Sunday 29 September 2013

Corat coret KEKK 2013

Mood nak bercoleteh agak kurang hari nie. Maklumlah belum sembuh sepenuhnya dari demam. Apa boleh buat, aku cuma insan biasa. Sob..sob.. Btw, mari kita layan Karnival KEKK 2013 hari tu. Karnival yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (under KSM) dengan kerjasama daripada pihak2 luar such as Proton dsb. Agak meriah jugak lah dengan kehadiran ramai pengunjung terutama daripada kalangan pelajar. Hajat hati nak bercerita byk2 tapi ni kali aku bagi korang gambar je la. Layaaannn...










 Antara produk dari pelbagai booth (syarikat, agensi dsb) yg sempat aku snap.. Aku kan on duty, ni pun aku lari jap. Boleh gitu? Hahaha
Agensi mencari jodoh pun ada mengambil bahagian. Aku nak cuba jugak, nasib baik la aku dah laku.. So, kepada yg belum berpunya tu boleh la try kot. Tapi apa2 pun atas tanggungan sendiri ye. Aku tolong promote jer..opps!

Yang bersusun2 atas meja tu adalah kupon makan. So boleh la membeli belah pakai kupon ni. Walaupun tak banyak at least kurang la sikit perbelanjaan ari tu. Tapi yg tak bestnya harga makanan 'mahal' sangat. Adakah patut tea tarik dalam cawan plastik (kecil jer pun) harga dia rm2? So berbelanja la secara berhemah. Hahaha

Ini muka2 urusetia.. Nasib baikla 'parking' kitaorg ada aircond. Kalau tak alamatnya memang terbakar la semua. Dah la baju tu berinci2 tebal..Baju korporat la katakan. Hihihi

Sempat menjenguk booth KRU Academy. Mulanya tak perasan pun tp bila nampak ramai org, aku pun tak nak ketinggalan jugak. Dasar minah kepoh! Hahaha. Malangnya aku tak berapa nampak sbb pelajar2 di dpn aku tinggi2 belaka. Last2 aku suruh pelajar lelaki tolong aku ambil gambar yusry nie,. Adik boleh tolong akak tak? Tolong ambil gambar dia..ambik 2x yer.. Hahaha, kuah lebih dari sudu. Dah la minta tolong pastu siap remind lg ambik 2x. Hahaha. Nasib baik adik tu tak cakap balik 'ok kak, adik faham akak ni tinggi taraf pokok bonzai jer'.. Pengsan dan hanya sedar bila yusry yg tolong. Hahaha..talampau!
Nie haaa aku nak tunjuk korang pic paling awesome hari tu! 
-
-
-
-
-
-
-
keep continue, scroll down
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Ta..ta.. tu diaaaa...
Pontianak terlepas di siang hari. Aku siap tolong pegang baby nya yang tak berkedip pandang aku. Da la mata biru. Lempang kang! Hahaha
*Aku ada 15 minit lagi. Babai, nak tidur jap!

Friday 27 September 2013

Selamat bertugas di tempat baru..

Waaaa..sedihnya aku! 2 rakan seofis last day ari nie. Dorang berpindah bukannya pencen ke, cuti tanpa gaji ke, tapi dorang berpindah atas kenaikan pangkat. Sob...sob...sob! *Aikkk, emo la pulak aku ni. Patut lompat2 keriangan kan sebab kawan2 naik pangkat, murah rezeki... Hahaha T__T. Aku bukannya apa, aku da biasa berurusan dengan dorang. Keja pun smooth jer kalau da kenal. Tak sama dengan dengan budak baru. Bukan nak kata segan tapi belum kenal susa jugak nak cipta 'keserasian' tu. Betul tak? Hahaha..keserasian la sangat! 
Tadi sebelum say goodbye, ta ta, laga pipi kiri kanan...opsss! sila abaikan. Tak berlaku pun adegan laga melaga ni. Huahaha. Kita 3 orang nie sempat lagi bergosip kaw2 ala2 meeting tingkap. Tak sah la kalau tak bergosip sebelum berpisah! Bukan mami jarum namanya, hahaha. Actually, kami bertiga nie sama2 sedang bekerja sambil belajar tapi berbeza universiti. Tapi rezeki dorang murah sebab yang sorang ada dip, yang sorang lagi ada STPM..yang aku pula direct so yang 2 org tadi boleh la apply jawatan setaraf dip/stpm tu. Aku yg setakat lulus KPSL N27 tu, jangan harap la. Lambat lagi la jawapnya. Bukan setakat lambat jer, tak sure pun ada rezeki ker tak nak naik. Tapi orang kata sabor je la! Think positif aku pasti naik..satu hari nanti..Hahaha, over konfiden la pulak!
Btw, untuk korang berdua..wish u all the best & jangan sombong2 kalau terjumpa kat mana2. Ingat2 apa yang kita da cakap tadi. Benda2 tak elok yang berlaku (sebelum nie..) jadikan pengajaran. Jaga kebajikan staff bawahan macam aku nie. Kalau nak bina gap between u & your staff, jangan la sampai macam langit dan bumi. Kalah2 raja pulak daaa.. Tapi jangan la pulak sampai kena pijak2 kepala. Kadang2 ada juga staff bawahan yg lagaknya macam pak menteri. Semua benda dia nak handle, sapu bersih. Tapi bila ada kesilapan 'orang atasan' jugak yang kena. Jadi staff bawahan senang jer, selesaikan keja yang diarahkan dgn jayanya dah la. Bab jawap menjawab biarlah orang atasan yang uruskan asalkan part kita nicely done. Apa2 pun rezeki masing2.
Good luck & selamat bertugas di tempat baru :)

