Monday 23 September 2013

Pisang & Anggur

Sebut jer anggur, pasti terbayang2 depan mata buah anggur berwarna merah, dark purple & hijau! Aku memang peminat tegar anggur berwarna merah dgn dark purple tu. Hijau tu aku kureng sikit pasal ada rasa masam sikit. Aku ni nak yang sedang2 manis jer, nak tambah seri manis wajah katanya! Hahaha. Biarpun harga anggur agak mahal sedikit compare to other fruits tapi bab tu aku tak kisah sangat. Setakat 2,3 hinggit apalah sangat berbanding dgn keenakkannya tu kan? Sama jer beli buah pisang bertandan2 yang jauh lebih murah tapi bila makan, biji mata nak jer tersembul keluar! Hampir2 tak dapat telan.. Perangai aku memang begitu bila masuk bab makan pisang sebab aku bukan peminat pisang (jaman dulu la, sekarang aku peminat pisang da). Hahaha. 
Anggur ni selain daripada keenakannya ia juga banyak memberi manfaat pada tubuh badan kita. Ia banyak memberikan zat dalam tubuh badan dan membantu menyumbang memperoleh kesihatan yang baik. Bukan itu jer, jus anggur memiliki banyak nutrisi yang dapat membantu melawan penyakit jantung dan kanser. Menurut uncle google banyak lagi kelebihan buah anggur ni such as melindungi mata daripada katarak, mencegah kanser dan migrain, menurunkan risiko penyakit jantung, menghilangkan gangguan pada pencernaan tubuh dan ginjal, baik untuk penderita asthma, mengawal tahap kolestrol darah dan melancarkan sistem perkumuhan. Waaaa, banyak jugak ya! Aku plg excited pasal melancarkan sistem percernaan dan perkumuhan nie. Aku dulu ada jugak masalah sembelit nie. Susah nak buang! Tapi bila aku start masukkan anggur & pisang dalam jadual pemakanan, hari2 aku memang clear la! Tapi terkadang terselang hari jugak kalau aku lupa makan buah nie. Tu yang aku kena pastikan bekalan aku cukup at least seminggu sebelum aku membeli baru. Cuma yg aku tak puas hati nie, aku susah nk dapatkan anggur yang segar sentiasa. Selalunya da lembik2. That's why la aku semakin jarang membeli anggur. Pisang pun pisang la! Teringat jugak ada 1 masa aku bawa pisang ke ofis (nak bawa anggur tapi takut jiran sebelah dgn perut berkapasiti besar abiskan, hahaha). Berabis jiran sebelah partition aku gelakkan aku. Hoiii, aku tau la korang peminat durian! Yelah, dia tak pandang pisang2 bagai macam ni. Buah tak femes la katakan. Hahaha. Habis je makan pisang aku mesti lari 100m cari toilet..So, jangan pandang rendah akan pisang! 
Dengan kelebihan yang dimiliki oleh anggur & pisang nie, apa kata kita biasakan diri makan buah sebelum breakfast setiap hari. Lelebih kepada yang mempunyai masalah pencernaan macam aku nie. Sure simpan2 stok takde, all clear! Hehehe.


Antara fruits yang menjadi fevret & keutamaan aku..
*Mengantuk..buat kerja macam terasa dalam mimpi! Tahap kronik penyakit mengantuk aku ni...


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.