Saturday 29 June 2013

Man of Steel


Semlm sampai2 je kitaorg dr keja, trs get ready utk ke sunway pyramid. Nak catch up movie Man of Steel jam 1120pm. Penat mmg penat tp kitaorg tolak tepi, nk jg p. Sbb hujung minggu  ni kitaorg tak available. Tkt pla nak tunggu lama2, kang x smpt tgk pulak. Aku xnak da menyesal mcm time Iron Man3 dlu. Frust menonggeng aku dibuatnya. Kitaorg bukanla kaki wayang tp klu da movie yg best2 msti kitaorg terpacak kat cinema. Kecuali time iron man tu. Frust gila, nsb baik x berpanjangan gila tu! 
Anyway aku xnak cerita panjang2 psl kekerapan aku g tgk wayang sbb ramai lg d luar sna yg lg kerap, almost every week. Hehe. Yg aku nak cerita ni psl movie tu smlm. Memula kitaorg xnak g tgk, yelah konon superman tu wayang budak2. Pakai spender pun x reti. Mati2 aku ingat movie tu sma la dgn superman yg slalu aku tgk time kecik2 dlu. Tp feedback org ramai pasal movie ni btl2 d luar jangkaan aku. Family pn cerita2 jg. Aikk, aku pn xnak la ketinggalan. Bincang2 dgn hsband trs kitaorg decided nak g tgk. Start je movie aku da mula rasa 'owww awesome'. Kesan khas mmg nampak real & menjadi. Di tambah dgn barisan pelakon yg terkenal & hebat2. Wow mmg epik! Ditambah lg dgn jalan cerita yg aku anggap boleh tahan, aku nak ke toilet pn x lalu! Selalunya aku g toilet sblm movie start tp olh sbb aku trlampau excited aku lupa ke toilet. Pertengahan movie aku da rasa nk ke toilet ditambah dgn rasa sejuk, aku  tahan sampai habis movie! Habis2 je movie trs aku keluar mcm lipas kudung mencari toilet, husband tinggal blkg. Hahaha. Movie ni bagi aku mmg best la cuma aku tak berapa berkenan dgn kain merah yg dipakai oleh Mr. Superman ni. Kain tu sgt la mengganggu and penjahat hayun2 superman dgn menggunakan kain tu. Geram jg aku tgk. Ke kain tu signature superman? Aku ingat spender tu yg jd signature or rambut depan da huruf S tp aku tgk dua2 da xde. Imej superman da berubah. Tp kain tu? Kalau kata utk terbang, aku tgk penjahat tu relax je terbang2 tanpa kain tu. Aku mmg xsuka kain a.k.a sayap tu. Haha..anyway overall mmg best la, mmg berbeza dgn movie superman dlu2. Jum tinggalkan imej superman dlu2, kita ganti yg terbaru ni pulak. Superman yg hensem!
*x sbr nak tgk Thor 2 pula..

Friday 28 June 2013

Dia..pakar motivasi!

Orang lain dok sibuk dgn exam KPSL, aku pula attented kursus Pengurusan Stress. Kursus mcm ni sebenarnya da banyak kali aku ikut semasa di jabatan lain tapi gatal nak ikut jugak. Reason? Aku sebenarnya bukan sahaja nak menyempurnakan kuota 7 hari setahun tu tapi juga disebabkan oleh penceramah yg diundang. Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj kau! Sapa tak kenal tuu, kompom tak pernah baca buku motivasi ni! Hihi. Aku tak heran la kalau pasal retis2 engkau tak kenal tapi pakar motivasi off course try la ambik tau. Boleh la try petua2 nak jadi insan cemerlang dari dorang. Kot mana tau satu hari nanti korang jadi pekerja yg cemerlang, gemilang & terbilang. Jangan jadi cemerlang, gemilang & tembirang sudah!
Aku sebenarnya selalu baca buku motivasi and tulisan dia dalam majalah wanita. Memang hebat cara dia menulis. That's why la aku jadi tak keruan bila aku tau dia yang akan bagi talk. Nak sangat jumpa dia in person or face to face. So time kursus tu aku da snap juga pic dia tapi tak la byk sgt. Yelah tujuan nak menghadiri kursus, nak tau cara2 hilangkan stress so aku sedar diri. Snap bila ada peluang je! Aku tak nakla org nampak aku jakun ke, sakai ke..malu kau!
Seisi pagi 8-10am. Kaler kuning kot & tie dia. Memula pelik juga sebab tak ramai lelaki pilih kaler macam ni. Maybe fevret kaler kot..
Mati2 aku ingat dia ni tinggi tp rupanya lebih kurang dgn kita org je..hihi
Opppss..kaler pink pulak? Da start otak ku ' aw, aw ker dia ni?'. Jahat tak jahat aku ni.. hahaha
Maybe dia faham kot ramai yg tertanya2 dgn kaler pilihan dia. Rupanya itu mmg style dia. Setiap warna ada meaning bagi dia. Boleh bagi aura +ve kat dia. Hmmm, aku pn nak jugak la. Haha
Baikla, purple pula utk sblh petang. Memang colourful btl dia ni.. hihi

