bahawa isipadu ais pada musim panas kini tinggal suku daripada keadaan 30 tahun dahulu dan ia merupakan permulaan kepada kemusnahan terakhir. Menurutnya, peranan sebagai 'payung besar' yang dimainkan kawasan kutub utara itu dipanggil kesan albedo. Ia memantulkan cahaya matahari ke atmosfera dalam.
Oleh kerana kekurangan permukaan salji dan ais putih yang sepatutnya bertindak demikian, bumi kini menerima kesan buruknya kerana sinaran yang patut dipantul keluar kini diserap permukaan air sekali gus menyumbang kepada kenaikan suhu bumi.
Suhu Panas
Sebahagian Lautan Artik kini mempunyai kepanasan seperti musim panas di Laut Utara walhal ia berada dalam zon sejuk.
Apa yang berlaku kemungkinan besar menimbulkan kesan 'menyakitkan' kepada United Kingdom, itulah kata2 Adam Scaife dari Pejabat Meteorologi Hadley Centre kepada Newsnight dengan menyifatkan ia turut berkait dengan musim panas yang sentiasa hujan. Beliau menyatakan bahawa beberapa kajian menunjukkan terdapat peningkatan risiko musim panas lembap dan bertekanan rendah di United Kingdom dengan keadaan ais yang semakin cair. Malah, musim sejuk juga semakin kurang sejuk dan kurang salji.
Pelbagai pendapat dikeluarkan mengenai nasib kawasan ais di Artik, namun Pejabat Meteorologi beranggapan ia tidak akan cair sepenuhnya pada musim panas sehinggalah tahun 2030.


Sekian. Lepas ni berbuat baik la pada bumi. Macam mana caranya, sayangilah alam sekitar! Kalau UK yang sebelum ni bercuaca sejuk pun akan terasa panas apatah lagi la Malaysia yang sememangnya bercuaca panas dan lembab sepanjang tahun. Aku tak boleh bayangkan kalau cuaca semakin panas. Dengar2 ada kejadian di China di mana semasa musim panas, suhu jalanrayanya yang panas mampu memasak telur dan merbahaya kepada orang ramai sekiranya jatuh ke atas jalan raya tanpa baju. Melecur katanya! 
So, mari kita tanam pokok ramai2. Kalau duduk rumah tinggi2 (flat ke, apartment ke, condo ke) tanamlah pokok dalam pasu. Pasu pun pasu la janji boleh tanam pokok. Tapi jangan pulak korang tanam pokok buluh yerr.. Aku tak boleh imagine ada serumpun buluh kat corridor apartment korang. Siap ada panda lagi! Hahaha. So, makanya tanam la pokok bunga. Simple but beautiful! Yang ada rumah atas tanah tu, pandai2lah tanam pokok buah-buahan ke. Kalau berbuah nanti aku serbu rumah korang..
*Pening kepala.. nak tunggu hujan turun pulak kali ni! Anyway thanks to google for d info. Babai ^-^

Goodbye September, welcome October!

Goodbye September, welcome October!
Begitu cepatnya masa berlalu. Macam baru semalam je aku sambut new year 2013. Nie da sampai penghujung 2013 pulak da. Genap setahun da aku menjalani rutin sebagai pekerja cum student. Syukur masih diberi kekuatan dan kesabaran untuk meneruskan pengajian biarpun berdepan pelbagai cabaran. Cabaran yang hampir2 melemahkan semangat cikai seperti aku. Syukur juga aku masih mampu berdiri dan tersenyum biarpun terpaksa terkejar2 ke sana ke mari. Masih gagah walaupun tak setaraf badang untuk melakukan pelbagai multi tasking yang amat memenatkan. Harapan semoga terus diberi kekuatan, kesabaran dan dipermudahkan semua urusan. 
So, goodbye September and please be good to me October :)
For one minute, walk outside, stand there in silence, look up at the sky and contemplate how amazing & awesome life is! Be grateful and live your life to the fullest. Have a good day ahead everybody! 

*'If you born poor, it's not your mistake. But if you die poor, it's your mistake'
Thanks Bill Gates. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.