Wednesday 26 February 2014

Hyde Park & Big Bus London

 Masa ni cuaca agak sejuk berbanding hari2 sebelum tu. So aku cakap kat husband aku nak berjalan jugak ari nie tapi kalau boleh tak nak pakai kaki. Terlopong jap husband aku! Dia tanya balik, kalau taknak jalan pakai kaki abis nak jalan pakai apa? Hadooo..lambat pick up betul laaa. Aku maksudkan aku tak mampu nak mengukur kota London nie pakai kaki..aku nak teksi! Haaaa..teksi! Dengar je perkataan teksi tu, di baginya aku pulak takzirah. Mahal laa, tak best la..Ok2, aku kan tak berapa biasa lagi dengan public transport ni. So bila dia suggest ambil hop on bus tu aku iye2 je. Yg penting kaki aku rest hari ni! Gambar bus kat atas tu bukan bus yang aku naik. Entah excited ka apa, aku lupa betul snap gambar bus yang aku naik tu. Hisssshhhh...Yang ni pun jadi laaaaaa... Banyak pilihan sebenarnya kalau nak buat sightseeing tour ni. Aku dengan husband sepakat ambil Big Bus Tours. Harga memang berbaloi dengan pengalaman yang kitaorang dapat! Tour ni tak perlukan guide sebab dalam bus itu sendiri semua tourist dibekalkan dengan earphone yang boleh disambungkan di setiap kerusi yang disediakan. So, sejarah berkaitan tempat2 yang kita akan pergi or tempat sepanjang perjalanan semuanya boleh didengari melalui earphone yang diberi tu. Aku memang like sangat2 la cara nie... >.<
 Aku cakap kat husband, aku jumpa King Arthur. Serius gila nak bagi tau. Husband tanya kat mana..aku dengan yakin tunjuk kuda ni dgn bossnya! Hahaha...Angkara Merlin!


Bangunan2 cantik yang aku sempat snap..tak mampu nak ambil gambar banyak2. Sejuk sgt2 kat deck atas hop on bus tu. Kejap2 aku turun deck bawah sebab tak tahan sejuk! Kat atas tu tak berbumbung & berdinding pun paras pinggang jer. Budak2 memang tak boleh la naik hop on bus tu. Angin kuat kang jadi batman melayang pulak! 


3 latest pic nie pulak kat Hyde Park. Aku memula taknak pergi, yelah aku tengok macam taman awam je. Jogging, jalan2, picnic, etc...merata2 aku tengok orang buat benda nie. So aku ingat macam kat Malaysia je. Alaaaa, common je.. Tapi husband cakap aku salah. Sini ada kegiatan ala2 public speaking. Bercakap2 la apa sahaja yang ko nak janji jangan sentuh Queen Elizabeth. Ko nak kritik kaw2 polis, army, menteri2 even PM pun tiada masalah yang penting hal Queen jangan sentuh. Sebab tu polis ada merata2 di situ. Bila dengar cerita husband, aku pun terus masuk park nie. Malangnya tergendala jap. C kawan sibuk bermaking friends dengan other tourist. Macam tour guide jer aku dengar explaination dia. Macam tunggul jer aku menunggu dia. Nasib baik aku nampak tupai.. Sempat lagi aku bagi makan tupai tu. Bising jugak tupai nie makan! Tetiba datang banyak pulak. Terus aku lari...tak mampu nak bagi makan semua. Patut la bising time makan rupanya panggil kawan dia semua! Da la aku bawa makanan sedap 'layer cake coconut flavour'. Hmmmm....
Bila masuk park tu, yaaaa...memang betul la apa yang husband aku cakap. Aku nampak banyak kumpulan2 kat situ. Rupanya tengah berspeech la tu..Tapi aku tak sempat nak dengar apa yang dorang perkatakan. Bukan rezeki... Read more about Hyde Park here. Interesting! Best gak baca sebelum pergi sana. 
Banyak sangat da aku tulis..tulis pasal kaki penat, sekarang tangan aku pula penat menaip. Hehe
*Jommmm, sambung kerja dulu! See yaa..