Dia mmg friendly la jugak..
Habis drg ni dia kejakan..permainan yg kena fokus! Terbaikkk..
Overall, aku suka cara dia ni. Memang terbaik. And rupa2nya dia da kahwin. Jahat aku fikir dia aw,aw sebelum ni. Betul la org ckp 'tak kenal maka tak cinta'. Hahaha
*urus la stress anda dgn bijak jika x mo ada penyakit jiwa. hahaha. Bye!





Thursday 27 June 2013

Perhimpunan Hari Pekerja 2013

22/6/2013 diadakan Perhimpunan Hari Pekerja 2013 bertempat di Stadium Bukit Jalil. Sebagai urusetia seranta yg dilantik, kitaorang memang busy tahap gaban. Seawal 9am 21/6/2013 kitaorang da berada di stadium untuk prepare mana2 yg patut. Memang banyak keja la. Keja berkaitan perhimpunan ni dimulakan start petang 20/6/13 lg. Nak kata penat, tak boleh cakap la. Memang da symp so kena buat la juga. Tapi kami memang seronok sebab kitaorang keja secara bekerjasama. Takdenya istilah kau, kau & aku, aku. Pendek kata sedap la buat kerja. 
Disebabkan aku kerja di kaunter pendaftaran untuk media, makanya sikit ja gambar2 yg sempat aku snap. Kecewa jugak la tapi sikit je la. Hihihi.. Jum layan!
IC diri sepanjang berada berada di stadium. Siapa tak pakai, jgn harap la boleh masuk. Da pak guard tu, muka ok je tp tegas melampau2. Kena ugut dulu baru boleh masuk. Yelaa, kalau emcee balik tak ke spoil majlis tu nanti? Haaa, tau takut!
PM tgh bagi speech. Tapi butirannya aku tak ambil kisah. Hahaha
Colorful di stadium hari tu. Macam2 warna drg pakai tp looks good sebab takla skema sgt. Haha

Tmpt vip nampak kosong. Hmmm, takde kot vip time tu. Kalau ada pun suma duduk di main stage, together with our PM. Yg lain tu macam aku je, org kebanyakkan. Ngeee..
Boleh la ramai jugak yg datang. Takde la nampak kosong..
Hari tu aku kenyang makan nasi arab. Portion utk sorang boleh 3 orang makan. Banyak gila.. Belum sampai separuh aku makan, aku da jadi ular. Hampir2 tak boleh bergerak, kenyang sgt2. 
Hilang rasa kenyang, terus mengampai. Nasib baik kat rumah. Kalau masih kat stadium? Ni kali la..
*diet hancur...




