Thursday 11 April 2013

Monthly diary

Aku pasti korang mesti ada Calendar untuk 2013. Tak kira la kat rumah, ofis ke or even dalam kereta. Aku ni bukan shj di rumah, ofis, hp malah dompet pun ada. Siap tick bagai! Yang kat ofis tuu memang confirm la penuh ruangan except weekend. Busy memanjang, kalah2 PM! 
Jum kita check schedule aku utk April 2013 ni. 
Rasanya schedule aku ni sama taraf dgn schedule pembantu menteri tak? Aku tak nak compare dgn PM, kang menjadi2 pula kebusyan aku. Sapa rugi? Aku juga....
*nak balik, hujan lebat.....bye!

Sembang petang

Bulan lepas aku berkesempatan duduk hospital. Amboii sukanya masuk wad! Alkisahnya da berminggu2 aku menahan sakit. Sakit apa, biarlah rahsia! Cewaahh, nak juga ikut style Dato' Siti. Husband da puas memujuk nak bawa ke hospital, aku boleh buat derk je sbb kunun masih boleh bertahan. Di ofis hanya sorang je yang tau mslh aku. Yang lain memang tak tau sebab lagak aku ni macam bukan orang sakit. Ke hulu, ke hilir..mcm tak cukup kaki je!
Sekuat2 aku, akhirnya aku tersungkur juga. Tengah malam 27th March tu aku nangis2 nak ke hospital. Tak tahan da..haa, ambik ko! Husband pujuk tunggu sampai pagi. Aku angguk je, yelah aku kan bangsa memahami. Tp nak tunggu pagi tu, alahai lamanya. Bertabah la duhai hati! Esoknya 28th tu pagi2 kami da meredah kesesakan traffic ke Assunta Hospital. Sampai2 je trs rujuk surgeon! Aku? Bulat mata bila dengar surgeon. Teruk sgt ke sakit aku smpai kena rujuk pakar bedah? Masuk je bilik Dr tu, aku terus rasa seram sejuk. Gila kau, dah lama free dari masuk2 bilik 'org penting' kat hsptl ni. Aku diam je, husband jadi PR aku hari tu. Hilang terus mood makcik ni nak beramah mesra dengan nurse & dr. Monyok je!
Akhirnya setelah penat mengexplain pasal sakit aku, akhirnya we all decided 'going home, start fasting on 29th March from 7.00am (next morning) and 1330pm in the same day, surgery akan dibuat ke atas aku'. Husband pot pet mengexplain lg dlm kereta time on d way balik. Information overload suda aku time tu! Malam tu aku melantak makan habis2an. Lagaknya macam itulah kali terakhir nak makan makanan sedap2. Hahaha, sakai! Malam tu tidur nyenyak kekenyangan :)
Esoknya sekali lagi kami meredah 'traffic jam'. Sampai2 je trs msk wad. Wad aku boleh tahan jg, Instead of sharing with others, aku duduk dalam single wad. TV, sofa and bathroom sendiri2, xde istilah sharing is caring. Channel pula astro, blh pilih channel sendiri. Lepas tu menu bfst, lunch & dinner blh pilih sendiri. Ada menu bagai, kelas kau maria! Waaa, bahagia hidup! Tapi benarla apa org ckp, keindahan hanyalah sementara. Jam 1200noon aku ditolak ke dewan bedah. Sambil menunggu 1330pm aku didatangi oleh pakar bius, Dr. Micheal Wong! Handsome kau, bagus PRnya. Tapi bila aku nampak dia dgn nurse tu bawa jarum, ikutkan hati nak je aku pecut 100m. Dah tu kena cucuk 2x la pula. Urat kat tangan tak clear sgt. Sakit btl, nsb tak nangis mcm budak2 tadika. Kalu tak, abis pintu tu kena rempuh by my husband! Lepas tu je, aku nampak la nurse2 tu bekerja keras pasang wayar bagai kat badan aku. Aku mampu tgk je, tak mampu buat apa2. Mata da berat dan akhirnya....zzzz....zzz.. ai sleeping beauty ok!
Sedar2 je da pukul 1500pm lebih. Perut da lapar, aku jadi tambah sakit..tak boleh duduk & tak boleh berdiri. Apatah lagi nak berjalan. Sampai 2,3x tanya nurse 'bila aku boleh makan?' dgn muka mcm sardin. Jam 1700pm baru drg bagi aku minum air. Kejap je aku abiskan air tu, lagak mcm stay kat gurun je. Aku tunggu2 makanan tak kunjung tiba. Rupanya aku blm boleh makan, frust menonggeng aku dgr! Jam 1800pm lbh baru aku makan. Tak sampai 10min aku abiskan makanan tu. Ayam masak kicap engkau, boleh tahan! Sambil makan menyempat lagi pilih menu untuk sok. Menu disediakan ok, tinggal tick je! 
Malam tu aku berehat macam mak datin. Tapi yg x bestnya setiap jam sekali nurse2 tu masuk bilik ambil tekanan darah, check fever and denyutan jantung! Nak tidur pn payah. Jam 2300pm baru drg release aku.
Esoknya, disebabkan progress aku yg mantap aku discharge ari tu jg! Lega, aku nak tidur puas2 kat rumah apatah lagi dapat MC 5 hari! Aku tak sanggup diganggu tidur setiap 1 jam sekali. Boleh kurus aku kalau mcm tu. Sebelum keluar hsptl sempat lg beramah mesra dgn nurse2 yang jaga aku. Assunta Hospital memang terbaik!
IC diri sepanjang menjadi penghuni wad..Haa, ko ada?

Husband yang kepenatan, tak sedar disnap. Btw, jasamu dikenang :)
Azam untuk mensifarkan MC bagi tahun 2013 nampaknya tidak kesampaian. Aku hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Redha je laaa :)




Wednesday 10 April 2013

Pekena FB..


Semasa 'menggodek' fb, tetiba aku jumpa ni. Jom layan!

10 perkara yang aku tau pasal awak.

1. Awak baca text ini
2. Awak manusia
3. Awak tak dapat sebut huruf 'P' kalau bibir awak tak bersentuh
4. Awak baru saja try buat
6. Awak ketawa sendiri
7. Awak senyum dan awak tak perasan no.5 takda
8. Awak check kalau ada no.5 tu
9. Awak ketawa sendiri sambil tersenyum
10. Awak nak share text ini supaya kawan2 awak kena juga
Awak awak awak awak awak awak awak awak
awak awak awak awak awak
awak awak awak awak awak
1. Awak memang malas untuk membaca semua perkataan di atas
2. Awak tak perasan aku ada tulis awek
3. Awak terus cari perkataan awek, sebenarnya takde pun
4. Awak suda terkena :)
5. Awak share la biar kawan2 awak pula terkena. Takkan nak terkena sorang je...

Ari tu stress aku went down, hahaha. Pheww!
~End of d story~ ngeee..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.