Wednesday 20 March 2013

Kisah Online Game

Tadi masa aku dgn officemate ke pantry ambil air, kitaorg tercerita la pasal game kat fb. Aku mmg tau yg dia skrg dok busy dgn Candy Crush game ni (aku fikir nak bersifu dgn dia nanti). Dalam fb tak terkira da kwn2 invite nak main game ni. Bukan sekali invite, ari2 aku dapat notification psl game ni. Satu pun aku tak endah! Bukannya menyombong tapi takut tak terkawal pula nanti..
Almaklumlah aku da sejarah kelabu jg pasal game ni. Kalau korang pemain tegar game2 kat fb, mesti tau game farmville ni. Aku rasa aku la pemain paling tegar masa main game ni. Semata2 nak cepat upgrade aku sanggup sacrifice jam tidur aku. Bayangkanla, let say aku menuai jam 9 or 10mlm. Lepas tuai, boleh pula aku menanam terus. Tanaman yg perlu dituai dlm masa 3jam pula. Aku sanggup set alarm jam 1 or 2pagi semata2 nak menuai, gila kau! Dalam fikiran aku nanti tanaman aku kering. Dahlah kering xde mark pula, membazir! Semangat nun ke langit aku masa tu. Sok pi kerja, rasa mengantuk je! Nasib la keja tak banyak, blh la terlelap kejap! Taubat aku. Bos aku pula raja main poker. Dia selalu bawa aku main, siap tunjuk cara nak main tapi aku pandang sebelah mata je. Tak nak, aku nak farmville je. Bos aku siap panggil aku 'om' (pak cik2 indon yg keja tanam sayur di Kundasang) tapi aku buat derk je.. Tak luak pun!
Satu lagi perangai tak senonoh aku time main game ni, aku tak blh tgk kwn2 aku dpt grade lbh tinggi dr aku. Berbulu mata aku tgk, pantang btl! Tercabar mak cik kiah ni. Apalagi bersemangat la aku menanam, lps tu menuai 3jam later, sambung menanam and so on. Bila grade aku tinggi dari kwn2, puas hati sgt! Hahaha..Dan begitu la rutin mlm hidup aku masa tu. Busy aku kalah2 PM! Lain pula ceritanya di office. Time breakfast or lunch, game ni jd topik utama kami. Aku siap bagi tau kwn2 'bagila aku kuda or kambing biri2. Nanti aku balas. Apa ko nak?' Kalau sehari tak jumpa, siap sms bagai. Wassup blm wujud lg masa tu so sms je la jd org tgh kami. Harap email seminggu baru buka, payah! Haaa, mcm real je aku bercucuk tanam. Bila aku cerita kat mama, dia suruh pula aku bercucuk tanam betul2. Tanah da tersedia tinggal nak start je. Lps dengar feedback mama, terus aku stop cerita. Aku tak boleh bayangkan diri ini jadi petani yg real
@-@
Selepas aku transfer tempat keja, secara perlahan2 aku jd lupa ttng game ni. Ditambah dgn kesibukan dan lifestyle aku sekarang, game ni aku tinggalkan 100%. Takpe masih banyak lagi benda yg boleh menghiburkan. Terpulang kpd kita je. Walaubagaimanapun, Farmville adalah game yg paling best aku main setakat ni.  
Kepada peminat Candy Crush 'Selamat Berhibur'.. =.=


