Monday 21 January 2013

~Manusia zaman sekarang..

Walaupun batuk-batuk dan badan tak berapa sihat, aku still bersemangat bangun pagi nak pergi kerja. Aku ni lain sikit, aku suka drive kereta pagi2. So awalnya husband volunteer nak drive tapi aku refused juga. Aku rasa masih boleh handle stereng lagi so let me drive ja la. Maka aku pun drive dengan penuh semangat.

Keluar dari simpang masuk area rumah kami tu ialah LDP & New Pantai Highway. So jangan tanya la, kereta memang banyak. Macam semut pun ada. So the best way to avoid it is keluar rumah before 7am. Tapi hari ni aku tak sangka la pula da kejadian menakutkan berlaku betul2 di simpang keluar/masuk area kami tu dari 2 highway tersebut. Aku memang dari jauh memang da nampak seseorang terbongkok-bongkok kat tepi jalan tu tp x berapa sure apa. Yang pastinya lelaki. Aku pun drive slowly. Tiba2 lelaki ni berlari ke tengah jalan betul2 di hadapan kereta aku sambil mendepangkan tangan. Nasib baik aku tak drive laju, kalau tak..minta simpang 44! 

Husband yang dok baca doa di sebelah terkejut. Apalagi dia berteriak 'go, go darling. don't stop your car'. Aku da panik tak tau nak ikut mana sebab lelaki tu betul2 berada di tengah2 jalan sambil sibuk mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Sambil tu dia berteriak 'Shah Alam' entah berapa kali. Entah macam mana aku pusingkan stereng ke kiri, langgar laluan pejalan kaki terus ke highway LDP. Selepas tu yang aku dengar banyak kereta di tempat yang sama bunyikan hon kepada lelaki tersebut. Lepas tu aku tak tau apa yang terjadi. 

Slowly husband bercerita zaman sekarang kita tak boleh terlalu mempercayai orang. Sebab zaman sekarang macam2 taktik manusia yang sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan apa yang dihajati. Sounds cruel tapi itulah hakikatnya. Aku terfikir juga apa yang lelaki itu sibuk keluarkan dari poket? Pistol ka, bom ka? Aku geleng2 kepala je, tak mampu nak berfikir panjang pasal pistol bom ni. Tapi yang menghairankan aku, kalau betul2 dia memerlukan pertolongan kenapa tak pergi ke Caltex depan Sunway Pyramid tu? Di sana sentiasa da polis 24jam. Kalau jalan kali dr simpang ke Caltex tak sampai 2minit pun. Aku juga terfikir hari ni aku pakai baju kurung warna cerah while husband pakai baju kerja warna gelap. Kemungkinan besar dia nampak aku sorang je dengan rambut panjang. Sure la dia fikir dia boleh sebab perempuan. Terlalu negatif pula fikiran aku hari ni, hahaha!

Walaumanapun, aku bersyukur sebab tak jadi apa2 yang buruk. Tapi aku tak boleh bayangkan kalau aku sorang2 pi kerja that time. Aku ni pantang nampak orang yang macam memerlukan pertolongan, ringan je mulut nak tanya & kalau boleh nak tolong. Bak kata husband, aku tak boleh praktikkan sikapku yang satu ni kat sini. Di kampung sendiri boleh la kot. Hmmm, nak tolong susah tak tolong pun susah. Dunia2, apa boleh buat..ini la realitinya!

Sunday 20 January 2013

~MC, MC....

Aku sebenarnya da 2hari tak sihat. Asyik batuk, suhu badan tak menentu dan dada sakit tiap kali batuk. Adoii, macam2 la penyakit sekarang ni. Tapi yang bestnya tentang aku ni, selagi boleh bertahan aku akan sedaya upaya lawan penyakit tu. Kalau layan nanti melarat la jadinya. Sudahnya terperuk atas katil, aa tak hingin aku! 