Wednesday 26 June 2013

Cerita dulu2

Pernah tak korang bersaing ala2 gila dlm hidup korang? Or korang jenis yg tak kisah, biar org lain sendiri sedar yg korang mmg pandai or 'kureng'. Aku pula jenis suka bersaing. Sihat tak sihat aku tak pasti. Korang nilai la sendiri based on my story. Kikiki.. Zaman sekolah, aku bersaing hebat dgn abg sepupu. Kebetulan pula kami seusia. Pantang abg sepupu maju ke depan sikit, aku akan struggle utk mengalahkan dia. Aku memang tak boleh tengok result dia lebih baik dari aku. Kalau aku dapat markah tinggi, kembang semacam hidung aku nak tunjukkan semua family. Tapi bila aku dapat low mark, jangankan nak tunjuk, nak tunjuk muka pun aku tak lalu lelebih kalau abg sepupu dpt mark tinggi. Tetapi baik aku maupun dia, kami masing2 da kelebihan tersendiri. Aku lebih kepada bahasa & karangan manakala abg sepupu lbh terror dlm hal kira mengira. Aku lembab sikit pasal kira2 ni. Tapi kalau bab mengarang, aku boleh habiskan 6 helai muka surat kertas kajang. Hahaha..
Dapat je result PMR, parents kitaorg hantar kami ke sekolah nun ke utara, SMT Kudat. Time tu sekolah2 teknik macam ni memang high standard. Kalau result tak ok, jangan mimpi la nak masuk. Dalam ramai2 yg memohon di kg, kami berdua sahaja yg selected. Bangga tahap gaban aku time tu! Kebanggan aku hanya bertahan selama 2weeks. Aku tak mampu bertahan dengan cuaca panas, ketiadaan air dan jd kuli kpd pelajar senior (minggu orientasi). Aku faham la jg orientasi ni macam mana tapi nak angkat 1 baldi air dr tingkat bawah ke tingkat 3, tak gila ke tu? Da la time tu aku kurus macam lidi je. Kalau lift ada, bukan setakat 1 baldi aku boleh..sampai habis air kat tangki tu aiman tak kisah! Haha..mama kata aku nie manja tak bertempat, lagi aku hangin! Selepas 2weeks aku dgn kazen tu sepakat nak berhenti, xnak sekolah kat situ! Puas dipujuk tapi x jalan, mmg nekad sgt! Menyesal aku sekarang.. Selepas menganggur 2,3 hari kazen aku melapor diri di sekolahnya terdahulu dalam aliran sains. Berdesing telinga aku dengar. Nie tak boleh! Pada awalnya mama nak aku sambung di sekolah lama tetapi kouta da penuh. Aku melompat2 riang pasal class aku dulu aliran sastera. Aku suggest kat mama, aku nak sekolah di tmpt abg sepupu tu. Aku pun proceed la permohonan and diminta melapor diri. Mulanya aku teragak2 takut dpt class yg aku tak suka. Riang bukan main aku bila dapat class yg sama dgn kazen tu. Yesss, aku mmg suka bersaing lebih2 lg dgn kazen ni! Result kami memang win2 situation sbb aku lembab mengira tp hebat mengarang dan dia pula sebaliknya. Hahaha. Habis je SPM dia continue form 6, aku pula sibuk mengikut kwn2 masuk kursus pertanian. Entah la, aku memang langsung tak minat tp nak juga. Pengaruh kawan la kot rasanya. Aku mmg tak boleh berenggang dgn drg ni. Puas mama pujuk pun aku tak nak jugak. Alasan otak da tak cun. Siap kena warning tapi aku memang da berkarat masa tu. Budak tak matang, memang la. Hahaha..
Habis kursus haaa, menyesal tak sudah!
Kazen da dapat diploma, aku hanya mampu berbangga dengan spm. Sedih tak sedih cerita aku ni. Dia dapat kerja bagus, aku masih terumbang ambing. Masih mencari port yg selesa. Dia fluent ckp english, aku pula masih merangkak. Alahai...hilang keyakinan aku! Tiba2 dalam sekelip mata semua berubah. Tetiba aku dapat keja ok (walaupun bukan taraf bos), mulai belajar step by step cakap english.. Then suma jadi balance dgn kazen. Cumanya dia mendahului dgn diploma dia. Aku mmg gatal nak diploma juga. Konon nak setaraf dgn dia. Akhirnya selepas penat berusaha aku berjaya menempatkan diri utk sambung study. Ingat nak ambil dip tapi alang2 layak ambil lebih dari itu maka lebih dari itu (dip) juga la yg aku pilih. Hihi..Kazen dgr dia pun nak juga, skrg ni dia sibuk belajar di universiti lain. Memang pantang betul! Dia kahwin, aku pun gatal nak kahwin. Boleh tak macam tu? Cumanya rezeki dia utk timang anak sampai lebih dulu dari aku. Aku masih bersabar menunggu rezeki itu dtg.. Huhuhu..
Tapi yg baiknya kami tiada perasaan hasad dengki, iri hati, cemburu.. Family cakap sikap kami macam itu lah yg menjadi pendorong kami utk buat sesuatu lebih baik dari yg lain. Hehe..
*yg suka bersaing tu sila jgn simpan penyakit phd dalam diri..tak baik malah memudaratkan! Eaa..

