Thursday 12 September 2013

Sabah food

Sepanjang berada di KK last month, aku benar2 tak melepaskan peluang untuk menikmati local food yang confirm aku tak jumpa kat KL. Tambahan pulak da lama aku mengidam nak makan tuhau, bambangan, hinava, etc... Opps! Aku tak malu nak ngaku itu memang makanan wajib aku di Sabah. Tapi disebabkan sini tak produce makanan macam nie, alamatnya aku kena melantak la kalau berpeluang jumpa makanan ni! Harussss.. Kalau ada bosou lagi...oppps, sedapnya tak terkata!
Kesempatan balik hari tu memang aku tak sia2 kan. Lepas jer balik dari island trip terus kitaorang jalankan misi mencari local food nie. Walaupun aku nie hantu meehoon sup & dim sum, sumanya aku tolak tepi! Langsung tak terfikir kau. Yang menari2 dalam otak aku sekarang ialah tuhau, bambangan, sayur campur ikan bilis... kecur! Disebabkan geng aku nie expert dalam soal pencarian makanan, akhirnya kitaorang landing kat Grace Point Sembulan. Dengarnya ada ethnic food kat sana & memang ramai orang makan kat sana. Atas sebab tu lah, kitaorang drive pun agak laju jugak. Takut kehabisan, hahaha!
Yesssss, kalau diikutkan nak jer aku order semua menu tu. All nampak sedap!
Ni barangnya, bambangan & tuhau! Hilang stress aku makan.. memula abang di restaurant tu lupa letak cili merah dalam bambangan tu. Nasib baik kitaorg alert. Eee apasal pucat ja bambangan nie? Macam kurang jaa... belek punya belek, laaaaa..tiada merah2 rupanya. Bang, bagi cili merah 4,5 biji! Zassss...kejap jer abang tu antarkan. Hahaha
Nie la makanan yang kita order hari tu. Awesome betul! Tengok jer pun rasa macam nak terbang KK lagi. Nak makan benda yang sama. Hihihi. Haaa, korang nampak tak ada tangan tak sabar? Hoiii, sabar geng.. hahaha.
Oooo ni aku punya! Nampak tak hinava tu? Desss, sedap sungguh aku rasa. Macam tak cukup jer. Sebab tu sudu aku pandai menjalar pi pinggan geng sebelah. Hahaha.
Walaupun setiap hari aku dihidangkan dengan macam2 jenis menu tetapi setakat nie belum ada lagi yang compete makanan yang nie. Tak memerlukan banyak sangat ingredient and compare to kari2 or santan aku rasa yang nie lebih healthy. Sebab tu aku tak pernah bosan dengan makanan macam nie :) Tapi kalau tanya aku resipinya aku minta maaf. Aku cuma pandai makan ja tapi nak masak sendiri belum sampai tahap pro lagi. Hohoho. 
*Tak sabar nak balik lagi.. 3 bulan takdela lama sangat kan? Hahaha..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.