Tuesday 24 September 2013

Jawapan terapi minda Albert Einstein

I am coming! Hahaha..tak sabar mo share jawapan aku terapi minda Albert Einstein tu. I want to finnish it by today jugak.. Hahaha. Soalan kata jangan guna alternatif lain (aku tak faham pun apa alternatif yang dimaksudkan tu) tapi aku tetap buat lakaran atas kertas jugak. Well, minda aku tak setaraf dengan Albert tu. So paham2 la kalau minda setakat macam aku ni makanya aku kena menjawab secara tradisi. Tulis, padam, tulis...till i got d correct answer! Huahaha..
Ni dia jawapan aku:
~ Rumah berwarna hijau
~ Suka minum kopi
~ Rokok jenis Rothmans
~ Orang Jerman
Rumah dialah yang mempunyai aquarium dengan IKAN di dalamnya! Hahaha..
The rest ni jawapan aku..Kalau nak tau betul ke tak korang boleh match kan dengan petunjuk yang diberi. Nak mengexplain payah bebenar. Kang berjela2 panjangnya. Penat menaip jgn cerita la. So kita summary kan jer apa yg kita dapat. Hehehe.
Rumah pertama-berwarna Kuning-orang Norway-rokok Dunhill-minum air-pelihara kucing
Rumah kedua-berwarna Biru-orang Denmark-rokok Malboro-minum tea-pelihara kuda
Rumah ketiga (middle)-berwarna merah-orang Inggeris-rokok PallMall-minum susu-pelihara burung
Rumah keempat-berwarna hijau-orang Jerman-rokok Rothmans-minum kopi-pelihara ???
Rumah kelima-berwarna putih-orang Sweden-rokok Winfield-minum bir-pelihara anjing
Ini lah dia corat coret semasa memerah otak nak menjawap! Hahaha...kantoi nampak marah dengan si pemberi soalan. Hahaha. Hebat la Albert Einstein ni. Kalau aku ada otak cam dia sure2 aku bukan kat sini sekarang. Dah jadi PM kat planet Marikh agaknya..

 Mula2 terjuling jugak mata aku time dapat paper ni dari officemate. Hahaha.
Tu diaaaa....kalah2 budak U nak jawab exam penting. Hahaha.. 
Ni la kertas jawapan aku. Klasik tak? Hahaha..
*Lain kali nak cari lagi soalan macam nie. Macam best pulak..Hohoho. Bye!