Jejalan sekitar London lagi...

 Besar gila London nie. Sebulan kat sini pun tak abis cover lagi. Papun meh kita cerita2 lg perjalanan aku hari ni. Gambar kat atas tu kat Covent Garden Market. Husband cakap boleh beli ole2 kat sini. Can get cheap katanya! Beria2 sampai aku pun excited nak pergi. Yelaaaa, London tak asing bagi dia so dia tau la tempat2 kat London nie. Tak sesat katanya selagi confident & rajin bertanya. Aku iye2 je la..maklumlah 1st time! Sekali sampai sini, ole2 yang aku dok fikir dari hotel satu pun aku tak jumpa. Muka tu da start ketat dah! Yang aku nampak orang2 yang buat show di jalanan tu jer yang berlambak. Walaupun muka ketat tapi tak dinafikan aku memang terhibur jugak la.. Macam2 gaya aku nampak. Hehehe.
 Yang ni pulak kat Trafalgar Square. Aku beria2 nak pergi sini sebab nak main2 dengan pigeon yang berlambak terbang2 tu. Alaaaa, macam dalam movie Home Alone tuuu.. Malangnya niat tak kesampaian! Ramai sangat orang! Nasib baik jumpa band boy nie, ala2 The Beatles gitu! Aku tercegat tak gerak2 kat depan dorang nie. Teruja ai! Hahah..hensem gitu! Kalau kat sini (Msia) confirm famous meletup2 macam pop corn gitu. Haiiiii, nasib baik iman kuat kalau tak, nak jer aku berdiri tercegat kat situ sampai performance dorang abissss.. Hahaha! 
 Time nie ada event CNY kat sini. So sibuk la abg2 matsalleh tu agih2 'hadiah'. Tapi khas utk orang chinese jer. Kalau muka ko terang2 muka matsalleh or lain drpd tu, jangan harap la dapat. Hulur tangan depan batang hidung dia pun, jangan harap kena bagi. Hahaha. Tapi aku yang just lalu depan dia dihulurnya pulak! Eeee, muka aku chinese look ker? Kembang lubang hidung japppp.. cepat2 suruh husband snap gambar. Malangnya dengan coffee starbuck di tangan. Lupa nak tayang gift yang diberi tu. Tapi yang sandi tu, aku tak tau da mana aku letak hadiah tu. Aku nie pelupa sikit..bukan sikit tapi banyak! Tak merasa la aku dgn pemberian abg matsalleh sempena CNY kat London. Huhu. Sini banyak booth so beli la ole2 yang berkenaan. Ada jugak la aku beli sikit2 walaupun rambang mata nak memilih!

Dekat London Waterloo Station. Orang memang ramai giler aaa. Tapi aku tak peduli, berhenti & berdiri tegak2 kat tengah2 pastu hulur camera kat husband! Tergendala perjalanan jap. Snap sini sana dlu..Ok done! 
Kita sambung pulak nanti. Banyak ni aku nak share2. One by one kita share. Kalau sekali cam best pulak. Pastu entry panjang berjela2..bukan tangan jer yang penat menaip, mata yang membaca pun penat! Kelas ai, memahami gitu....

*See ya! 

Monday 24 February 2014

Sekali lagi..London!