Haze

Teruknya jerebu sekarang ni yer? Takut aku.. Nak keluar rumah pun mcm  berfikir 2,3 kali lg. Tapi nak tak nak kena kluar juga. Yelah nak pergi kerja kan. Makanya pakai mask je la jawabnya. Memula husband refused nak pakai, konon tak jantan la kalau ada mask tu kat muka. Aku jawab, jantan lg ke kalau sakit nanti? If masuk hospital, title jantan tu blh tolong ke? Aku da geram tahap dewa. Dlm keadaan mcm ni pun masi dok fikir jantan tak jantan, huh! Aku pula mmg tak kisah, siap cari mask kaler pink lg. Nasib baik takde jual. Haha, kalau ada lagi la husband xnak jalan bersama. Kalau ye pun, 4 batu jauhnya dr aku. Haha, minah ni! Hahaha
Aku x boleh imagine mcm mana teruknya jerebu kat Indonesia. Maybe lagi teruk dari ini kot. Eee, geleng kepala aku terus! Family kat Singapore pun tak tahan, suma lari p Melaka. Tapi yg kesiannya Melaka pun jerebu juga. Alalala..sabar je la kita. Bak kata  TS P.Ramlee dugaaaaan. Dalam keadaan mcm ni, langkah2 keselamatan kena la diambil. Jangan da sakit baru nak amalkan langkah2 tersebut. Susah aa mcm tu.. Langkah2 keselamatan ni korang boleh rujuk di sini  . Hehe, aku malas nak copy paste sekarang nie. Hahaha..
nie aku ambil di beranda rumah aku kat sunway. Tgk tu blok di depan macam da samar2 da..
Macam sesak nafas aku tgk jerebu tebal mcm ni..ngeri!
Biasanya bangunan Sunway Pyramid dari sini clear je. Tapi musim jerebu ni langsung tak nampak.
Haaa, bahaya tak bahaya jerebu nie. Boleh merosakkan sistem pernafasan kita. Silap2...ee, tak nak la aku lebih2. Sendiri mau ingat la. Dah la hujan liat nak turun. Panas gilaaa bumi ni..
Update: Yehaaa, hujan da turun. Gila lebat macam taufan pulak. Pokok2 byk yg tumbang, pasu bunga yg berat2 boleh terbang, pecah..gerun pulak aku tgk! Drive balik ari tu semua org pasang double signal. Yg naik motor ramai yg berhenti bawah jambatan. Kang terbang pulak kalau paksa jalan dalam hujan & ribut yg kuat. Btw, thanks God for everything. Semua yg terjadi ada reasonnya yg tersendiri. Itu pasti. So berhenti mengeluh & bersyukur la. Ta..ta..ta..bye!

Tuesday 25 June 2013

Panduan bijak membeli kereta

Aku ni bangsa jarang baca paper. Kalau adapun sekilas je, takde la baca concentrate sesangat. Pandang2 gitu je kecuali la kalau ada benda2 yg menarik. Kalau xde, hmmm haram. Sentuh pun tak! Tapi ari tu, time aku jeling husband yg baca paper, tetiba aku nampak 1 kolum tertulis kata harga kereta turun. Bulat mata aku tgk, proton saga FLX merah pula tu! Aku sikit menyesal juga la, napa la aku tak sabar2 beli kereta dulu ye. Baru 9 bulan je aku beli, terus harga turun pula. Potong stim tul la. Anyway bagi sapa2 yg terasa nak beli kereta tu, meh aku bagi korang panduannya. Panjang ea, berjela2! Hahaha..aku tak ikut pun. Saja nak bagi korang stress baca. Haha..
Panduan bijak membeli kereta:
i) Buat perbandingan dan dapatkan nasihat untuk membeli kereta yang bpleh diharap dan memenuhi keperluan anda.
ii) Pertimbangkan harga jualan semula atau nilai tukar beli kereta sekiranya bercadang menjual atau menukarnya kelak.
iii) Kaji dan bandingkan kebaikan dan keburukan membeli kereta baru atau terpakai serta tahap kemampuan anda, sebelum membuat keputusan membeli.
iv) Jika anda ingin membeli kereta terpakai, dapatkan khidmat mekanik yang boleh dipercayai atau lakukan pemeriksaan PUSPAKOM terhadap kereta tersebut.
v) Rangka bajet dengan mengambil kira ansuran bulanan kereta dan kos lain seperti petrol, air, parkir, cukai jalan, insurans dan servis serta perbelanjaan luar jangka seperti kerosakan atau kemalangan kereta.
vi) Sekiranya anda perlu membuat pinjaman, cari pakej pinjaman terbaik yang ditawarkan oleh institusi kewangan, terutamanya kadar faedah sebenar yang dikenakan.
vii) Tambah tabungan agar dapat membuat bayaran pendahuluan yang lebih banyak. Dengan jumlah pinjaman yg rendah, anda dpt menjimatkan jumlah faedah dengan tempoh pembayaran yg lebih singkat.
viii) Elakkan penggunaan kad kredit untuk membuat bayaran pendahuluan.
x) Pastikan anda mempunyai perlindungan insurans komprehensif yang mencukupi bagi menampung perbelanjaan membaiki atau kerugian sekiranya berlaku kemalangan atau kecurian.
Haa, tu je la panduannya. Tak ikut pun, tak pa! Aiman tak kisah pun. Btw, hebat betul jerebu sekarang ye. Ni la saat yg paling ideal utk tukar motor tuu. Kesian kang terdedah dgn haze ni, palagi kalau perjalanan jauh. Kalu pakai kereta, at least tak payah pakai mask bagai. Boleh baring2 ea..
Ok la, bye! Aku takut jerebu ni...