Terapi minda - Kuiz Albert Einstein

Disaat otak aku nak shut down tadi (mood nak balik...), tetiba aku jadi segar bila kawan seofis minta aku jawab kuiz. Aku tgk dia duk busy menjawap kuiz yg siap diprintnya. Aku tengok soalan jer, aku da rasa tercabar! Ewaaaa..maka aku pun dgn sepantasnya cuba menjawab. Yesss, less than 10mins im done! Kembang aku time present jawapan aku sambil sibuk tayangkan jawapan! Ini semua poyo.... hahaha.
Jum kita tengok soalannya...
Soalan ni merupakan soalan yang dikeluarkan oleh Albert Einstein sebelum dia meninggal pada abad yang lalu, dia menyatakan seramai 98% orang di dalam dunia ini tak dapat menjawab soalan ini. Hanya 2% shja yg dapat jawab. So adakah korang termasuk dalam 2% tu? Cuba jawab soalan ni..jawab dgn jujur dan jangan gunakan sebarang alternatif yg lain! (aikk, bukan kemain tegas lagi kau...)
Ini merupakan soalan tersebut:
~ Ada 5 buah rumah yg masing2 memiliki warna berbeza.
~ Setiap rumah dihuni seorang lelaki dengan bangsa yang berbeza-beza.
~ Setiap penghuni menyukai satu jenis minuman tertentu.
~ Setiap mereka merokok rokok berlainan dan memelihara satu jenis haiwan tertentu.
~ Tidak ada satu pun dari kelima orang tersebut yang minum minuman yang sama, merokok rokok yang sama dan memelihara haiwan yang sama seperti penghuni yang lain.
Soalannya: SIAPAKAH YANG MEMELIHARA IKAN????
Antara petunjuk yang diberi:
Orang Inggeris tinggal di dalam rumah berwarna merah.
~ Orang Sweden memelihara anjing.
~ Orang Denmark suka minum tea.
~ Rumah berwarna hijau terletak tepat di sebelah kiri rumah berwarna putih.
~ Penghuni rumah berwarna hijau suka minum kopi.
~ Orang yang merokok PallMall memelihara burung.
~ Penghuni rumah yang terletak di tengah2 suka minum susu.
~ Penghuni rumah berwarna kuning merokok Dunhill.
~ Orang Norway tinggal di rumah pertama.
~ Orang yang merokok Malboro tinggal di sebelah orang yang memelihara kucing.
~ Orang yg memelihara kuda tinggal di sebelah orang yang mrokok Dunhill.
~ Orang yang merokok Winfield suka minum bir.
~ Di sebelah rumah berwarna biru tinggal orang Norway.
~ Orang Jerman merokok Rothmans.
~ Orang yang merokok Malboro berjiran dengan orang yang minum air.
Ok, sekarang korang dah dapat soalan berserta petunjuk tersebut, jadi soalannya: SIAPAKAH YANG MEMELIHARA IKAN??

Rasa2 boleh jawap tak? Jum kita try..next entry aku akan tunjukkan jawapan aku. Babai!

Monday 23 September 2013

Pisang & Anggur

Sebut jer anggur, pasti terbayang2 depan mata buah anggur berwarna merah, dark purple & hijau! Aku memang peminat tegar anggur berwarna merah dgn dark purple tu. Hijau tu aku kureng sikit pasal ada rasa masam sikit. Aku ni nak yang sedang2 manis jer, nak tambah seri manis wajah katanya! Hahaha. Biarpun harga anggur agak mahal sedikit compare to other fruits tapi bab tu aku tak kisah sangat. Setakat 2,3 hinggit apalah sangat berbanding dgn keenakkannya tu kan? Sama jer beli buah pisang bertandan2 yang jauh lebih murah tapi bila makan, biji mata nak jer tersembul keluar! Hampir2 tak dapat telan.. Perangai aku memang begitu bila masuk bab makan pisang sebab aku bukan peminat pisang (jaman dulu la, sekarang aku peminat pisang da). Hahaha. 
Anggur ni selain daripada keenakannya ia juga banyak memberi manfaat pada tubuh badan kita. Ia banyak memberikan zat dalam tubuh badan dan membantu menyumbang memperoleh kesihatan yang baik. Bukan itu jer, jus anggur memiliki banyak nutrisi yang dapat membantu melawan penyakit jantung dan kanser. Menurut uncle google banyak lagi kelebihan buah anggur ni such as melindungi mata daripada katarak, mencegah kanser dan migrain, menurunkan risiko penyakit jantung, menghilangkan gangguan pada pencernaan tubuh dan ginjal, baik untuk penderita asthma, mengawal tahap kolestrol darah dan melancarkan sistem perkumuhan. Waaaa, banyak jugak ya! Aku plg excited pasal melancarkan sistem percernaan dan perkumuhan nie. Aku dulu ada jugak masalah sembelit nie. Susah nak buang! Tapi bila aku start masukkan anggur & pisang dalam jadual pemakanan, hari2 aku memang clear la! Tapi terkadang terselang hari jugak kalau aku lupa makan buah nie. Tu yang aku kena pastikan bekalan aku cukup at least seminggu sebelum aku membeli baru. Cuma yg aku tak puas hati nie, aku susah nk dapatkan anggur yang segar sentiasa. Selalunya da lembik2. That's why la aku semakin jarang membeli anggur. Pisang pun pisang la! Teringat jugak ada 1 masa aku bawa pisang ke ofis (nak bawa anggur tapi takut jiran sebelah dgn perut berkapasiti besar abiskan, hahaha). Berabis jiran sebelah partition aku gelakkan aku. Hoiii, aku tau la korang peminat durian! Yelah, dia tak pandang pisang2 bagai macam ni. Buah tak femes la katakan. Hahaha. Habis je makan pisang aku mesti lari 100m cari toilet..So, jangan pandang rendah akan pisang! 
Dengan kelebihan yang dimiliki oleh anggur & pisang nie, apa kata kita biasakan diri makan buah sebelum breakfast setiap hari. Lelebih kepada yang mempunyai masalah pencernaan macam aku nie. Sure simpan2 stok takde, all clear! Hehehe.


