Wednesday 24 July 2013

Selamat Hari Raya in advance

Walaupun aku tak celebrate raya namun terasa juga tempias kemeriahannya. Lagi sekarang bulan puasa, bazar ramadhan ada di mana2 tp sedihnya aku belum berpeluang untuk singgah. Tak menyempat sebab balik dari ofis selalunya lewat. Kena lagi traffic jammed sampai rumah pun almost 830pm. Klu awal pun memang tak lari dari dekat2 jam 8pm macam tu. Sebab tu aku jarang memasak dinner, lg pun tak bagus dinner lewat sangat. Kalau ada pembantu lain cerita la. Sampai rumah tinggal makan & tidur je! Angan2, poor me! 
Anyway bukan pasal maid aku nak cerita nie. Sekarang kan fasting month, aku teringat la jiran kitaorang dari Maldives. Dorang 1 family menyewa unit di depan kami. Everyday without failed, bell rumah kitaorang pasti berbunyi lepas time berbuka. Dia hantar makanan, macam2 pula tu and kebanyakkan menunya adalah dari Maldives. Tau tak kat mana Maldives tu? Negara yg terdiri dari pulau2 tu. Orang kata beachnya awesome!
Jiran kitaorg ni memang tak sombong. Knowing them for almost 2 years memang sporting habis. Time Christmas, turn kita pula invited dorang pi rumah okey je dorang. Seronok tengok dorang datang.
Time raya pula, kitaorang memang tak menang tangan nak memenuhi undangan raya open house kawan2. Selama cuti raya tu, ke hulu ke hilir je la keja kami. Jimat beras aku 2,3 hari..hahaha! Anyway memang best sangat nak pergi beraya ni.. Dapat makan makanan yang sedap2 & macam2 jenis. Kuih & biskut pula macam2 warna. Aku ni asal nampak warna cantik sikit mesti aku nak rasa sebab nampak sedap, hihi. Husband kata aku ni macam budak2. Hoiiii, sedap je panggil aku macam budak! Dia pun sama jer, kalau da jumpa makanan  & berborak dgn kawan terus lupa bini.. Bini hilang pun tak perasan, jumpa2 jer aku da riuh bercerita dengan tetamu lain. Bangga pun ada sebab aku siap pakai baju kurung..hahaha!
Kali ni kalau ada invitation raya, aku make sure no ponteng2. Aku akan pergi jugak.. Time takde rakyat ni la masa paling sesuai nak ke hulu ke hilir dgn en suami. Kang ada rakyat, terheret sama pula..kesian!
Hmmm, teringat Mr Rashid & family kat Maldives..rindu pulak dengan spaghetti dorang yang paling sedap aku makan. Aku bukannya pengemar spaghetti tapi boleh pulak aku habiskan spaghetti yang dorang bagi. Memang marvellous..nyum sedap! Kalau boleh aku nak minta 2nd round tp aku sedar diri. Hmmm..
Tahun nie, aku rasa nak buat Christmas open house kat Sabah. Tapi kena tengok time & keadaan juga. Kalau tak pun, aku akan rumambai tahun ni..yeahh, tak sabar aku!
*Anyaway Selamat Hari Raya in advance... Selamat berpuasa!

The royal baby

Kalau semalam di Malaysia kita dikejutkan dengan gambar2 budak2 sekolah makan kat bilik persalinan sekolah, dunia pula riuh dengan new born baby of Prince William & Kate. Aku pun ikut teruja juga! Hahaha.. Bertuah baby tu ye, lahir2 je terus jadi pewaris taktha ke 3 di belakang his grandpa & daddy. Other than that, dia bumping Putera Harry ke nombor 4 sebagai pewaris, aku suka kau royal baby! Anak sulung memang banyak keistimewaan tapi diikuti oleh tanggungjawab besar juga.
Sekarang nie aku excited pulak nak tunggu nama dia kena announce. Knowing the history of the royal family, mesti hebat and panjang nama dia ni nanti. Kan biasanya dorang akan buat discussion nama apa yang patut diberikan kepada d royal baby. Haa, baca kat sini  tentang the royal baby ni! Best juga baca ni..

Prince Charles & Diana in 1982. Si baby tu Prince William :)

2013, Prince William & Kate with their new born baby. Name not announce yet..
Suka tengok muka2 new parents nie. Congrats & God bless!
*Photos credit to mirror.co.uk & cnn.com

Tuesday 23 July 2013

Nak komen agak2 la... mind your words!

