Friday 6 September 2013

KK 31/8/2013

Aku nak continue entry aku tadi. Lenguh jugak jari aku nak tulis entry panjang2. So aku divided jadi satu persatu entry. So that mata pun tak letih sangat nak baca, ye dak? Hahaha. Ok la, agenda lain yang kami buat selepas dinner malam tu ialah tengok movie Elysium. Disebabkan pilihan lain cuma movie hantu maka kami sepakat memilih Elysium nie. Aku nie memang tak boleh tengok cerita hantu lelebih lagi The Conjuring tu. Eiiiii, kena bayar pun aku tak nak tengok! Penat kau menahan ketakutan ni! Taubat da sejak aku tengok Ju-On tu. Sampai hari nie aku masih rasa takut kalau cerita pasal Ju-On nie. Even nak sebut pun, aku tak lalu da. Cuba la start cerita pasal Ju-On, aku confirm lari 100m macam tak cukup kaki. Hahaha. 
Okay, forget about Ju-On or The Conjuring. Let's talk about Elysium. Aku memang suka filem Hollywood nie, walaupun cerita sains fiksyen tapi still nampak real. Lakonan kaku memang takde dalam istilah pelakon sebelah sana. Bukannya lakonan yang asyik2 makan, minum, cinta, syarikat, tidur....adoiii, penatlah nak tengok cerita macam nie! Industri mereka memang besar, so no wonder orang sana boleh jadi jutawan biarpun kerjaya cuma sebagai pelakon or penyanyi sahaja. Apalah industri hiburan kita kalau dibandingkan dengan mereka kan? Tapi seboleh2nya biarlah lakonan tu nampak real, tak kaku! Aku suka Nabila Huda & Ziana Zain bila berlakon. Memang menjadi! Peduli la kontroversi yg melibatkan Nabila Huda. Yang penting dia tak mengecewakan kalau dalam soal lakonan. Daripada yang bajet alim tapi bila berlakon...tak usah cakaplah!
Lagi satu aku panas sikit semasa di cinema, sebelum tayangan bermula semua penonton diajak menyanyi lagu Negaraku. Orang paling belakang tu sudahlah bising, ketawa macam nak pecah panggung tu lagi. Kalau taknak nyanyi diam2 sudah. Nie bising macam penjual ikan di pasar, nak jer aku lempang satu2. Tak reti nak hormat lagu kebangsaan. Kebetulan pla kawan aku nie polis, dia pun bercakap juga 'kalau tak nak nyanyi diam2' tapi budak2 PTI tu makin galak pula ketawa. Dasar keturunan kiram. Hahaha. Tu bukan aku yang cakap tu orang di depan yang cakap. Nak jer terlepas ketawa aku. Hahaha. Habis jer lagu tu, baru aku dgn kwn aku ketawa habis2an. Kiram oh kiram.. 
By the way, Elysium memang movie yang bagus. Kalau anda belum berpeluang menontonnya silakan pergi menonton. Berbaloi jugak..
Pasti tak mengecewakan.. Aku bagi 4/5 star rate untuk movie nie. Hihihi.
*Aku nak balik dulu..tak tahan bau rokok gudang garam. Ada jugak orang merokok dalam office nie, huh! Takde kesedaran sivik betul..cis!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.