Antara fruits yang menjadi fevret & keutamaan aku..
*Mengantuk..buat kerja macam terasa dalam mimpi! Tahap kronik penyakit mengantuk aku ni...


Aku kembali menulis..

Waaa..lama benar aku tak menulis. Adalah dalam 3 hari macam tu kot! Rindu kak ton tak? T__T. Lately, aku mmg busy memanjang. Update blog kat ofis jer, maklumlah kat rumah takde internet. Aku da terminate yg dulu2 tu. Time g beli bukan kemain lagi promoter tu cakap line dia laju giler! Tak sempat2 nak kejar, means memang laju giler la katanya!. Aku yg jenis mudah termakan pujuk rayu ni apalagi excited la nak beli.. Sampai2 rumah, naaaa.. laju lagi siput daripada menatang ni! Aku hangin betul, nak jer aku balik ke PJ nak return. Nasib baik da malam.. Seminggu lps tu aku balik ke PJ cari promoter tu. Hampeh, da pindah! Aku lupa la pulak yg drg buka booth jer. Huh! Dekat2 setahun la juga aku bersabar guna line tu walaupun setiap kali aku online mmg hangin tahap gaban..choiii tul! Selepas gian berFB tu reda barulah aku sibuk cari ofis owner perkhidmatan ni. Nasib baik seberang jer, Sunway Pyramid! Naaaa...dgn modem2nya sekali aku kembalikan walaupun staff tu kata tak payah..Hahaha!
Skrg ni aku dah boleh access blog kat hp aku. Tapi aku ni bukannya reti nak update blog pakai hp! Nama je hp canggih2 tapi pergetahuan still merangkak2 dgn applicationnya. Hahaha, baik aku balik jaman batu. Lagi senang hidup! Haha. Kebetulan la pula last weekend kena suruh pula on duty kat MAEPS nun! Dah la takde proper information, org2 yang sepatutnya handle pulak lepas tangan. Kerja sekerat jalan! Hangin juga bila sampai kat sana tak tau nak buat apa. Macam tungau jer kitaorg kat sana! Dahlah event tu besar gedabak melibatkan PM buli2 pulak 'org yg handle' tu lepas tangan.. Nasib baik la kitaorg ada leader yg boleh buat kerja, baru la clear keja apa yg nak dibuat! On duty kat sini till next Sunday.. Aku terima jer la kenyataan yg aku keja 7 hari seminggu this time. Sabar je la...
 Cuaca panas tahap dewa. Nak jer aku landing atas meja tu. Nasib baik kemaluan aku masih ada (sila buang jauh fikiran otak kuning tu..). Malu ee dgn org2 kontraktor tu! Hahaha.
 Kitaorg decided pakai baju warna merah. Sekali sekala nak jugak merasa dikejar lembu MAEPS (nasib baik takde). Nak juga aku tgk kawan2 aku nie lari macam mana. Bab aku tak heran la, aku ni mmg peminat tegar MERAH. Lembu tak hingin da kejar org macam aku. Karate kang lembu2 tu... Huahaha.
Tak laku! Meals coupon ni..org suma tak nak makan ker? Kalau duit laju jer korang nak ambik kan kan...
Aku nak chow daaa, nak balik! Dah la baru balik dr maeps tu. Takde hati nak buat kerja ofis. Bahang panas masi terasa. Aku rindu aircond kereta, terfikir da nk on full blast! Biar sampai terasa sejuk macam kat gunung everest.. Huahaha.
*Tak suka org yang suka kerja sekerat jalan...Menyusahkan!


Thursday 19 September 2013

Angkara leher..

