Tuesday 17 September 2013

Channel 732 'I killed my BFF'

Selamat Hari Malaysia! Walaupun dah berlalu semalam namun semangat nak wish tu masih ada. Hihihi.
Sungguh tak bermaya nak bangun pagi tadi, liat sgt2. Maklumlah berpeluang bangun lewat selama 3 hari, so apabila kena back to normal alahai...liat tak hengat! Kalau tak ingat ada keja urgent hari nie nak jer membuta ambil cuti..ehh?? Nasib baik la tak jadi, kalau tak sia2 jer terbuang cuti sehari. Choiiii!  
Semalam disebabkan aku bangun jam 10pagi..oppss! malam tu aku tak boleh tidur. Paksa mata tutup pun tak jalan. Otak ligat berfikir, terus terbit rasa menyesal 'napa la aku bangun lewat sangat hari ni. kalu tak sure aku dah tidur da saat ni. dah la esok kena bangun awal..' Uwaaahh, terus buat janji tak nak buat lagi. Mata tambah segar bila terdengar bunyi blender berteriak dari dapur. Apa ni?! Terus aku bangun menuju ke dapur. Aku tengok encik suami super busy memblend carot+saleri+green pepper+green apple+apple merah+starfruit buat juice. Aku pot pet kat belakang, baru dia menoleh sambil senyum2 langsung takde perasaan bersalah. Sakit jiwa aku dibuatnya! Tak faham aku, dah lewat jam 10pm baru busy buat juice. Hadooo, sabar ja la.
Disebabkan mata yang super segar bugar, i decided utk tengok tv. Semalam kena pulak semua channel boleh tengok. Khas sempena Hari Malaysia katanya! Channel 732 adalah channel pilihan aku which is Crime Investigation. Based on true story 'I killed my BFF'. Agak menyeramkan apabila kawan paling rapat umpama adik beradik sedari dari kecil adalah insan yang bakal/akan menamatkan riwayat anda. Sadis sungguh! Motif pembunuhan senang jer, dendam & sakit hati! Perasaan tidak kena tempat apabila perasaan dendam dan sakit hati itu berpunca daripada kegiatan tidak bermoral oleh si pembunuh dan rakan2nya yg lain. Kawan dan rakan2nya memecah masuk kedai, mencuri dan meletakkan barangan curi tersebut ke dalam rumahnya di luar pengetahuannya. Dia hanya mengetahuinya apabila mereka mengakuinya dan berjanji untuk memulangkannya. Walaubagaimanapun, perkara tu tak sempat dibuat apabila polis & empunya barangan terlebih dahulu bertindak dan menemui barangan tersebut di rumah dia. Tentu2nya dia tidak akan mengakui hal yang tidak dilakukan iaitu mencuri kan? Dia tidak mengakui tetapi melaporkan kejadian yang sebenar. Atas sebab inilah BFF tadi dibunuh dalam keretanya sendiri dan mayatnya dibuang tanpa belas kasihan. 
Ternyata Tuhan itu maha adil. Selepas pembunuhan tersebut, si BFF nie tak dapat menjalani hidupnya dengan tenang. Dia dihantui perasaan bersalah sampai termimpi2. Disebabkan tak mampu menanggung penderitaan tersebut, she admitted the murder. Bersama-sama dengan rakan2nya yang lain, BFF tadi dikenakan hukuman penjara seumur hidup. She was denied for parole! Yesssssss, aku sampai terlompat! Opps over pulak. Huahaha. Anyway good for her.. Ingat cincai ke hukuman kalau da senang2 cabut nyawa org lain?! Setakat 2,3 tahun? Kalau macam tu, org gila yg suka membunuh tu bertambah la bilangannya. Keluar masuk prison, untung dapat makan free huh?! End of the story, she was appeared on d screen nangis2, saying regretted..hoiii tau nangis, menyesal tapi time nak bunuh orang tu tak fikir pula. Tiada makna! Geram aku...
*BFF means Best Friend Forever. Sekiranya anda mempunyai BFF sila hargai mereka. Hargai persahabatan yang terjalin. T__T

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.