Kecoh 1 Malaysia bila isu mengenai kanak2 sekolah rendah diarah menikmati makanan di bilik persalinan yang berdekatan dengan tandas tersebar luas di laman sosial. Zaman sekarang orang tak tunggu wartawan or berita2 yang dipaparkan di tv, sumber lain yang lebih pantas mudah dicapai ada di mana2. Contoh terdekat facebook, hampir semua orang ada akaun peribadi. Even budak2 yang baru darjah 2 pun ada akaun facebook. That's y our young generation tersangatla expose and sometimes more advance daripada their own parents ba kan..
Tapi bukan pasal isu ini yang buat aku tertarik nak tulis entry pasal ni. Sebabnya aku pun tak sure keadaan yg sebenarnya macam mana. Kalau ikut laman sosial sometimes lari dari realiti. Banyak yg ditokok tambah. Tak dinafikan ada ja pihak yang mengambil kesempatan untuk mengaitkan benda ni dengan permainan politik. Bagi aku tak usah la! Biar la pihak management sekolah bagi penjelasan ke atas perkara yang berlaku. Kalau alasan boleh diterima, tak perlu la isu ni dipanjangkan tapi kalau sebaliknya pihak berwajib buat la apa2 tindakan yang patut. Kan? Ok yang ni kita tolak tepi. Biarla pihak berwajib lakukan tugas mereka. Anyway apa yang aku nak sangat tulis kat sini ialah sikap sesetengah 'pengomen' yang ikut sedap dia jer nak tulis dalam ruangan comment tu. Kalau iye pun setuju ke tak setuju, komen la secara matang dan berhemah! Tak payah la mengeruhkan lagi keadaan yang memang da sedia keruh. Tak payah la aku mention kat sini mana aku baca komen ni tp komen yang aku baca tu berbunyi ala2 macam ni 'bagus, ajar sikit dorang ni hormat bulan posa, da jenis bangsa laknat nak kita hormat bangsa dorang tapi bangsa kita dorang tak pernah nak hormat. phuiiiii..." Hoiiii, agak2 la kalau nak komen pun! Agak2 apa korang rasa kalau terbaca komen tahap bangang a.ka terlampau macam ni? Aku akui aku memang sentap bila baca komen begini. Kalau ye pun nak ajar orang menghormati puasa, tak payah la laknat2 bangsa lain! Jangan tunjukkan sangat kebodohan diri tu, sendiri malu! Maybe pengomen tu rasa tiada orang akan kenal dia sebab tu dia berani komen macam tu. Tapi bagi aku siapa2 saja yang bagi komen tu semalam, anda memang tak bertamadun dan kasihan sungguh cara anda berfikir! Janganla disebabkan engkau sorang, bangsamu akan mendapat malu. Tapi aku rasa bukan aku seorang sahaja yang tak berkenaan dengan komen tersebut malah ramai lagi even yang sebangsa dengannya. Ramai je yang tak setuju. So, kalau nak menyuarakan pendapat sila buat secara berhemah. Tak payah la sibuk menyentuh hal2 sensitif. 
*Teringat pesanan seseorang : Menghargai agama orang lain bererti menghargai agama kita sendiri, menghina agama orang lain bererti menghina agama kita sendiri. Demikian juga dengan bangsa. Hargailah bangsa orang lain biarpun bangsa itu dalam golongan minoriti. Minoriti tak bererti boleh ditindas or dihina sesuka hati. Saling menghormati adalah teras kepada perpaduan pelbagai bangsa. Bagi aku, Tuhan peduli bukan kerana agama kita tetapi pada apa yang kita lakukan kepada sesama insan setiap hari.
Peace!

