Thursday 2 January 2014

Corat coret December 2013

Hi, lama sungguh tak update! Busy memanjang lately. Dengan examnya, balik kgnya, celebrate Christmas & New Year, family day, kemas rumah itu-ini...memang tak menang tangan! Nak menggaru pun tak sempat! Nak meraung pun ada tp tak jadi sebab excited nak celebrate Christmas. Ni yang aku tunggu2 selama ni! Cuti panjang akhir tahun and duduk kat kampung @ Sabah. Korang busy tutup account, kira stok inventori bagai, ada aku kesah? Huahaha
Aku kalau da tahap busy macam ni memang langsung tak ingat blog la. Aku peduli apa da yang penting aku nak lari dari KL cepat2. Nak release tension katanya. Kami laki bini macam lipas kudung prepared apa yg patut. Takut tinggal barang. Kang dalam perut kapal baru teringat, takan nak u-turn pla? Lain la kalau naik private jet. Haaa, ko mampu ada private jet? Mat jenin... Hahaha
Anyway, Christmas party kali ni memang cukup meriah! Disebabkan kampung aku 100% celebrate maka kemeriahan memang cukup terasa! Dah menjadi satu kebiasaan di kg, Christmas akan dirayakan sehingga ke New Year eve. So, memang memanjang la kemeriahannya! Rasa macam tak nak balik jer. Hehe. 2 hari selepas Christmas Day, tiba pula hari keluarga belah bapa. Seluruh adik beradik, keturunan masing2, suku sakat, saudara jauh dekat datang sampai aku pun melopong! Dari Sipitang, Kuala Penyu, KK, Telipok, KB dll datang. Gila ramai saudara aku ni. Ada yang langsung aku tak kenal. Liat menegur padahal uncle sendiri. Hahaha. Nasib baik la penganjur yang terdiri daripada cousin2 aku (aku terkecuali disebabkan aku duduk jauh) ada brilliant idea. Setiap keluarga (7 adik beradik) diwajibkan memakai baju mengikut warna yang telah ditetapkan. Family aku dapat purple. Nasib baik dapat purple, kalau dapat kuning aku mogok seminggu tak nak makan! Or nak sadis lagi aku nak terjun, terjun dari pokok lada! Lihat betapa alergiknya aku dengan warna KUNING! Nasib baik tak dapat........!!
Maka melalui warna tersebut la aku kenal mereka2 ni. Oooo dia dari keturunan si anu..si anu.. Macam tu la kiranya! Sempat jugak aku mengusik mama aku. No wonder la dia kawin sama bapa, bapa handsome rupanya semasa masih muda! Mama senyum2 jaaa, bangga kali! Apa tidak terpampang muka mendiang bapa di banner yang di pasang! Hahaha. Suka juga aku announced di sini, malam tu aku menyanyi kaw2! Semangat nak menyanyi bila semua orang nak menari. Lepas tu ikut2 lagi menyanyi, suruh continue nyanyi lagi walaupun lagu da habis! Kembang aku jap! Tapi cukup la 1 lagu kang keluar suara katak, nanti kena blame pulak klu hujan turun. Hahaha
Setelah selesai semua, tiba la masa nak bertolak ke KL. Alahai malasnya aku! Liat sangat nak bangun. If possible nak jer aku duduk kg terus. Tapi memikirkan banyak komitmen yang perlu di jalankan kena gagahkan diri jugak. Takpa tahun depan kita muli kampung lagi! Yes yes yes....

P/s: Kerja tp masih dalam holiday mood. Spoilnya mood nak keja! Hahaha. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.