Friday 27 September 2013

Selamat bertugas di tempat baru..

Waaaa..sedihnya aku! 2 rakan seofis last day ari nie. Dorang berpindah bukannya pencen ke, cuti tanpa gaji ke, tapi dorang berpindah atas kenaikan pangkat. Sob...sob...sob! *Aikkk, emo la pulak aku ni. Patut lompat2 keriangan kan sebab kawan2 naik pangkat, murah rezeki... Hahaha T__T. Aku bukannya apa, aku da biasa berurusan dengan dorang. Keja pun smooth jer kalau da kenal. Tak sama dengan dengan budak baru. Bukan nak kata segan tapi belum kenal susa jugak nak cipta 'keserasian' tu. Betul tak? Hahaha..keserasian la sangat! 
Tadi sebelum say goodbye, ta ta, laga pipi kiri kanan...opsss! sila abaikan. Tak berlaku pun adegan laga melaga ni. Huahaha. Kita 3 orang nie sempat lagi bergosip kaw2 ala2 meeting tingkap. Tak sah la kalau tak bergosip sebelum berpisah! Bukan mami jarum namanya, hahaha. Actually, kami bertiga nie sama2 sedang bekerja sambil belajar tapi berbeza universiti. Tapi rezeki dorang murah sebab yang sorang ada dip, yang sorang lagi ada STPM..yang aku pula direct so yang 2 org tadi boleh la apply jawatan setaraf dip/stpm tu. Aku yg setakat lulus KPSL N27 tu, jangan harap la. Lambat lagi la jawapnya. Bukan setakat lambat jer, tak sure pun ada rezeki ker tak nak naik. Tapi orang kata sabor je la! Think positif aku pasti naik..satu hari nanti..Hahaha, over konfiden la pulak!
Btw, untuk korang berdua..wish u all the best & jangan sombong2 kalau terjumpa kat mana2. Ingat2 apa yang kita da cakap tadi. Benda2 tak elok yang berlaku (sebelum nie..) jadikan pengajaran. Jaga kebajikan staff bawahan macam aku nie. Kalau nak bina gap between u & your staff, jangan la sampai macam langit dan bumi. Kalah2 raja pulak daaa.. Tapi jangan la pulak sampai kena pijak2 kepala. Kadang2 ada juga staff bawahan yg lagaknya macam pak menteri. Semua benda dia nak handle, sapu bersih. Tapi bila ada kesilapan 'orang atasan' jugak yang kena. Jadi staff bawahan senang jer, selesaikan keja yang diarahkan dgn jayanya dah la. Bab jawap menjawab biarlah orang atasan yang uruskan asalkan part kita nicely done. Apa2 pun rezeki masing2.
Good luck & selamat bertugas di tempat baru :)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.