Malam tadi husband bawa aku ke klinik, risau agaknya dia nampak aku tak tidur. Asyik batuk jee. Sampai klinik, doktor beritahu tekak aku da merah. Suhu badan still ok tp macam2 la pantang larangnya bila da badan tak sihat. Aku angguk2 je, tak ambil port sangat sebab ngantuk. Haha. Lepas tu doktor tu pun cakap kat aku 'u have to rest tmrw. nanti i sign mc letter for u'. Aku yang mengantuk tadi tiba2 segar. 'No, no doctor. I have to work tmrw. No worries, am okay. Btw thanks for your concern'. Laju je aku menjawap. Doktor tu pandang aku semacam je. Heran agaknya. Yelah, dibagi mc tak nak, bila tak patut mc nak mc pula. Macam tahu2 je, hahaha. Tapi seriously aku bukan jenis macam tu yaa. 

Kat kereta, husband sibuk nak tahu. Aku tak nak dia ikut aku ke bilik doktor kali ni. So dia memang tak tau pa yang terjadi between me & d doctor. Selesai mengexplain panjang lebar tiba la masa utk dengar feedback dari husband aku pula. Satu benda je keluar dari mulut dia, 'she didn't gave u mc for tmrw?' Aku tengok dia macam tak puas hati je. Aku pun explain more lg pasal mc2 ni. Terkejut badak dia bila tau aku refused utk mc. Hrmmm, da lagi rupanya spesis manusia macam aku kat dunia ni. Beruntung la office da staff macam aku. Huahaha 

Thursday 17 January 2013

~Cerita email rasmi

Dah beberapa ahari ni, email rasmi aku selalu je kena ganggu by a nasty email. Email yang bermotifkan politik, kejatuhan sesuatu parti ..pendek kata semua perkara negatif ttg parti tersebut. Mula2 aku xde la kisah sgt, aku delete jer! Tapi lama2 makin kerap la pula, very irritating! Aku tak sure la kalau rakan lain dapat email yang sama tapi bab2 politik ni tak sesuai la kalau guna email rasmi jabatan. Lagi satu parti politik adalah pilihan individu. Tak payah la merapu2 dlm email burukkan org lain, lepas tu ingatkan reader agar jgn undi parti ni, parti itu! Hoiiii...kempen tak bertempat! 
Hari tu aku terfikir nak reply "thanks for ur info but sorry i am not interested. please stop doing it" tapi tak boleh la pula. Tekan2 reply tak dapat. Lagi pun risau juga kalau benda2 mcm ni spam, kang da problem pula email  rasmi jabatan aku. Aaa lantak la. Tapi seriously aku teramat la alergik dengan content email tu. Tak positif langsung! Kalau reader yang terima je bulat2 memang kesian laa, rosak. Hahaha

By the way, bagi aku senang. Manusia ada mata, telinga dan akal untuk melihat, mendengar dan berfikir mana satu yang terbaik bagi mereka. Yessss...

Zassssssss.. see ya!


Thursday 10 January 2013

~ Boss oh Boss

Apa korang rasa kalau di tempat keja bos kita jenis yang suka mengarah sesuka ati tp in d same time dia buat derk jerr? Dengan kata lain suma keja dia dok pass kat kita, pastu dia dengan senang lenang boleh on facebook, mudah.com n macam2 lagi la.. Pendek kata, dia dok sibuk tgk sale kat internet. Bukan alang2 u olls.. sumanya pasal hp pintar, tab, basikal, motor dll... kain baju, kasut tak main aaa. Aku blm caught him lg tgk benda2 kain baju bagai ni. Dia x minat kot sebabnya dia lelaki.. Aku da berbulu telinga bila dia dok busy menyuruh itu ini, keja yang kadang2 xde kena mengena dengan kita. Aku ni ok je kalau keja tu mmang da kaitan dengan kita tp kalau keja yang memang tugas dia mestila kita pn x suka kan? Kalau ada yang kata tak kisah tuu, kompom kaki kipas! Aku memang kisah tp aku tak pernah bercakap TIDAK n selalunya akan buat keja tu sampai siap. Dasar lurus bendul.. hahaha. Aku tak bercakap pasal perasan aku ttng ni tp aku kesian tgk kawan sekerja aku tu. Serabut dia aku tgk, under pressure! 