Tuesday 18 June 2013

Coronation of the new King

Percutian ke Holland baru2 ini memang memakan banyak perbelanjaan. Tetapi ianya difahami kerana nilai currency drg yg sememangnya lebih tinggi dari negara kita. Kalau la nilai currency dorang setaraf dgn nilai currency negara, maunya hari2 terbang ulang alik. Malaysia-Europe, wow kelas kau! Dapat la juga memijak negara orang. Takkan terperuk je kat Malaysia kan? Walaupun ada orang kata, tak payah la pergi ke luar negara bagai. Ulu Sugut pun tak pernah pergi. Amboiii, sedap je dia memperlekehkan kita! Aku tak kata Malaysia takde tempat2 menarik. Ada, sungguh banyak! And anytime boleh je pergi kalau keadaan mengizinkan. Aku pun travel juga dalam negara kita ni. Bahagian rural di Sarawak tu pun aku sampai juga, Marudi, Bario. Ramai je org Malaysia tak tau di mana lokasi tempat2 tu. So aku kata apa salahnya kita try pula menghirup udara di luar negara. Keadaan mengizinkan, blah je la kan.
Tapi percutian aku kali ni agak adventure sikit. Kalau di Sydney dulu kitaorg terlalu relax sebab stay dengan uncle tp Amsterdam? Kitaorang takde sesiapa, so kami kena independent sepanjang seminggu berada di sana. Yg bagusnya orang2 Holland nie semuanya boleh converse in english. So sedikit sebanyak memudahkan perjalanan percutian kami. Kalau kata sesat, selagi korang rajin bertanya ianya pasti takkan berlaku. Percutian kali ini juga agak istimewa sebab kami berpeluang menghadiri Coronation of King Willem-Alexander yang jatuh 30th April, 2013. *Thats why semua hotel naik harga 3x dari harga biasa, matai!* Anyway, his mother Queen Beatrix turun taktha selepas memerintah Netherlands selama 33 tahun. Uiiii, lama jg! Hari tu orang ramai start berkumpul awal pagi. Suma pakai baju color orange. Macam2 fesyen yg penting color orange. Ada juga yg tidur di depan palace tu. Bersesak2 macam sardin. Disebabkan aku ni macam pokok bonzai je, aku tak jadi nak berhimpit2 dgn orang ramai. Husband je la yg sanggup meredah lautan manusia tu. Aku pula duduk2 sambil minum kopi. Tunggu husband sambil menemurah orang2 di situ. Boleh tahan peramah jugak aku ni! Hahaha..Ayuh kta check picture yg husband ambil. 
Disebabkan jarak yang jauh, gambar ni agak blur sikit. Anyway yang tu King Willem-Alexander & Queen Maxima. 
King Willem-Alexander with his family (Queen Maxima & 3 princess)
Kuda dorang pun besar2 & tinggi2. Ikut baka orang di sana juga. Kalau aku nak naik sure kena pakai tangga kot. Malaysia punya kuda besar & tinggi tak macam ni?
The palace. Dataran di depan tu seinci pun takde ruang time coronation. Tidak sesuai sekiranya anda ada asthma. Semput kang..
Besar sungguh istana ni. Di tengah2 city pula tu..
Lautan manusia..masih ramai lagi tp tak masuk cam aku. Haha..sakainya aku snap2 pic org! Haha..
Sila abaikan topi pasukan sorak tu. Nampak pelik, besar sgt utk aku. Hahaha.. Yg di tepi2 tu barangan yang nak dilelong, kira macam tamu gitu la. Ramai gak yg membeli. Ingat dorang takde tamu ke?
Usai event tu tiba la masa untuk berpesta. Memang Amsterdam tak tidur hari tu. Party ada di mana2..
Cute je picture yang nie. Maklum la Heineken tu berasal dari sini..
Yang paling aku respect dengan negara ni, pekerja pembersihan mereka cukup cekap. Bandar Amsterdam yg di penuhi dengan sampah sarap even tahi kuda pun ada besar2 pulak tuu, malam itu juga dibersihkan. Esok pagi macam takde apa2 event sebelum tu. Memang bersih! Kalau kat negara kita macam mana pula? Esok pagi baru start kasi bersih. Itu yg kadang2 bikin jalan jem. Banyak jalan tutup, pembersihan sedang dilakukan. Tapi bagi aku kadang2 terpulang dgn rakyat juga. Andaikata kita menghadiri event besar2 macam ni, jangan la buang sampah macam tu je *sesuka hati macam dia punya halaman rumah je*. Apa kata masukkan dalam tong sampah yg disediakan. Dengan itu, kita sedikit sebanyak membantu pekerja pembersihan tu. Sampah telalu banyak itu yang kadang2 melambatkan keja2 pembersihan tu. Kesian drg kan? Dah la keja di bawah panas matahari.. So kita try la bantu meringankan keja dorang dgn membuang sampah secara berhemah. Ewaa, sempat lagi aku menasihat! Hahaha..
*mesti best duduk istana kan? dapat rasa time mimpi jadi anak raja jew, bila bangun terbayang2. Sekian, bye!