London Eye, destinasi pertama selepas keluar dari perut train di London Waterloo Station.. Hajat nak naik London Eye ni tapi tengok Q macam ular berbelit2, terus cancel...tak jadi!
Maka, bermula la pengembaraan kitaorang. Actually berlambak je tour macam bus hop on hop off kat London tu. Bayar lepas tu naik bus yang disediakan. Bus double decker, merah2 gitu! Kalau tak nak merah, warna lain pun ada. Pilih jer! Tapi sekali korang da bayar bus yang merah2 gitu makanya korang tak boleh la naik bus warna lain. Stick dengan bus merah tu jer la. Hahaha. Anyway coming back to here, bus2 nie akan berhenti di destinasi yang telah ditetapkan. Contohnya, Big Ben, London Bridge, London Eye, Monumen...and banyak lagi! Kalau rasa2 nak ambil gambar or nak berjalan sekitar tempat tu, silakan. Tapi bus tu akan jalan, takde istilah tunggu2. Tapi jangan risau, bus lain dr same company akan datang dalam masa 20mins. Jangan panik! So, korang ada masa 20mins nak jelajah tempat tu. Lantak laaa nak buat apa, bergambar sampai habis gaya ke, nak gi minum coffee pun boleh asalkan dalam masa 20 mins tu jer. Kalau ketinggalan bus lagi, kena tunggu la another 20 mins. Tapi aku nie rajin sikit nak berjalan! Cuaca sejuk so bila berjalan tu rasa sedap badan, panas sikit tapi tak berpeluh! Itu yang aku mampu berjalan berkilo2meter tu. Kalau kat sini, memang tak mampu la! Nak g kedai depan rumah pun bawak keta jugakkk...Hahaha.

Big Ben..Selalu nampak bangunan ni kat tv. Akhirnya jejak kaki jugak kat sini. 
 Siok2 tangkap gambar tetiba pulak ada burung lalu. Nasib baik la aku bawak camera cun, dapat la aku tangkap gambarnya sekali. Hahaha..
 Tower Bridge. Aku gambar dari jauh jer! Kalau dekat sangat, tak muat screen camera aku. Hehe


Aku dgn bis boss kat London Bridge. Husband aku nie muka mahal, tak nak bergambar. Sebab tu, balik2 muka aku jer penghias screen camera. Kali ni nasib baik aku dapat tangkap satuorang mat salleh nie sekali dgn laki aku, then minta tolong ambik gambar. Kalau tak, memang takdernya gambar nie. Husband aku kan jenis kalau  berjalan mesti sebatu depan aku. Tak reti tunggu bini yang excited bergambar. Last2 aku jugak yang semput mengejar! Nasib badan....
 Kan? Aku jer yang balik2 bergambar.. Nasib baik kali nie cantik dia gambar. Kalau tengok gambar lain, sedih! Macam2 gaya muka yang tak menjadi. Aku masih bercakap da di snapnya. Baru nak baguskan rambut dah ditekan cameranya. Maka terkeluar la gambar yang bikin kesian.. Hadoooo, sabar ja la! Nasib baik pakai camera digital, boleh main buang/padam mana2 gambar yang tak berkenaan. Kalau camera yg pakai film? Aku tak mampu nak menjawab >.<

Teettttttt..aku nak balik! Next entry kita jumpa lagi...  Babai!





Wednesday 19 February 2014

Enjoy The Holy Alphabet!

Enjoy The Holy Alphabet!

                    Although things are not perfect
                    Because of trial or pain
                    Continue in thanksgiving

                    Do not begin to blame

                    Even when the times are hard

                    Fierce winds are bound to blow

                    God is forever able

                    Hold on to what you know

                    Imagine life without His love

                    Joy would cease to be

                    Keep thanking Him for all the things

                    Love imparts to thee

                    Move out of "Camp Complaining"

                    No weapon that is known

                    On earth can yield the power

                    Praise can do alone

                    Quit looking at the future

                    Redeem the time at hand

                    Start every day with worship

                    To "thank" is a command

                    Until we see Him coming

                    Victorious in the sky

                    We'll run the race with gratitude

                    Xalting God most high

                    Yes, there'll be good times and yes some

                            will be bad, but...
                    Zion waits in glory...where none are ever sad!

*I am impressed with that Alphabet! 