Monday 22 July 2013

Tips Elakkan Perasaan Gemuruh Semasa Temuduga

Ada tak yang sedang berkira2 nak menghadiri temuduga or akan menghadiri temuduga? Mehh, akak kongsi tips yang harus dipraktikkan semasa temuduga. Kot2 berjaya, sapa tau? Hehe..Jum!
-Tips Elakkan Perasaan Gemuruh Semasa Temuduga-
Intro la dulu. Bla, bla....perasaan gemuruh adalah sesuatu perkara lumrah ketika menghadiri temuduga. Berikut adalah 4 tips untuk mengelakkan perasaan gemuruh ketika menunggu giliran dan berhadapan dengan penemuduga.
Tips 1: Ketika menunggu giliran, jangan terlalu mengandaikan soalan penemuduga.
Calon temuduga mudah menjadi gemuruh sekiranya terlalu memikirkan berkenaan soalan yang akan ditanyakan penemuduga. Oleh itu, jangan fikirkannya! Tenangkan fikiran dan elakkan diri dari mengandaikan perkara yang negatif.
Tips 2: Anggap temuduga sebagai sebuah proses perbualan.
Calon yang dipanggil temuduga biasanya telah mencapai kelayakan yang dikehendaki oleh organisasi, dan temuduga digunakan sebagai medium untuk organisasi mengenalpasti calon dengan lebih dekat selain dari maklumat yang diperoleh dari dokumen permohonan kerja sahaja. Jadi anggaplah temuduga sebagai sebuah proses perbualan yang memerlukan jawapan ringkas dan padat. Penemuduga juga merupakan manusia biasa yang mahukan perbualan yang segar dan semulajadi, jadi anda hanya perlu buat bersahaja dan tidak perlu terlalu gemuruh!
Tips 3: Berfikiran optimistik
Befikiran optimistik boleh mengurangkan rasa gemuruh. Tanya pada diri anda sendiri, adakah anda pernah melalui situasi yang lebih sukar dari sekarang? sudah tentunya ya, bukan? Jadi cuba jadi lebih optimistik, dan berlatihlah untuk jadi lebih bersahaja.
Elak dari bercakap terlalu banyak semasa sesi soal-jawab. Kadangkala semasa sesi temuduga, calon-calon akan lebih mudah teruja dengan soalan-soalan yang diajukan oleh penemuduga kepada calon. Ini boleh dilihat dari kecenderungan calon-calon untuk lebih vokal, dan bercakap tanpa henti. Perkara ini harus dielakkan oleh calon temuduga kerana :
i) Walaupun ia dapat mengurangkan rasa gemuruh, tetapi ia menunjukkan bahawa calon kurang matang.
ii) Boleh menyebabkan penemuduga mudah berasa bosan.
iii) Terdapat kebarangkalian calon mungkin tersalah tafsir soalan penemuduga dan sekiranya calon meneruskan percakapan tanpa henti, ia mungkin menyebabkan penemuduga bertanggapan negatif kepada calon.
iv) Ia memberikan imej gopoh kepada calon.
v) Jawapan yang diberikan mudah tersasar dari kehendak penemuduga. Perlu diberi perhatian bahawa penemuduga lebih senang dengan calon yang memberikan jawapan yang ringkas dan padat kerana kebanyakkan penemuduga mengejar masa untuk menemuduga calon seterusnya. Sekiranya ingin memberikan impresi yang baik, maka bercakaplah dengan nada yang tegas dan bersemangat. Elakkan bercakap ataupun membebel terlalu banyak kerana ini adalah salah satu perkara yang menjelikkan penemuduga.
Perkara yang menjelikkan penemuduga
Berikut adalah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga untuk mengelakkan penemuduga berasa bosan dan jelik kepada anda :
i) Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan. Penemuduga tanya pasal A, jangan la pula tetiba korang mengexplain pasal B bagai nak rak! Keluar tajuk dik..hati2!
ii) Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga. Sila berlaku adil dik, kesian akak yg hujung tu adik tak tgk, padahal dia la ketua penemuduga. Habis la..
iii) Mengelak dari menjawab soalan penemuduga. Tak tau cakap je tak pasti..jgn mengelak! Nampak arrogant pulak kalau mcm tu..
iv) Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan anda. Amboiii..ni nak keja ke tak ni?
v) Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal. Kalau bgini sila buka bisnes sendiri, babai!
vi) Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda. Haha..terdesak ker dik?
Perlu diingat ye adik2, perkara-perkara ini bukan sahaja membosankan penemuduga, malah akan membuatkan penemuduga merasa jelik dengan anda dan seterusnya mengambil keputusan untuk mengenepikan permohonan anda untuk mendapat jawatan tersebut. Kalau aku jadi penemuduga, awal2 aku da reject calon macam ni! Tercabar woiii..
Haaa, yang ini pun kena ambil tau juga. Yelah anggap objektif penemuduga ni sebagai pengetahuan supaya tahap gemuruh tu tak tinggi sangat. At least boleh prepare mana2 part yang rasa diri mampu. Kalau tak mampu, usah paksa diri dik! Kang bertambah kronik tahap gemuruh korang tu..kang nak menjawab nanti bahasa merangkak2.  
Haaa, ni dia! Adik2 pasti mempunyai objektif anda yang tersendiri apabila memohon sesuatu pekerjaan, dan apabila anda dipanggil untuk ditemuduga, anda juga mungkin mempunyai matlamat yang anda ingin capai sekiranya berjaya melepasi temuduga tersebut. Ya anda sudah tentunya tahu akan objektif anda sendiri. Tapi tahukah anda akan objektif penemuduga anda? Untuk berjaya dalam temuduga, anda perlulah mengetahui objektif penemuduga anda.
Berikut adalah diantara objektif-objektif penemuduga. Lazimnya, penemuduga akan mencari calon dengan ciri-ciri berikut (normally) :
i) Kebolehan berkomunikasi yang baik. Lagi bagus kalau mampu bertutur lebih drpd 1 bahasa. Kalau tak mampu cakap mandarin, it's ok dik yang penting inggeris tu. 
ii) Mempunyai kelayakan yang relevan. Means jangan mohon jawatan yang tinggi nun kalau kelayakan kita taraf spm je. Kita ambik la yg setaraf dulu. Kalau performance ok, pasti ada rezeki utk promotion kan, kan? 
iii) Bersemangat. Good tapi jangan la sampai berjalan pun macam atlet bina badan ye. 24 jam asyik jalan mendada. Mmmm, tak sesuai!
iv) Berinisiatif. Yeaa, kalau nak jawab soalan berkisarkan penyelesaian masalah orang jenis yg berinisiatif ni senang je dapat idea. Jangan kelentong sudah!
v) Mempunyai rekod pekerjaan/pelajaran yang baik. Sebab tu adik2, belajar rajin2! Kalau dapat pointer 4.0 aku memang salute! Berebut orang nak ambil bekerja..
vi) Berwatakan menarik. Tapi jangan sampai kelihatan seperti nak ke pertunjukan fesyen. Colorful macam boria! Hmmm...
Haaa, lepas ni boleh la praktikkan benda2 ni kalau nak menghadiri temuduga penting. Aku pun nak juga. Tunggu dulu la tawaran dari mana2 pihak yg berminat. Ewaaa..
Panjang sgt la pula entry ni. Aku nak balik sungkai..babai!
*thanks pak cik google yg bagi tips ni..yang lain aku tambah sebagai perasa tambahan ja! haha