Monday 18 March 2013

Tips Menjawap Exam KPSL

Am coming! Hari ni aku nak bercakap pasal tips2 menjawab kpsl ni. Aku kan bangsa menepati janji punya, haha perasan lebih! Tanpa membuang masa jom kita intai tips2 versi kampungan aku ni. Aku tau da banyak blog yang share tips2, teknik n cara nak menjawab kpsl ni. So, terpulang la nak ikut ke tidak cara aku ni, aku just nak share je! Yela sharing is caring kan..
i) Baca arahan dulu kawan2 (paling basic). Jangan gelojoh, relax je!
ii) Baca soalan dan kenalpasti rujukan. Kalau aku, aku buat dulu bacaan skimming (zig zag iaitu bacaan pantas). Tujuannya nak kenalpasti mana2 soalan yang aku rasa boleh jawab dan bulatkan soalan yg terpilih. Aku jenis tak blh depends sgt dgn buku takut tak sempat mencari...
iii) Dah kenalpasti soalan dan rujukan, sila ambil rujukan perkara yang tepat. Cthnya soalan pasal cuti. Cuti semua ada dalam Bab C, Perintah Am. So, kalau soalan tanya pasal cuti kecemasan sila rujuk pada cuti kecemasan. Jangan menyimpang ke cuti rehat pula! Kadang2 benda ni kita boleh terlepas pandang..
iv) Jawap soalan dan nyatakan rujukan yang dipakai. Cth: Merujuk kepada Akta Pencen Peraturan 19(3)(a), .......
v) Jawapan kena ikut fakta ye kawan2. Tak salah menggunakan ayat sendiri asalkan ayat itu disokong oleh fakta daripada rujukan yang diambil. Aku kdg2 memang menggunakan ayat sendiri TETAPI ayat itu disokong dengan menyatakan 'Ini selaras dengan peruntukan yang terdapat pada Akta Pencen Peraturan 19(3)(a) yang jelas menyatakan bahawa.....(tulis balik peraturan dalam Akta Pencen berkenaan)'. Maybe bagi sesetengah org cara ini agak memakan masa. So, terpulang pada kawan2. Nak jawab straight to the point pun boleh :) Yelah, nak save masa..
vi) Jangan tinggalkan jawapan kosong. Let say kalau masa tak cukup, jangan sesekali tinggalkan jawapan kosong semata2 tak dapat cari rujukan berkaitan. Based on my own experience, aku ada beberapa soalan yang tak sempat cari rujukan. Aku just jawab secara logik dan menurut pengetahuan sendiri. Cthnya soalan tu allocate  10 markah. Kalau tinggalkan kita confirm2 hilang 10mark tu. No harm try jawab. Lagipun exam ni subjective, human mark. Kita jawap sikit pun pasti da mark even tak dapat full mark. 4/10 tu pun kira ok da..
vii) Tulisan biar maintain dik. Org yg mark paper ni pun blh moody kalu dia x mampu baca apa yg korang tulis. So, sebaik2nya tulisan biar kemas sampai habis...
**************************************************************
CONTOH KAEDAH MENJAWAB KERTAS BHG. C (Undang2 Umum)
Soalan 1:
En. Farid seorang Pen. Pegawai Tadbir (N27) di sebuah jbtn kerjaan telah mengalami kecederaan parah setelah terlibat dlm kemalangan jalan raya semasa dlm perjalan ke pejabat.Kecederaan tersebut menyebabkan beliau lumpuh seluruh anggota badan dan telah diperiksa oleh Lembaga Perubatan dan dinasihatkan utk bersara drpd perkhidmatan awam. Beliau kemudiannya bersara drpd perkhidmatan awam. Pihak polis trafik juga telah mengesahkan bahawa kemalangan itu berpunca drpd kelalaian pemandu lori yg melanggar kereta En. Farid. En. Farid adalah anak tunggal dan hanya beliau seorang shj yg menjaga dan memelihara ibunya secara sepenuhnya selepas kematian bapa beliau 10 tahun lalu. Selepas enam tahun menghidap penyakit lumpuh, beliau meninggal dunia dgn meninggalkan ibunya keseorangan.
a) Nyatakan keadaan yg boleh menyebabkan pencen tanggungan yang diterima oleh ibu beliau diberhentikan.
Jawapan: Pencen tanggungan yg diterima oleh ibu beliau boleh diberhentikan apabila bukti bahawa ibu beliau diberi nafkah yg secukupnya drpd lain2 punca nafkah diperolehi. Ini selaras dgn peruntukan yg terdpt pd Akta Pencen Peraturan 19(3)(a) yg jelas menyatakan bahawa......
Soalan 2: 
En. Sulaiman seorang Pengarah Urusan Syarikat Pembinaan telah mendapati bahawa pegawai akaunnya telah membuat kesilapan dalam membuat caruman pekerja Syarikat Pembinaan. Kesilapan itu telah dilakukan bg caruman dlm tahun 2009. En. Sulaiman tidak pasti samada lebihan bayaran yg telah tersilap bayar itu blh didapatkan kembali drpd KWSP. Sila nasihatkan En. Sulaiman:
a) Samada caruman tersebut boleh didapatkan kembali drpd KWSP.
Jawapan: Boleh. Merujuk kepada Akta KWSP Kaedah 33(i) yang jelas memperuntukkan bahawa .......
b) Bincangkan cara untuk mendapatkan semula lebihan bayaran caruman tersebut.
Jawapan: Merujuk kepada Akta KWSP Kaedah 33(ii)(3), cara2 untuk mendapatkan semula lebihan bayaran caruman tersebut... 
********************************************************************
Haaa, kaedah seperti di atas la aku amalkan semasa menjawap paper kpsl ni. Agak berbaloi jg sebab sekali ambil exam ni, aku pass semua paper ni. Rasanya dah ramai yang berkongsi tips & kaedah di blog msg2 tp terpulang la kawan2 nak ikut tips & kaedah mana satu sbb semua tips tu berkongsi tujuan yg sama iaitu LULUS. Selamat maju jaya semua!