Tuesday 18 February 2014

1st Day-London

Yeaaahhhh, akhirnya aku sampai jugak kat sini. Kota London yang teringin sangat aku nak jejak! Ikutkan hati muda aku dulu, nak sangat aku keja kat sini! Hahaha..ada hati. Speaking pun merangkak2, belum g interview awal2 dah kena reject, tak gitu? Sebab tu la aku jadi kuli jer. Sob..sob..sob..
Memang aku kena akui, melihat kepada cara2 hidup orang London nie rasanya aku boleh survive kot! Lupakan sebentar pasal nasi. Hahaha. Penduduknya peramah, sedikit sebanyak memudahkan perjalanan kitaorang. Tanya direction ringan jer mulut bagi explain. Go straight, turn left, turn right..bla...bla.. Ikut jer confirm sampai destinasi! Kalau tak nak menyusahkan boleh jer turn on waze. Pergi la ke mana-mana, pasti tak sesat! Tapi ada kemungkinan tempat yang dekat pun boleh jadi jauh. Waze kan suka bagi jalan jauh2 padahal tempat yang kita nak pergi tu depan mata jer! Da tawaf satu London rupanya tempat tu dekat2 situ jer.. Hahaha. Tapi the problem is bukan senang nak dapat line wifi kat sini. Wifi free memang jarang jumpa la. Aku di Malaysia online 24 jam, tetiba tak boleh online kat sana terus aku mati kutu! Nak turn on packet data tapi memikirkan bil yang pasti melambung2, aku cuba tabahkan hati! Seksa oiiii nak tabah2 nie! Lepas tu kat hotel pulak kena bayar 1pound utk 20minit. Tak mampu tapi aku tutup mata jer bagi 1pound tu semata2 nak update status 'after 13hours of long journey, finally i safely arrived here in London. Thanks God'. Hahaha... Poyo tak ingat status fb aku! Takde niat lain pun, just nak inform family jer. Telefon kang bil pasti melambung2. Tak mampu!
Jum kita layan pic yang sempat aku snap hari tu. Aku sebenarnya tak reti nak bergambar2 nie. Kalau ada kawan sekepala baru la gediks tu keluar. Kali ni ala2 holy. Hahaha..
 Tempat tinggal aku sepanjang 5 hari kat London. St. Giles Heathrow. Area Hounslow. Kalau ada kawan2 nak ke London aku recommend hotel nie. Memang ok. Semuanya dekat!
Lepas check in terus pergi shopping. Item utama yang kitaorang cari Mineral Water & Bun. Shopping kat ASDA. Kalau korang nak tau ASDA ni macam Giant kat Malaysia. Barang murah tapi berkualiti. Sebab tu hari2 tempat ni macam berpesta jer sebab ramai sangat orang shopping. Walking distance jer dari hotel kitaorang, lebih kurang 10 minit cam tu. Tapi tak rasa sebab cuaca time tu 7 degrees. Memang tak berpeluh la! Hehehe

Ok, itu saja la aku nak share hari nie. Kita continue dalam next entry.. Babai!