Madame Tussauds Amsterdam

Melawat Madame Tussauds di Amsterdam memang satu pengalaman yang paling seronok. Selama ini aku ingatkan museum ni hanya terdapat di London or US. Rupa2nya Holland juga mempunyai museum ini. Ya ampun, jakunnya aku! Dengar kata koleksi patung yg dimiliki oleh Madame Tussauds di sini lebih banyak berbanding di London. Teruja ai..biarpun bayaran agak mahal (15euro p/p) tp kira berbaloi la juga. At least adalah modal nak cerita kat family. Hehehe.. Aku tak nak ulas banyak2, biar la picture pula yg berbicara. Ewaa...Jumm!!

The Pope, i love him the most! God bless :) *Tetiba pula aku jadi alim..hikhik
Aku dengan Queen Beatrix. Populariti dia kurang sikit drpd Queen Elizabeth tp dia adalah ketua pemerintah kerajaan Netherlands.
Husband dengan ayahanda..opps, Nelson Mandela!
Serius aku tak kenal sapa pula celebriti ini. Husband sanggup berbaris nak ambil gambar. Ok fine, aku memang buta pasal retis2 ni. Holaa..
Nicolas Cage (Pelakon Ghost Rider) tu.. Macho kan? 
Aku lupa nama dia ni, gorgeous sungguh!
Bisa menghuru-harakan majlis anda. Berminat sila dail 994..
Sila abaikan gaya aku yg nak bersumazau tu. Tunggu Spiderman dtg rescue!
Hmmm, ai doubt. Larat ke Spiderman nak angkat laki aku ni? 
Aku geram tul budak yg enter frame ni. Org da ckp excuse me tak pandai lari2. Huh! Lucky awesome jg la pic yg ni kn? Ok ai maafkan u..
Albert Einstein. Tak patut tul drg buat patung dia dgn muka sedih je..
Pelakon James Bond. Husband tak suka, terlalu control macho dia kata. Control ke tak control, meh ambil camera ni & snap pic aku..Miahaha..
Ai dgn Oprah.. Tapi nampak sangat macam patung lilin yg ni. Silap adunan kot..takpe, kita ambil pic juga. Kat Malaysia takde ni.
Aku kata Josh Duhamel (pelakon transformers) tapi husband kata bukan. Ai tak peduli, aku nak ambil gambar jugak. Hahaha..
Yang ni dari jauh husband da berlari2 nak berdiri kat situ. Dia nak ambil picture sebelum ada yg p enter frame. Kang tak cantik gambar dia dgn The Beatles ni. 
John F. Kennedy was the 35th President of the United States, serving from 1961 until his death in 1963. Yeaa, aku tak salah kali ni. I love history..*jumping story pula.
George W. Bush was the 43rd U.S President. Obama pula? 
Mahatma Ghandi dengan Dalai Lama. Aku suka keperibadian dorang nie..
Ewwww...Madonna? Nevermind you guys carry on. Aku blah dulu..
Elvis Presly..silakan bersyair cik abang!
Opps, cukup2 la. Sebenarnya masih banyak lg picture as Micheal Jackson, Justin Bieber, David Beckham etc tapi aku tak larat nak upload da semua. Rasa2 korang Malaysia nak ke buka museum macam ni? Kalau ada tak payah la terbang jauh2 kn? Boleh je naik ktm ke, lrt ke. Tapi nampak gayanya kita still kena terbang jauh juga la if nak tgk patung2 yg awesome ni. Pandai tul org buat ni. Aku kalau ada bakat pn nak buat juga. At least patung sendiri pun boleh la. If buruk pun tak jadi hal, sendiri buat kan? Hahaha
*Have a good day everyone..bye!

Monday 17 June 2013

The Vow..