Thursday 14 March 2013

Exam KPSL

Exam KPSL tidak lama lagi, lebih kurang 2 bulan dari sekarang kot. Maka dengan itu, berduyun2 la kawan2 nak pinjam buku2 berkaitan kat library. Disebabkan kawan aku kerja kat library tu, aku kadang2 jadi orang tengah menyampaikan pesanan. Kalau aku kena bagi upah kompom duit gaji bulanan aku tak luak! Tapi dalam tempoh sebulan je la.. Tapi disebabkan aku ni baik hati (korang diam, aku sekarang ni dalam mood  masuk bakul angkat sendiri) maka aku halalkan je segala sms, call dan tak lupa juga air liur yang terbazir semasa menyampaikan amanat kawan2. Hehe..
Okay, kawan2. Seperti yg kita sedia maklum, exam ni open book so kalau takde buku berkaitan memang rugi sgt2 la! Kalau tak study pun at least boleh menjawab. Ada rujukan bantai je jawab, janji jawab. Lulus tak lulus belakang cerita. Kalau takde buku nak jawab mcm mana? Exam ni jawapan kena ikut fakta. Even kalau tanya pasal pendapat pun kena ada rujukan fakta. Jawapan ikut suka hati tu yang memungkinkan kita kandas. Ataupun terlalu bergantung kepada buku sampai langsung menjawab 100% ikut buku tanpa menggunakan ayat sendiri. Aku ni memandai je tapi korang kena take note apa yang aku cakap ni sebab apa yang aku cakap ni berlandaskan experience sendiri dan kawan2 di sekeliling. Aku bukan nak bangga diri tapi aku ambil sekali, aku 'PASS' ketiga2 paper ni. Dan aku bukannya orang lama tapi baru 3 tahun service. Syukur la kan..
Ada kawan2 tanya tips menjawab macam mana aku pakai. Aku berkongsi cara aku menjawab. Kawan2 tu nak ikut or tak ikut, terpulang. Belum tentu cara aku menjawab dia boleh ikut atau serasi dengan cara tersebut. Masing-masing punya cara tersendiri.


Btw, next entry aku akan berkongsi tips menjawab exam KPSL. Tips ni versi aku sendiri. Tips yang aku pakai semasa menjawab exam ni. Tips yang menyebabkan aku pass semua paper. 
That's all for now..tunggu tips dari aku! hehe..

Gurau tak bertempat..