Sunday 16 February 2014

KL - London Heathrow International Airport

Disebabkan bulan ni da Feb makanya tak perlu la aku mengupdate bulan Jan punya cerita. Aku direct to the recently punya story. Aku sebenarnya banyak story nak share tapi aku tak mampu nak tulis semua. So aku tulis benda yang aku rasa nak tulis jer. Orang kata ikut kemampuan... Haha
O ya, aku ada bagi tau aku nie kaki travelling. Tak kisah la dalam or luar negeri aku bantai jer. Janji ada ong cukup. So, alkisahnya lepas balik dari celebrated Christmas di kampung, tetiba datang idea nak travel jauh2. Konon2 stress. Hahaha, baru beberapa hari start kerja da rasa stress. Poyo jer aku ni! Hahaha. Aku bagi la explanation panjang lebar sebab2 aku nak sangat travel. Justifikasi kaw2 aku bagi kat husband. Huahaha, nasib kau la dapat bini cam aku. Asyik nak travel jer kerjanya! Hahaha. Tapi nasib baik la juga, walaupun sikap aku dengan husband jauh 44 simpang bezanya tapi kami sama-sama kaki travel. So senang sikit la kerja aku nak bodek dia!
Coming back to here (ayat fevret laki aku)..sikit2 coming back to here. Disebabkan aku teringin sangat nak jejak kaki ke London & Paris, tanpa segan2 aku cakap kat dia yang aku nak ke sana! Hahaha, kaw2 tempat aku minta. Haaaa, ko mampu?! Walaupun husband terkejut, dia setuju jugak! Aku pulak yang hampir pitam (terkejut), biar betul dia ni! Setelah puas meyakinkan diri, bermulalah episod packed barang. Last year kitaorg shared luggage. Ni kali aku nak asing. So macam2 la yang aku masukkan dalam luggage tu termasuklah maggi cup! Tak banyak 5 jer tapi tu pun husband keluarkan 2 cup (tanpa pengetahuan aku) so tinggal 3 jer. Frust jap aku! Terfikirkan kesusahan nak cari nasi kat sana (lidah aku kan lidah nasi, asyik mencari nasi jer), maka aku suggest kat husband bawa 'rice cooker'. Terbeliak mata dia tengok aku! Eee, aku salah cakap cakap ker? Ooooo, dia tak benarkan. Panjang juga explanation dia bagi. Tak mampu aku nak tulis. Hahaha
31/1/2014- Tarikh kitaorang bertolak dari KL direct ke London Heathrow International Airport. 13 jam dalam flight cukup memenatkan. Lenguh satu badan! Nasib baik la aku duduk kat Business Class. Boleh la aku melayan tidur (seat boleh jadi katil) dan movie Thor- The Dark World sampai  ulang 3 kali. Hahaha, ko mampu?? Aku memang minat habis Thor nie. Teruja tengok dia ni..oppps!

Sempat snap picture sebelum turun. Badan penat sebab tu nak senyum pun tak larat.

Keluar jer dari perut kapal terus bungkus satu badan dengan sweater tebal2. Sejuk gila! 
Ok, nanti kita sambung cerita in d next entry..
*penat menaip...hahaha 

Thursday 13 February 2014

Pembuka bicara

Diam tak diam, da masuk pertengahan bulan Feb rupanya. Cepat bebenar masa ni berlalu yerkk. Aku tak sempat pun menulis entri untuk bulan Jan, tup tup dah penghujung bulan Feb. Alamatnya semakin cepat la umur aku ni meningkat. Naik, naik, naik..sangat pantas tapi turunya tak pernah! Dan mustahil utk berlaku. Huahahaha. 
Coming back to here, kekangan masa adalah penyebab sebenar aku nie tak sempat nak meng'update blog ni. Bagi sesetangah orang, awal tahun masih relax lagi tapi aku masuk2 office jer....zaaaassssssssss, keja bertimbun menunggu! Partition aku yg sedia sempit tu makin sempit rasanya. Ikutkan hati hari nie jugak aku nak submit permohonan pencen. Tak sabar nak pencen oii! Hahaha, tak sedar diri betul aku ni. Keja baru setahun dua tp lagak macam nak mengalahkan makcik2 yang dah nak sampai umur pencen. Dorang nie lagi la liat nak pencen. Semangat nak keja! Patutnya aku kena belajar dari dorang nie macam mana nak bersabar. Tp kadang2 ada juga di kalangan mereka ni, kalu ikut pekeliling (pekeliling la sangat..hahaha) patut boleh pencen atas kesihatan tak mengizinkan. Buat kerja pun dah takde produktiviti disebabkan masalah tersebut. Malah keja pulak banyak yang dicover oleh staff lain yg lebih muda. Bukan kah itu da menyusahkan sebenarnya dalam erti kata lain? Tak per la mak cik. Takan nak tunggu jugak umur 60thn baru nak pencen tp in the same time buat keja memang tak larat? Duit pencen kan kompom masuk tiap bulan. Anak2 muda yg still menganggur di luar sana boleh la apply jawatan tu. 
Haaaaaa, start da aku membebel. Hahaha. Takper nie pembuka kata jer since da lama sangat aku tak jenguk blog ni. 
Harap2 lepas ni aku mampu merajinkan diri untuk meng'update blog ni. Slowy2. 
See yaaaa....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.