Wednesday 17 July 2013

Status fb yang panas...

Pernah tak korang berdepan dengan situasi di mana korang dikelilingi oleh orang2 yg educated, mempunyai kerjaya yg hebat dan kalau bercakap semua org akan terpegun? Kira hebat la macam tu. Dan korang merasakan diri korang begitu kerdil sekali berbanding org2 tersebut?  Korang langsung tak nampak apa kelebihan diri korang berbanding org2 tersebut. Aku pernah mengalaminya dan secara jujurnya perasaan masa tu memang suck! Aku rasa nak lari 100m je. Lepas tu bila nak bercakap sikit macam tak dilayan pula. Yelaa, pa class budak spm nak lawan degree or master holder kan? Nak je aku 'hoiiii, kamu ingat result spm aku cincai sangat ka? Kmu ingat hebat sangat la ada degree/master? Oo please la.." tapi tak mampu keluar, sangkut kat tekak je! Dasar pengecut, dah la spm je *baikla, redha ja la. 
Aku cukup alergik dengan orang2 berpangkat besar & berperangai sebiji macam ni. Tapi mungkin boleh terima la kot sebab dorang dah membuktikan yg dorang memang lebih bijak berbanding kita yg berkelulusan cikai2 ni. Sebab tu dapat belajar tinggi2, ye tak? Tapi macam mana pula dengan orang yang berdiri sama tinggi & duduk sama rendah dengan kita tapi bukan kemain lagi perangainya, kalah2 CEO! Pantang ditegur pulak tu. Aku pernah jumpa orang macam ni, nak lem**** tapi anak orang pula. Kang kena saman, hancur la masa depan! Dulu aku pernah buat status fb pasal org berpelajaran tinggi tapi attitude hampeh, alaaa..status general je pun. Takde nya aku tujukan pada orang2 tertentu. Sapa terasa sila la komen dengan cara berhemah, ye tak? Tunjukkan yg korang tu educated dalam soal berbalas2 comment. Kdg2 dari comment tu la org boleh nampak yg awak ni orangnya macam mana. Ramai pulak yg comment status yg aku buat tu tp aku suka sebab cara semua kategori matang. Takde meroyan! Tetiba ada makhluk entah dari mana tiba2 muncul dengan ayat2 yang amat negatif! Dilabelnya aku perepuan mu*****, su**** and macam2 lg la *very negative words*. Tapi yg paling power lg dia libatkan agama, family aku. Dia kata nampak gambar2 aku dlm fb pun org boleh tau aku ni taraf macam perempuan S. Hebat org ni, psiko kot! Aku and d gangs terpinga2..sapa pulak org ni? Jangan kan kwn, kenal pun tak! Setahu aku, gambar aku suma okay. Takde pun berkemban2 or yg sewaktu dengannya. Aku pun start siasat. Tak sampai sehari aku da caught him, rupanya dia kwn a.k.a bf kepada ex-kwn fb aku (aku kata ex sebab aku da fire dia habis2an). Yelah dulu2 mana la ambil port pasal setting privacy bagai ni. Aku dapat tau je, terus aku berdepan dgn ex-kwn ni! Aku memang fire dia habis2an sampai dia kata nak balik (kebetulan mo dkt jam 5pm) pun aku tak bagi! Aku siap cakap 'ko dengar dulu...bla bla bla...' Aku selagi tak puas, sabar ja la telinga tu mendengar! Kawan rapat aku siap berjaga di pintu takut aku apa2 kan orang tu kot. Hahaha, tp semarah2 pun aku tak akan sampai pukul org. Paling2 pun tamparan wanita ja la kot! Tapi aku belum pernah buat lagi. Hehehe. Akhirnya aku release kan dia dengan amaran! Aku memang tak takut bagi amaran bagai time tu sebab aku keja di ipd & geng aku kebanyakkannya polis dari serendah2 pangkat ke pangkat yg tinggi. Ko jangan!
Malam tu, semua nasty comment tu 'tuannya' da removed! Haaaaa, tau takut! Amaran lapor polis tu memang aku tak main2. Semua comment tu aku da saved awal2. Cuma aku tak nak mengeruhkan keadaan je. Hehe.
Moral: Jangan cuba2 buat status kalau tak mampu menerima akibatnya. Kes aku ni bukan mampu ke tak mampu sebab aku tak melenting pun time reply comment tu. Cukup steady tapi cuma menunggu masa jer nak meletup dgn sumbernya! Sumbernya terasa dgn status aku tu then mengadu dgn bf. Bf ni pulak tak siasat2 terus menyerang, kan da kena dgn aku? Tp yg herannya masa aku buat status tu, sumber tu takde degree/diploma pun. Aku sampai sekarang tak tau kenapa dia terasa. Lagi satu, kalau tak bersetuju dgn pendapat org lain sila berdebat dgn cara matang/professional. Jangan main terjah jer, kang kena terjah balik habis! Kalau tak mampu berdebat dgn cara matang, tak payah masuk campur. Diam2 sudah. Bukannya loss pun kalau tak bagi own opinion. Betul tak? Tak puas hati, korang tulis la dalam buku diary korang. Tulis la apa saja yg korang rasa. Yg penting jangan bagi orang lain tau. Memandai je aku ni. Tapi serius aku jenis selagi aku boleh bagi pendapat yg aku kira bernas & disampaikan dgn cara berhemah, aku boleh jer masuk mana2 status yg panasss. Aiman tak kisah pun! Hahaha..
*Good day everyone...