Lagi post pasal pencerobohan kat Lahad Datu, Sabah. Aku tak blame diri sendiri pasal nak post pencerobohan sebab benda ni memang sedang meletup-letup sekarang. Da jadi masalah negara so aku pun kena concern la juga. Lebih2 tempat tu terletak di negeri tercinta! Sapa tak marah, tak geram, tak sakit hati, tak sedih kalau tempat kita diserang/diceroboh seolah2 tempat kita tak merdeka, xda undang2 langsung. Senang2 je penceroboh si Tiram.. eeehh si Kiram ni nak masuk bagai masuk rumah sendiri..Byk cantik!
Aku ni lantak la korang nak cakap apa2 lebih2 lagi orang jauh nun dari tempat aku tu. Cakap la apa saja perasaan korang, cadangan korang..dipersilakan janji hormat orang sikit. Aku nak mengadu sikit ni. Alkisahnya colleague2 aku di ofis ni meluahkan kegeraman dorang terhadap penceroboh Sulu ni. Aku panggil mundu sulu la. Senang sikit nak taip! hehe. Aku faham la juga perasaan dorang. Aku lebih2 lagi la terasa sebab negeri yang diserang tu negeri aku. Lepas tu sibuk pula dorang tertanya2 orang2 Sulu ni macam mana. Aku yang out of d conversation memang tak bercakap langsung. Tiba2 aku dengar suara sumbang. 'Entah2 zita pun orang Sulu'. Aikkk, aku ke? Kat ofis nie mana ada lg staff bernama zita selain aku ni. Apalagi aku terus interrupt conversation dorang ni. Aku mengatakan yang aku ni 'kadazandusun' dari Sabah dengan menekankan sedikit intonasi 'kadazandusun' tu. Tak faham tolong google! Terdiam juga makcik2 kat ofis ni.
Sebenarnya aku tak marah pun. Cuma aku tak suka kalau tiba2 aku dikaitkan dengan bangsa mundu ni. Rakyat Sulu kat Sabah pun tak nak dikaitkan dengan dorang, ini kan pula orang yang takde kena mengena dengan bangsa mereka ni. Macam aku! So, lain kali tak payah nak bergurau & menyibuk tak kena tempat. Kan da kena!
Aku ni garang sikit kalau 'diganggu' tak kena tempat. Bak kata Prof. Dato' Dr. Mohd Fadzillah Kamsah 'samseng jalanan'. Haha.. 

Wednesday 13 March 2013

Pencerobohan di Lahad Datu, Sabah

Agak terlambat sebenarnya post aku pasal pencerobohan di Lahad Datu. Bukannya bermaksud tak kisah, tapi aku rasa akulah orang yang paling busy semasa rundingan dilakukan dan semasa serangan berlaku. Bukannya busy dengan keja2 menimbun tapi sibuk call family dan kawan2 kat Sabah. Almaklumla negeri terchinta aku tu. Mana boleh buat derk je. Kalau gitu gayanya, ko tak kisah pasal negeri ko kena serang baik ko berhijrah je la kat oversea sana. Bikin menyemak jer... haha 
Aku ni ramai geng polis. Akak polis geng keras aku kat Sabah pun dihantar ke Lahad Datu. Maunya jantung aku berhenti berdegup. Dig dug dig dag... berirama gitu! Dia diberi task untuk tag mayat. Suka tak suka terpaksa pergi, maklumlah SYMP. Kang tak pergi kena suruh retire. Haa, nak keja pa lps ni? Aku memang salute la pegawai dan anggota keselamatan negara kita. Tanpa dorang tak tau la pa jadi dengan Pantai Timur Sabah. So kepada orang2 luar even orang2 politik sendiri yang suka mempolitikkan keadaan ni, baik korang diam dulu. Ketepikan dulu fahaman politik tu, selesaikan masalah negara ini dulu. Bila da betul2 settle, baru korang tunjukkan protes korang dalam PRU13. Haa, memandai je aku ni!
By the way, R.I.P kepada 10 orang pewira negara kita yang gugur di Lahad Datu, Sabah dan semoga Tuhan memberkati family2 mereka agar tabah dan sabar dalam menghadapi keadaan ini. Tidak dilupakan semoga keamanan kembali menaungi Sabah dan rakyat Sabah terhindar daripada penceroboh Kiram yang tak berperikemanusiaan itu.
P/S~ Aku tak nak mama aku paranoid sampai nak ke Ranau pun takut. Asal aku call mesti dia cerita pasal ketakutan dia. Penceroboh Kiram benar2 menggugat keamanan dan mendatangkan ketakutan dan rasa panik di kalangan rakyat Sabah. Harapan semoga pewira2 kita dapat menghapuskan penceroboh2 Kiram yang buta sejarah ini!

