Wednesday 18 September 2013

Asthma

Semalam kawan aku katanya nak keluar ofis jap. Disebabkan keadaan tak busy aku iye2 jer. Lagi pun sapa la aku ni nak halang2 dia. Takat ikan bilis dalam ofis nie takyah la tunjuk garang or tegas sgt2. Kang suma orang menjauh, dapat penyakit kemurungan pulak. Jauh2! 2jam berikutnya dia balik dengan muka duck face. Monyok & sedih! Aku nak tegur pun tak lalu, badan kejang & kaku! Hoiii, takut tak bertempat. Aku sebenarnya gerun kalau nampak org bad mood ni. Kang tak pasal2 dia naik hangin, aku nie tak boleh hadap sangat org dengan muka yg anytime boleh ngap orang ni. Muahaha. Finally dia open story jugak. Katanya dia baru balik dr hospital check penyakit asthma dia tu. Katanya lagi penyakit dia dah tahap kronik. Keputusan ujian yg dia jalani tu benar2 menakutkan katanya. Yelah, kalau orang normal (tiada asthma) bacaan hembusan nafas adalah 80-130 and normal asthma pun 70 above. Yang dia pula cuma bawah 30 jer. Da tu try sebanyak 5 kali pula. Sekali jer lepas 30 tu pun 31 je. Katanya lagi skrg ni dia banyak fikirkan keluarga dia. Sabar la wahai teman, aku tak tau nak cakap apa da. Hanya itu, sabar & jgn fikir byk! Benar la, berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
Lepas tu baru terdetik hati nie nak google pasal Asma ni. Alahai diriku.. Anyaway, jum kita baca....


Asma adalah sejenis penyakit kronik yang diakibatkan oleh radang saluran pernafasan iaitu keadaan di mana saluran pernafasan menjadi sempit secara tiba-tiba yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana saluran pernafasan tersebut amat sensitif kepada bahan-bahan alahan tertentu.


Faktor penyebab:
Setiap pesakit Asma mempunyai penyebab alahan yang mungkin berbeza dengan pesakit Asma yang lain. Walaubagaimanapun, antara faktor-faktor penyebab ialah:
i) Bulu binatang
ii) Debu dan habuk
iii) Perubahan cuaca
iv) Senaman
v) Merokok dan asap rokok
vi) Debunga
vii) Jangkitan saluran pernafasan
viii) Makanan / Buah-buahan tertentu
x) Tekanan perasaan
xi) Ubat tertentu
Gejala-gejala penyakit asma
i) Batuk (terutama di waktu malam atau semasa cuaca sejuk)
ii) Sesak nafas (Susah bernafas)
iii) Nafas berbunyi (wheezing)
iv) Rasa ketegangan di dada
Kawalan Asma
i) Pesakit Asma boleh menjalani kehidupan biasa seperti orang lain jika Asma dikawal.
ii) Sentiasa gunakan 'carta kawalan Asma di rumah' bagi memudahkan anda mengetahui tahap keterukan penyakit asma anda serta tindakan yang sepatutnya diambil.
Peringatan
Anda haruslah berjumpa dengan doktor anda sekiranya:
i) Pernafasan anda semakin teruk walaupun langkah pengubatan telah diambil
ii) Sukar bernafas semasa melakukan aktiviti harian/senaman
iii) Perlu menyedut bronchodilator secara kerap
iv) Kerap terjaga malam kerana serangan Asma



walaupun aku bukanlah pesakit asma tetapi info berkaitan asma penting juga untuk pengetahuan diri sendiri. At least takde la ternganga kalau dengar isu ni. Aku actually tahu juga pasal asma nie tapi detailnya aku tak peduli sangat. Mungkin disebabkan aku bukan pesakit kot. Btw jauh2!
*Kata husband Red Onions sangat penting kalau seseorang tu ada Asma. Dia kata ' eating onions helps ease contriction of bronchial tubes'. No wonder he loves red onions d most! Jangan2..... *pang!!!. Suka sangat -ve thinking T_________T
akak

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.