Tuesday 16 July 2013

Perkara mistik

Nak tanya korang, percaya tak dengan perkara2 mistik? Tentu ramai yang percaya kan? Tapi tak kurang jg yang berlagak tak percaya, da kena baru iye2 nak percaya. Aku pun percaya jugak. Memang la zaman sekarang semua orang da beragama tapi bab2 mistik nie memang tak boleh la kata langsung takde. Memang ada cuma terpulang percaya ke tak. And then aku memilih untuk percaya. 
Cerita pasal hal2 mistik ni, aku ada cerita nak share. Ceritanya bermula begini, aku selalu dengar macam2 bunyi di unit atas rumah kami tu. Bunyi tu pula bukan alang-alang. Meja/kerusi kena tarik, guli jatuh atas lantai, hempas2 pintu, memahat dinding... makin lama makin kuat. Aku boleh la terima kalau setakat jam 6,7,8 mlm gitu. Yelah aku dok fikir orang masih berjaga, tak tidur lagi. Tapi kalau da jam 12 t/mlm, jam 2 even jam 3pg tu sapa punya kerja? Aku nak bagi tau husband tapi tak nak dilabel penakut so aku diamkan je. Decision tak bijak aku tu memakan diri sendiri. Husband outstation 4D3N, habis aku tak boleh tidur. Berjaga sepanjang mlm! Bunyi2an tu mengganggu aku sampai jam 3pg. Da hilang baru aku dapat tidur. Esok pagi mata terus jadi panda! 
Tak tahan, aku mengadu kat husband. Kena label penakut belakang cerita, yg aku nak aku nak luah perasaan habis2an. Akhirnya husband pun buka cerita benda yg sama. Tapi xnak takutkan aku, dia pun diamkan juga. Bagusssss, dua2 ego elok sgt la tu! Ker dia takut aku label dia penakut? Tapi sangkut kat tekak je, tak keluar pun...hahaha. Yelah, aku taraf pokok bonzai jer kang kena lem**** rebah tak bangun2. Opps, sila abaikan. Kita tak amalkan ajaran hitler in our relationship. Okay pastu, husband ckp 'just pray'. Aku iyakan je tp aku perasan mulai saat tu aku tak boleh berenggang pulak dgn dia. Dia nak ke toilet pun kalau boleh aku nak ikut juga. Kalau dia kata nak tidur, aku pun mcm lipas kudung main campak je buku2 then terus ikut masuk bilik. Kalau aku nak susun elok2 aku pastikan dulu dia ada kat situ tolong perhatikan aku. Penakut tahap gaban!
Ahad lepas kira2 jam 12t/mlm, aku terjaga. Mata aku terus segar bila aku dengar macam2 bunyi di atas tu. Aku kejtkan husband, look at each other. Dia kata nak call guard, aku pun bangun ikut ke hall. Security tu datang, dorang pun dengar bunyi tu. Husband mmg kenal pemilik rumah unit atas tu. Lelaki and staying alone. Bujang! Guard walkie talkie kwnnya suruh check car park unit tu. Kosong means tiada org d sana. Kita memang da agak sebab weekend dia akan balik rumah parents dia kat Shah Alam. Terus pak guard tu buka cerita. Macam2 la cerita dia share yg kita tak tau pun di area kami tu. Dia ckp selagi benda tu tak sentuh kita tak pa. Banyakkan berdoa sahaja. Kitaorg angguk2 saja la, setuju dgn pak guard tu!
Moral of d story is kalau selama ini tak pernah berhadapan dgn perkara2 mcm ni, tak payah la berlagak. Kalau tak percaya pun diam kan saja. Kalau yang pernah berhadapan dengan situasi macam ni, banyakkan berdoa. Anggap saja sebagai dugaan hidup. Tuhan tak akan menduga umatNya melebihi kemampuan kita utk menghadapi dugaan itu. 
*selamat berbuka puasa...aku da sungkai awal td, bye!