Tuesday 12 March 2013

An Awesome Conversation with God

Me: God, can i ask You a question?
God: Sure
Me: Promise You won't get mad..
God: I promise
Me: Why did You let so much stuff happen to me today?
God: What do u mean?
Me: Well, i woke up late..
God: Yes
Me: My car took forever to start.
God: Okay
Me: At lunch they made my sandwich wrong & i had to wait.
God: Hummmmm
Me: On the way home, my phone went DEAD, just as i picked up a call.
God: All right
Me: And on top of it all off, when i got home~i just want to soak my feet in my new foot massager & relax. BUT it wouldn't work!!! Nothing went right today! Why did You do that?
God: Let me see, the death angel was at your bed this morning and i had to send one of My Angels to battle him for your life. I let you sleep through that.
Me (humbled): Ohhh
God: I didn't let your car start because there was a drunk driver on your route that would have hit you if you were on the road.
Me: (ashamed)
God: The first person who made your sandwich today was sick & I didn't want you to catch what they have, I knew you couldn't afford to miss work.
Me (embarrassed): Okay..
God: Your phone went dead because the person that was calling was going to give false witness about you said on that call, I didn't even let you talk to them so you would be covered.
Me (softly): I see God..
God: Oh and that foot massager, it had a shortage that was going to throw out all of the power in your house tonight. I didn't think you wanted to be in the dark.
Me: I'm sorry God..
God: Don't be sorry, just learn to Trust Me in all things, the good and the bad.
Me: I will trust You.
God: And don't doubt that My plan for your day is Always Better than your plan.
Me: I won't God. And let me tell You God. Thank You for everything today.
God: You're welcome child. It was just another day being your God and I love looking after My children..

P/S~ Not prayer without faith, nor faith without prayer, but prayer in faith, is the cost of spiritual gifts and graces- by Henry Clay Trumbull. And for me, i have my faith and always believe in Him, God bless!

Sembang 0..

Waaa, lama bebenar aku tak jenguk blog ni. Bukan tak ingat tapi sekarang ni aku tgh busy belajar nak watermark pic2 yang aku rasa nak upload ke blog ni. Tapi nampaknya aku bukanla tergolong dalam golongan 'fast learner', so mulai sekarang aku tak nak upload apa2 pic sebelum aku pro buat watermark tu. Payah juga kalau tergolong dalam 'slow learner' ni..opsss! Down to earth la sangat.. haha
Rasanya aku takde patient nak belajar pasal watermark pic semua ni. Asal aku tau serba sedikit pasal IT ni, aku rasa da okay. Tak cukup ilmu lagi tapi aku masih boleh berkompromi dlm soal ni. At least takde la ketinggalan sgt2. Masih boleh bersaing dengan lain biarpun tercungap2 nak kejar. Hahaha, siap back up bagai aku ni. Sabar je la, aku memang tak nak mendownkan diri aku sampai tak boleh bangun pula. Haru jadinya nanti..
Aku sebenarnya banyak sgt cerita nak share tapi aku pemalas sikit akhir2 ni. Tuntutan keja banyak sgt. So aku tak boleh la 24hours menghadap pc semata2 nak update blog ni. Status fb aku pun jarang sekali nak upadate, ni kan pula yang kena menaip berjela2. Lagi la darjah kemalasan aku meningkat 200%. Haa, ambik ko..
Btw, aku akan usaha lepas ni untuk merajinkan diri utk update blog ni. Sedikit demi sedikit aku akan try. 

Have a good day!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.