Korang pernah tengok movie The Vow tak? Yg da tengok tu macam mana, ok tak? Bagi aku, movie ni best sangat2. Trip jiwang tp aku suka. Takde la melampau2 jiwangnya. Jiwang yg ada meaningful. Aaa macam tu la kiranya. Meh aku cerita serba sikit. Kot2 lepas aku cerita ni, korang berduyun2 cari CD dia. Aku gelak je dari jauh. Hahaha..
Cerita mengisahkan percintaan Paige & Leo. Kedua-duanya berkenalan di sebuah cafe. Dalam perkenalan singkat tersebut, mereka pun berkahwin di luar pengetahuan keluarga Paige. Utk pengetahuan, Leo adalah sorang anak yatim piatu. Dia bekerja keras untuk berjaya dengan membuka studio rakaman. Walaupun hidup sederhana, semuanya mampu diharungi lebih-lebih lagi dengan kehadiran Paige dalam hidupnya. Mereka menikmati kehidupan perkahwinan dengan bahagia, aman, gembira dan saling mencintai antara satu sama lain. Paige pula pada awalnya adalah pelajar jurusan undang2 di sebuah universiti terkenal, tetapi kerana jiwanya lebih terarah kepada seni maka ditinggalkannya pengajian dan memulakan kerjaya dalam bidang seni. Paige agak sukses dalam bidang tersebut dan diberi kepercayaan oleh 1 tribunal untuk menyiapkan projek2 yang dikehendaki oleh mereka.
Suatu malam....jeng, jeng, jeng..saja nak suspen korang! Hahaha..dalam perjalanan balik setelah selesai makan malam aka berdating, mereka telah terlibat dengan kemalangan di mana kenderaan yang dipandu oleh Leo dirempuh dari belakang oleh truck besar seterusnya merempuh sebatang pokok besar di kawasan tersebut. Leo agak bernasib baik kerana cedera ringan sahaja. Namun agak malang bagi Paige. Disebabkan Paige baru sahaja membuka safety belt sejurus sebelum kemalangan berlaku, dia terpelanting keluar dari kenderaan melalui cermin hadapan. Eeee, ngeri akak! Nasiblah kedua-duanya sempat dihantar ke hospital. Leo sembuh dalam masa yang singkat dan mula menjaga isterinya Paige yang masih koma. Dengan sabar beliau menemani Paige. 24jam duduk hospital. Akhirnya berita ini diketahui juga oleh keluarga Paige yg nun jauh di kota lain. Keluarga kaya raya dan mempunyai pengaruh besar. Kebetulan pula Paige sedar dari koma semasa keluarganya datang. Agak menyedihkan apabila Paige langsung tidak mengenali suaminya sendiri, Leo! Biarpun cincin perkahwinan tersarung elok di jari manisnya tetapi dia tetap tidak mengingati Leo. Rupa-rupanya segala memori selepas dia meninggalkan keluarga dan pengajian telah terpadam dari mindanya. Hmmm, kes hilang ingatan la kiranya. Taubat aku nak drive laju2 pasni.
Keluarga Paige pula bertegas untuk menafikan kehadiran Leo dalam hidup Paige.  Kalau aku Leo, da lama aku terjun bangunan. Opps, sila abaikan! Tetapi Leo ni jenis bukan cepat mengalah. Dia berkeras untuk membawa Paige pulang, kot2 boleh la dia ingat semua benda yang dorang buat bersama2. Lagipun banyak harta milik peribadi Paige di rumah mereka, yelaaa nama pun husband & wife. Hadooo.. Paige biarpun tidak mampu mengingati Leo, dia tetap mengambil keputusan untuk mengikuti Leo balik. Nak tak nak, berputih mata je la family dia. Malangnya, Paige tidak mampu mengingati semua perkara yg berlaku walaupun bermacam2 perkara yg Leo buat. Sampai akhirnya Paige tidak mampu bertahan dan berpindah balik ke pangkuan keluarganya. Paling sandi apabila Leo berjumpa dgn family Paige. Dia ditanya dimanakah keluarganya? Disebabkan Leo ni anak yatim piatu dia menjawab 'Paige, hanya dia sahaja la family yg saya ada'. Laju je airmata aku keluar. Eee, teremo lebih pulak! Hahaha.
Kehadiran bekas tunang Paige mengeruhkan lagi keadaan apabila lelaki itu (aku x ingat nama, nama penjahat aku tak nak ingat..hahaha) dan Paige mula keluar bersama. Ex-tunang dia ni mengambil kesempatan ke atas kehilangan ingatan Paige. Haissss.. Kemudian ayah Paige mendaftarkannya ke sebuah universiti untuk menyambung semula pengajian dlm bidang undang2. Di dalam masa yg sama, ayah Paige juga menghantar surat cerai yg telah ditandatangani oleh Paige kepada Leo. Semasa perkahwinan adik perempuan Paige, berlakunya perselisihan faham di antara Leo dgn ex-tunang Paige. Dari situ, Leo mulai sedar bahawa dia tidak wujud lagi dalam hidup Paige. Surat cerai ditandatangani dan Leo mulai bangkit dari kekecewaan dan menumpukan perhatian kpd perniagaannya. Manakala Paige mula merasakan minatnya lebih terarah kepada seni dan bukannya undang2. Dalam masa yg sama, perbualan singkat antara dia dgn kawan sekolej menghuraikan persoalan apabila penghijraannya ke kota yg didiami oleh Leo beberapa tahun lepas setelah kecewa dgn ayahnya yg curang dgn kawan baiknya sendiri. Paige sekali lagi membuat keputusan meninggalkan pengajiannya, berpindah semula ke kota yg didiami oleh Leo dan memulakan sekali lagi kerjayanya dalam bidang seni. Walaubagaimanapun, Paige mahupun Leo tidak pernah berhubungan biarpun Leo masih berharap akan kehadiran Paige.
Sehingga la satu hari dalam musim sajli..mereka dipertemukan semula di cafe yg menjadi tempat pertemuan pertama kali mereka dan mula keluar bersama. Happy ending juga akhirnya. Kalau tak, aku nak mogok seminggu tak nak tengok tv. Nasib la.. Haha
P/s~ Cerita ini adalah based on true story. Ingatan Paige tidak pernah pulih tetapi dia berkahwin semula dengan Leo. Mereka kini hidup bahagia dengan 2 orang anak hasil drpd perkahwinan mereka. So sweet kan?