Thursday 11 July 2013

Staff cum student

Kalau tengok blog archive aku nie memang tak banyak. Bukannya pasal takde idea, malas nak update tp lebih kepada kekangan masa. Walaupun aku boleh access blog aku kat mana2 even kat hp sekalipun tapi memang tak terlayan. Sebab tu entry aku sekerat dua je tiap bulan. Hahaha..Janji ada! Bukannya google black list kan pun kalau tak aktif..ye tak? Haha. Lagi satu blog ni bukannya jadi satu keutamaan untuk aku di mana aku mesti update tiap hari. O tidakkk, aku belum sampai tahap addiction. Kalau tak update blog rasa macam bencana alam nak datang. Aku masih slow & steady :) 
Cerita pasal addiction ni, aku baru je sembuh dari ketagihan akta2 or undang2 berkaitan business di Malaysia ni. 5 hari aku buat assignment pasal law ni benar2 buat aku ketagih. Sampaikan aku boleh hafal Akta Kontrak 1957 dan Akta Jualan Barang 1957. Tak cukup dgn itu aku cari pula akta pengguna 1999, akta berkaitan perniagaan elektronik 2006.. Semua aku nak korek, seram aku! Pastu bukan senang nak buat ayat yang dalam2 nie, kena paksa otak berfikir lebih dari biasa. Otak aku cergas time pepagi je, kalau petang memang kompom agak lem*** da. Tapi time petang (5pm onwards) juga aku kena buat disebabkan kekangan kerja di waktu pagi. Mana boleh buat assignment time keja kan? Kang bos tau..lnpt habis la! Menangis tak berlagu la aku nanti. APC jauh sekali.. Hahaha. Tapi dalam kesusahan aku nak berfikir tu, boleh pulak aku mengarang berlembar2 muka surat. Dia minta 2,500 patah perkataan tapi aku bagi 3,345 p/p, kelas kau jah! Kalau ikutkan lebih daripada 3,500 p/p, terpaksa aku cut mana2 yang tak patut. Itu yang dapat 3,345 p/p tu. Gila..
Muka tensen buat assignment. Tunggu airmata jatuh jer tu. Hahaha
Rubrics assignment yang perlu aku buat. Sakit aku nak buat..
Finally i did it.. aku da submit pun! Legaaaa... Strive for next exam pula!
Aku memang tabik orang yang kerja sambil belajar ni. Aku admired dgn semangat & disiplin mereka. Aku memang nak sangat study tp persoalan time mula2 tu, aku mampu ke? Orang macam aku perlu sokongan kalau tak lama2 boleh layu. Nasib baik juga la aku da semangat yg agak kental sikit plus dengan disiplin tinggi. 2 elemen tu yang buat aku masih mampu buat sampai ke hari ini. *mudah-mudahan berkekalan* Lagipun aku percaya 'hardworking is definitely more rewarded'. Cita2 tinggi tapi tiada usaha tak akan ke mana. Org putih bilang 'hoping something without doing anything its mean nothing'. Betul baa tu. Kalau mampu buat apa berhenti berusaha? Dlm pekerjaan, jangan tanya 'apa keja yg perlu aku lakukan esok, lusa? bos nak aku buat apa pula esok?' tapi cuba tanya 'dimanakah aku dalam 5,10 tahun akan datang? aku masih di sini ke or apakah aku berpeluang memimpin orang lain?' Cita2 kedengaran agak nun ke langit tapi bagi aku tiada salah pun asalkan ada usaha. Jangan hua hua hua ke sana ke mari tapi usaha takde, baik tak payah! Diam2 sudah.. 
*jangan telampau selesa dengan apa yang ada.. selagi boleh berusaha la. Tuhan akan memberi jika kita berusaha :) 

Tuesday 9 July 2013

Sekiranya anda kehilangan pen...