Okey, kita faham juga yang dia tu bos (blm tahap bos besar yaaa) tp harus ingat walaupun kita taraf bilis je kat ofis tak semestinya kita kena buat semua. Itu kita, ini kita..last2 otak boleh sewel, putus wayar! Bukannya kita tak ada tugas hakiki. Ada tp mentaliti orang (not all) jwtn kita ni kena buat semua apa yang dia suruh. Da berhempas pulas, bila time pemarkahan LNPT..duiii, kesian! Markah cukup2 makan.. Hahaha, aku nak gelak kuat2! Teman sebelah makan hati pasal markah2 ni. Keja keras siapkan suma benda yang disuruh dalam setahun, kadang2 keja hakiki terabai tp kena bagi markah mcm tak ikhlas je! Aku cakap kat dia..sabar! Saja nak sedapkan hati dia dan semestinya untuk diri aku sendiri. 

Aku pernah jumpa bos yg lebih teruk tp biasanya aku take it easy. Biarkan ja! Aku selagi boleh buat keja, aku akan buat! Puas hati tak puas hati, aku tolak tepi! Aku tak nak pendam, kang jd sewel pla! Dulu2 ada kwn tu cakap aku ni diam2 ubi berisi.. tak byk ckp tp diam2 aku bergerak sendiri. Hahaha, satu motivasi utk diri sendiri! So jalan penyelesaiannya ialah think positive. Apa2 ja keja bos suruh, just do it! Selagi mampu buat je. Memang stress dapat bos mcm ni tp pandai2 la kita manage stress tu. Aku buat byk benda dalam satu masa (study, keja, addtional job, assignment, family..) tp setakat ni aku manage to handle suma. Aku tak kata aku ni perfect tp time management & job planning tu yg kena perfect. Aku pula sgt alert dengan timing ni.. Time management tu salah satu sebab yg menentukan kejayaan seseorang tu. Kawan tu selalu tanya napa aku sentiasa nmpak relax biarpun byk keja? Mudah je..tak payah tunjuk satu dunia yg ko tgh stress. Urus masa tu bgs2 pasti keja blh berjln lancar. 

Btw, kalau dapat bos perangai mcm ni just ignore je. Memang susa sbb penerimaan org tak semuanya sama tp kalau btl2 tak puas hati, ckp direct je! Tapi kalu dpt bos jenis pendendam markah lnpt abis la..
Takpe, kita pelan2 buat keja mna tau ada rezeki bergelar bos nnti. Amboi tinggi nun angan2 aku ni.. haha

Happy working :)

Jgn jd mcm ni sudah laa.. hahaha


~New Year's Celebration

Waaahhh, dah cukup lebih seminggu kita di tahun baru ya! Macam tak percaya begitu cepatnya masa berlalu.. Aku rasa macam baru je hari tu aku celebrate new year, tup2 da seminngu lepas. Haiiihhh.. Btw masih belum terlambat rasanya nak tanya, korang celebrate new year kat mana? Cewaa, mcm FBI la pula nak tanya2 orang, busy body pun da jg. Hahaha..

Aku dulu2 celebrate new year, just cuci muka & berdoa je dengan family. Biasanya kalau tak dapat berkumpul dengan family, dengan mama pun cukup la. More than enough orang putih cakap! Betapa simplenya hidup aku dulu2 zaman kanak2, remaja hinggalah jd dewasa as a bachelor. Lagipun aku bukan jenis merayau tak tentu pasal. Keluar dengan kawan2 tu biasa ja tp tak la berlebih2. Ada had la katakan. Namun beberapa tahun sebelum aku kahwin amalan celebrate new year ni da ditambah dengan aktiviti baru iaitu main bunga api, makan bersama dengan jiran2 and paling penting da nyanyi2. Waa, i like! Lepas aku kahwin ni, baru lah aku celebrate new year bersama2 husband, kawan2 kat kelab. Sungguh happening and i enjoyed it! New year's eve 2013 tu aku celebrate kat OverTime Sunway Pyramid. Ramai gila orang kat situ. Nasib la kitaorg da booking meja awal2, so dapat la kami menikmati suasana dengan tenang! Laughing, dancing, taking picture n makan minum adalah aktiviti kami sepanjang mlm tersebut. Aku bantai chicken wings mlm tu, berapa byk aku makan aku pun tak pasti.. Tapi yang pastinya band yang nyanyi2 mlm tu aku tak peduli sgt, yg penting aku menikmati chicken wing tu dgn penuh khusyuk. Macam x pernah makan la pula. Haha.. Akibatnya pic aku mlm tu ditemani dengan chicken wing kat jari, lepas tu tak ready2..burok tul u'olls!

haaa, korang tengok apa aku dok pegang tu? 