Thursday 13 June 2013

Advance birthday party..

Sebentar tadi kita org berpeluang untuk mengikuti taklimat fire fighting. Walaupn kehadiran staff tak begitu ramai (maybe dlm lbh kurang 40 org kot) tapi jelas penceramahnya boleh tahan. Tak rasa mengantuk pn! Sedikit sebanyak masuk juga la maklumat2 penting dlm kepala ni. Baru aku tau no.kecemasan utk bomba ialah ialah 999. Ingatkan masih 994. Hadooo..ketinggalan rupanya aku ni! Nasib la aku bukan sorang malah ramai lg. Hahaha.. So, kalau nampak kebakaran sila la dail 999 or 112. Jgn ja kebakaran dah tahap teruk baru terkial2 nak call emergency. Better di awal2 so that pihak bomba boleh sampai tepat pd masanya. Aku tgk video td mmg geram la juga bila tiba bab bomba speeding nak ke tempat kejadian tapi tersangkut pula dgn traffic jem. Aku faham la traffic jem ni mcm mna tp try la ke tepi & bagi laluan. Tapi ada pula yg mcm buat derk je. Pastu nak gerak ke tepi pn mcm nak tak nak je..Tetiba pula aku geram! Hahaha..
Usai je taklimat tu, kita continue pula dgn majlis birthday party utk Apr-Jun khas utk bahagian kami je. Mana2 yg tak related tu sila sambung keja anda. Aku excited la jg, maklumlah ai kan lahir bulan Jun! Hahaha..Yg kelakarnya kena suruh2 masuk bilik meeting tp aku sibuk berbaris dgn staff lain nak kaut makanan kat luar. Mcm la makanan tu sikit sgt. Malangnya makanan yg disediakan agak kureng sikit. So aku ambil nasi dgn ayam goreng je. Lps tu buah watermelon. Hoii, syukur la dpt makanan free. Hahaha..Aku langsung tak ambil pot time puan pengerusi bercakap di depan. Di belakang aku sibuk menghabiskan taufufa. Eee, kompom ke taufufa tu? Aku tak tau, yg aku tau sedap and aku nak makan. Blm habis acara bekas tu da empty. Suma abis da aku telan. Holaa..Moment plg excited bila nama kena sebut utk ambil hadiah. Uii, aku tak kesabaran pula menunggu nama aku disebut. Koyaaa btl! Hahaha.
tak sabar nak tunggu nama aku disebut..i want my birthday present!
All d birthday girls- Amy, ai, Tini. Tgk kek kitaorg dr Secret recipe kau, sodap!
My birthday present. Blm bukak pn, karang la sampai rumah dulu. Hihi
Apr-Jun birthday kek. Perasan tak sorang je kumbang? Tengah2 pula tu. Hahaha.
Nie je la aku mampu.. yg lain aku kureng. Jgn kesian ai ok! Dasar pemilih sgt!
Tgk si kawan punya. Nampak sedap je.. so lain kali jgn cerewet sgt. Opps aku cerewet ker? Hehe
Ok laa..takat tu je la aku nak sembang ari ni. Btw terima kasih atas majlis & hadiahnya. Turn utk buat keja setelah sebelah pagi tak sempat buat apa2. Good day everyone!

*mood nak tunggu birthday present dr husband aku pula.. ~feeling excited, bye!









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.