Aku ni jenis suka godek2 status fb yg best nak baca. Hari nie aku terjumpa 1 lg. Memang agak kelakar tp kalau fikir dalam2 ada betulnya jugak. Mari kita baca ramai2. Alif ba ta...opsss, terkeluar landasan la pulak! Kena la gustan balik..jum!
Lost your pen-no pen
No pen-no notes
No notes-no study
No study-fail
Fail-no diploma
No diploma-no work
No work-no money
No money-no food
No food-skinny
Skinny-ugly
Ugly-no love
No love-no marriage
No marriage-no children
No children-alone
Alone-depression
Depression-sickness
Sickness-DEATH
Lesson: Dont't lose your pen, you will die! 
Haaa, kan apa aku cakap betul2 belaka. Ada pengajaran engkau! Sebab tu aku taubat nak jaga pen aku walaupun berharga cikai2 rm0.70 je. Kang hilang..tak pasal2 pula aku meredah tangga2 yg dinyatakan tu nanti...ee?? Walau mcm mana pun aku kena terapkan juga la nilai2 murni menghargai pen ni dlm diri anak2 aku nanti. Kalau degil jg, siap la. Aku akan suruh dia buat karangan 'Aku sebatang pen'. Nak tengok juga mcm mana ceritanya tang pen2 bagai ni. Hahaha
Sebahagian drpd harta karun aku di ofis. Mesti kena letak nama kalau tak memang selalu lesap..
*aku nak sambung ayat paling last tu. Death-heaven/hell...ke macam mana? Ok babai!

Friday 5 July 2013

Apabila perempuan memandu...

Aku kalau drive memang tak pernah diam, asyik membebel. Ada ja benda2 tak beres kalau da di jalan raya.  Aku drive sorang ke berdua dengan husband ke, aku memang tak boleh lari dari membebel. Da try banyak kali tutup mulut tapi tak jalan juga. Tetap ada bebelan walaupun kurang sikit.. Hihi. Orang kata lady driver memang macam tu. Bukan setakat tu ja, banyak lagi benda2 yang tak beres kalau perempuan memandu. Macam tak fair je sebab selama aku drive nie banyak je benda2 tak elok lelaki driver pun buat. Naaa, kita tengok hal2 yang selalu dilakukan oleh kaum hawa ketika memandu. Kita yg perempuan ni, korang rasa tergolong dalam mana satu? Aku ni cuma kuat membebel tapi takde la buat benda2 yang dinyatakan tu. Tapi paling tak suka bila aku bersemangat nak kejar masa tetiba aku sangkut di lorong kanan tu. Kadang2 bukan kereta yang 'melenggang kangkung' kat situ tapi motosikal. Da la semput, pastu kedudukan kaki pun tak reti nak tertib. Kangkang besar2 terus saiz macam sebiji kancil. Nak overtake pun was2, kang terlanggar pulak lutut tu.. Dan yang pastinya itu lelaki, bukannya perempuan okay?! 
Kedua pasal cucuk bontot kereta orang ni. Aku da la drive 80-90 km/pj pastu di lorong perlahan, aku ingat takde la kereta yg mencucuk bontot kereta aku. Ni ada pernah satu kejadian, kereta kancil tu asyik2 cucuk bontot kereta aku. Bila aku tambah kelajuan ke 100 km/pj, dia masih dok cucuk2 bontot kereta aku. Aku tengok lorong kanan sunyi jer, boleh je dia overtake kat situ. Aku memang menyirap tahap dewa! Aku tukar laluan ke lorong kanan, pecut laju2 dia pun setia pula nak ikut! Hadooo...Nak je aku brek mengejut nak tengok apa dia akan buat! Nasib baik la otak ku cepat berfikir. Aku tak nak timbul masalah, kot2 dia penjenayah ke..padahal takut kereta aku ada apa2. Maklum la kereta baru engkau! Hahaha.. Last2 aku tukar lorong perlahan, buka tingkap dengan muka garang aku suruh dia jalan terus! Lelaki tu sengih je terus pecut laju2. Aku membebel sepanjang jalan, bengkak hati aku, geram! Dah la aku drive sorang2..
Ketiga..hamboiii, banyak gila benda tak beres ni. Hahaha. Sebenarnya bila stuck jem kat tol. Aku tak kisah la sebenarnya, aku boleh tunggu je turn aku. Tapi bila da kereta2 yg silap lorong memang bikin aku menyirap! Bayangkan la, dari lorong smart tag melintang cross the road nak ke lorong tunai. Aku yg Q di lorong touch & go pun terstuck disebabkan kereta2 buta ni. Terjumpa pula kereta di depan aku terlalu 'baik hati' sangat bagi chance kereta2 nie lalu kat depan dia. Kalau setakat 2,3 kereta boleh kita terima. Nie suma nak dibagi muka. Nasib la husband ada hari itu. Dia hon la orang tu, dia buat derk je. Aiiii, dia x paham ke orang belakang nie pun nak balik rumah juga? Da berderet kereta di belakang tak gerak2. Hon pun da berbalas2. Aku tengok muka husband memang tunggu masa ja nak meletop. Aku da peluk bantal kecil erat2. Tiba2 husband keluar jumpa orang tu (aku memang da agak daa..). Dia masuk kereta balik, aku cuba tanya tapi tak dijawab. Oppps lupa, dia memang takan menjawab kalau darah tengah mendidih. Ok fine, aku senyap. Hahaha. Aku perasan kereta di depan da start nak gerak2, kereta yg lain dok melintang tu putih mata! Sila tunggu giliran anda, korang la bikin jalan jammed, padan muka! Tapi aku membebel dalam hati je. .hehehe.
Kesimpulannya tak kira la perempuan ke lelaki yang drive semua pun ada kelebihan dan kelemahannya yang tersendiri. Yang penting semua kena berhati2 semasa memandu supaya perkara yang tak diingini boleh dielakkan. 
*apa jenis kereta paling best nak drive?...