mak aiii, gelapnya! kamera x on flash kot...

aku yang tak habis2 dengan chicken wing...huhu

tempat yang happening tp x sesuai untuk budak2 under age! hihi

Malam tu aku rasa jadi budak2 balik dengan tiup2 wisel, permainan budak2... Haha. Macam berlumba2 pula dengan yang lain, sapa bunyi wisel paling kuat! Aku tgk yang lain mcm tersembul urat kat leher tu. Macam2 karenah mlm tuu, muka suma happy2. Aku adalah diantaranya sebab masih diberi peluang untuk menikmati tahun baru. Pejam celik da masuk 3dekad aku hidup kat dunia ni, aku bersyukur sgt2! Harap2 korang juga da pengalaman manis during new year's eve 2013. Kalau xda pun, syukur la sebab masih diberi kesempatan untuk melangkah ke tahun baru. God bless us! 

    

Thursday 3 January 2013

~Xmas Open House

Baru masuk keja 3 hari tp sangatla tidak bersemangat, still on holiday mood! Biasalah seminggu lebih bangun lambat, tiba2 kena bangun awal pula. Memang la terkejut beruk sistem badan aku yang terbiasa bangun lambat seminggu. Hahaha. Tengah free ni aku nak share2 la cerita Christmas celebration aku tahun ni.. 

Tapi maafla, pic aku tak dapat upload buat masa sekarang. Pic tu semua aku snap pakai hp je, aa la senang sikit. Tak payah bawa banyak2 kamera, ringan sikit beban tangan aku ni. Mentang2 la smartphone kan..berlagak! Huhhhh.. Actually this year turn kami celebrate Xmas dengan family belah husband. Biasa la, kna da turn kang kata melanggar perjanjian pula. Haa, kau ada?! Parents in law aku nak buat open house awal2 iaitu Dec, 22nd iaitu fall on Saturday. Bayangkan Jumaat tu kami berdua keja fullday. Balik pun confirm dekat jam 8pm. Kena pula traffic jam, yalah orang nak balik kampung bercuti memang la jalan jam teruk kan..so main sabar je la! Kalau tak sabar baik engkau buat highway sendiri2. Lepas tu father in law da pesan pot pet pot pet... maaf la lupa da apa dia cakap! Luckily dorang ambil catering and maid helper. Ringan la sikit bebanan kitaorang. 

Next day, seawal jam 10am kami berdua laki bini (macam tak sopan jerrrr...) da terpacak kat rumah parents in law. We have to be there early sebab open house tu kitaorg share. By 1130am guest pertama has arrived. Slowly continue till evening. Kelam kabut juga aku, yelah ramai orang. Sudah la tu semua nak berkenalan dengan aku. Some of them first time jumpa aku (aku menantu baru & last bagi keluarga ni). So aku kena la beramah mesra and yang penting senyum je.. Rasa macam nak cramp je mulut aku ni. Haha..Btw all taken care & takde problem sepanjang majlis berlangsung sebab da maid yang rajin. Pelik aku, macam lipas kudung dia buat keja. Cepat betul! Aku nak tolong pun tak sempat.. hahaha..

Jam 5am husband hantar aku ke rumah sebab next day aku ada exam paper kat UM. Walaupun da belajar tp aku still kena buat revision sikit-sikit in order to sharpen my knowledge.. cehh! Finally open house tu berakhir jam 11pm. Sebab by that time masih da orang yang datang tp yg pasti semua geng2 karas husband :) Aku pula jam 11pm tu masih menghadap buku sampai muka macam tenuk. Terlampau la pula..

By d way, Happy Belated Christmas 2012! 

Tuesday 1 January 2013

~Welcome New Year 2013

Welcome 2013! Pejam celik, pejam celik da melangkah ke new year. Rasanya cepat sangat masa berlalu.. Btw moga diharapkan apa yang dihajati sepanjang tahun 2012 telah tercapai sepenuhnya. 2013, Tahun Baru so semua kena la azam baru and i wish good luck for all!

January 1st, 2013 i got a message from my husband. Thanks dear!

"Learn from yesterday, live for today and hope for tomorrow. Believe everything happens for a reason. Life is too short to regret, so just forgive quickly. God never said life would be easy, but He always bless you and all at home." 

HAPPY NEW YEAR 2013!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.