Tuesday 2 July 2013

My day..birthday!

Happy belated birthday to me! Hahaha..saja nak korang tau yang aku ni dah bertambah2 'muda'. Dulu sweet 17 je, sekarang ni aku dah..oppps! Hati aku kata jangan pecah rahsia. Hmmm, cukup la aku cakap yang aku nie sweet 20s la...ehh? Nak kata sweet 17 macam tak logik la pulak kan? Macam masa tak berjalan pulaaa.. Anyway aku tak nak korang teka2 umur aku, aku just nak share benda2 yang aku buat sempena ulang tahun kelahiran aku ni. Kalau korang mesti macam2 korang buat time birthday korang kan? Benda2 yg kita tak buat pada hari2 biasa, kita nak buat pula masa birthday kita tu. Makanan yg tak pernah sentuh sebelum ni (konon nak diet, jaga badan) time birthday belasah jer.. kan kan? Lepas tu nak buat birthday party pula siap ada tema bagai, kek pun nak yang besar2 (kek tak cukup umur dah reject awal2 & kalau boleh nak yg bertingkat2 pula..amboi!!), lepas tu tempah catering & jemput kawan2 mai rumah. Waaa, kelas engkau! Macam majlis kahwin daa. Apatah lagi kalau semua tetamu datang pakai baju warna sedondon. Tak ikut tema kang kena halau.. ehh ada ke sampai macam tu sekali? 
Btw aku takde la birthday party segah macam yang sesetengah orang buat tu. Sejujurnya aku jarang sekali celebrate birthday aku ni. Cukup la sms or call yg wish, aku cukup bersyukur da. Family aku pun takda celebrate birthday bagai. Mungkin disebabkan kekangan wang & persekitaran yg memang semua pun tak celebrate birthday ni. Tu yg aku cakap tadi wish je da cukup! Kitaorang pun jenis okay jer, takde isu besar kalau tak sambut pun. Tapi bila da berkeluarga ni & dapat pula keluarga mentua jenis yang ambil berat pasal special date macam nie, nak tak nak aku celebrate la jugak. Kena layan habis2an, dapat present macam2 pula. Lepas cake cutting kena bagi short speech pulak, hadoo! Aku memang fail kalau bagi speech dpn family in law. Semua macam sangkut kat tekak je, segan! Tapi kalau berdua dengan husband jangankan bagi speech pendek, syarahan panjang siap ada petikan Bible pun aku boleh bagi..opss, terlebih pula!
2 hari lepas ni je pic yang sempat diambil. Birthday girl mana boleh gedik2 ambil pic kan? Suma aku serah tugas kat husband & father in law. Hehe.

Aku dengan en. suami. Dia memang jenis tak pandai ready2 dpn kamera. Haha..
With my parents in law..
Present drpd father in law. Sempat lagi dia cakap susah mo cari saiz lengan ko ni, kecil sgt! Opsss..aku memang saiz XS. Hehe
Yang ni pula drpd mother in law. Dia memang sedia maklum aku hantu coklat jenis ni.. Tak sampai sejam aku boleh kosongkan tempat tu. Hahaha, bakal2 naik 5kg berat badan. Haha..abaikan sebab my day!
Haaa, tu ja yg sempat aku watermark kan termasuk kek aku tu. Tapi aku tak upload, kang korang nampak bilangan lilin yg terpacak atas kek tu sakit jantung korang nanti! Haha..Yg lain pula masih tersimpan rapi dalam kamera. Macam malas la pula nak upload semua. Penat ai ok? Apapun, happy belated birthday utk semua yg lahir on 30th June! Kita semua hero & heroen on that day..Hahaha!
Good day everyone!
*teringin pula nak celebrate anniversary ala2 wedding reception..mesti class kan? Haha..*duit2..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.