Minggu lepas aku happy tak terkira! Maklumlah cuti 3 hari kan? Boleh la tidur dan bangun lewat sikit.. Hahaha, aku nie bab berangan memang nombor 1! Hidup bajet cam orang bujang, tak hengat laki yang perlu dilayan, dikasi makan, dimanja...Best lelaki yg berstatus suami ni kan? Kalau boleh semua kena jaga dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Kalau begini alamatnya bertambah boroi la insan2 lelaki berstatus suami ni! Pasni berebut2 la lelaki bujang di luar sana nak kahwin dgn harapan dapat wife mithali. Kang dapat wife macam aku, gaya cam orang bujang harapan untuk boroi terus terkubur T_______T. Hahaha. Friendly reminder tak semua lelaki boroi tu bahagia! *Kenyataan yg sungguh sadis!
Untuk hari cuti pertama (Saturday), aku memang kotakannya. Nasib baiklah encik husband da keluar awal nak g class. Maka bertambah la darjah kemalasan aku nak bangun. Jam 10 gitu baru aku terburu2 bangun. Itupun sebab perut lapar, silaka! Hahahaha. Time aku sibuk prepared breakfast aku perasaan leher aku teramat sakit. Nak menoleh kiri kanan, pandang atas bawah sungguh menyakitkan. Ni mesti aku salah tidur nie. Teringat pulak kata2 mama aku. Kalau sakit disebabkan salah tidur, pukul part yang sakit tu dengan bantal. Dengan selaju-lajunya aku makan dan settlekan kerja rumah (sampai baca doa makan pun laju tahap kebulur), dah settle baru aku cuba buat apa yang disarankan tu. Sempat jugak aku call mama, nak tanya macam mana nak pukul leher pakai bantal? Nak pukul kuat ker pelan2? Ooo katanya sedang2. Maka bermula la operasi memukul leher pakai bantal, sungguh epic! Lucu pun ada. Hahaha. Lepas tu aku sambung tidur...bahagia hidup!
Bangun2 jer petang tu, aku ingatkan leher aku da ok da. Rupanya tak lagi! Sia2 jer aku beraksi macam ahli gusti smackdown leher sendiri dengan bantal! Maka bermula la pergerakan robot versi aku. Nak menoleh seluruh badan kena pusing baru boleh. Nak harapkan kepala, alahai leher aku tak berfungsi dgn baik buat masa ni. Selama 3 hari jugak la aku berkeadaan begitu, seksa aku! Yg bestnya aku ada alasan nak bermalas2san lebih daripada biasa. Husband bawa gi swimming aku refused, alasan sakit leher! Even nak drive pun kalau boleh aku nak guna alasan yang sama tapi tak jadi.... bab drive nie aku suka, hahaha! Mungkin disebabkan husband tak puas hati tengok aku yang tetiba 'malas' dengan alasan sakit leher, maka start la dia mempermainkan aku. Dia suka berdiri/berjalan kat belakang aku, lepas tu riuh menyuruh aku menoleh. Aku apalagi, dengan badan sekali pusing menghadap dia. Hahaha... Lepas tu sibuk pulak suruh aku tunduk or pandang atas (mentang2 dia tinggi nun...), pendek kata macam2  la benda dia nak  aku tengok ni tengok itu, check itu ini...hoiiii, jem leher aku! Sehari aku diperlakukan dengan begitu sadis tetiba hari ke 4 tu sakit leher aku da hilang.. Tak terasa langsung! Rupanya apa yg husband dok sibuk suruh itu ini adalah semata2 nak hilangkan sakit tu. Nak tunggu aku buat exercise, sampai hujung tahun la aku bergerak separuh macam robot. Hahaha..
Mr & Mrs Gerald... Huahaha.. Bab bergambar kitaorang tak pro. Hihihi.


Wednesday 18 September 2013

Asthma

Semalam kawan aku katanya nak keluar ofis jap. Disebabkan keadaan tak busy aku iye2 jer. Lagi pun sapa la aku ni nak halang2 dia. Takat ikan bilis dalam ofis nie takyah la tunjuk garang or tegas sgt2. Kang suma orang menjauh, dapat penyakit kemurungan pulak. Jauh2! 2jam berikutnya dia balik dengan muka duck face. Monyok & sedih! Aku nak tegur pun tak lalu, badan kejang & kaku! Hoiii, takut tak bertempat. Aku sebenarnya gerun kalau nampak org bad mood ni. Kang tak pasal2 dia naik hangin, aku nie tak boleh hadap sangat org dengan muka yg anytime boleh ngap orang ni. Muahaha. Finally dia open story jugak. Katanya dia baru balik dr hospital check penyakit asthma dia tu. Katanya lagi penyakit dia dah tahap kronik. Keputusan ujian yg dia jalani tu benar2 menakutkan katanya. Yelah, kalau orang normal (tiada asthma) bacaan hembusan nafas adalah 80-130 and normal asthma pun 70 above. Yang dia pula cuma bawah 30 jer. Da tu try sebanyak 5 kali pula. Sekali jer lepas 30 tu pun 31 je. Katanya lagi skrg ni dia banyak fikirkan keluarga dia. Sabar la wahai teman, aku tak tau nak cakap apa da. Hanya itu, sabar & jgn fikir byk! Benar la, berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
Lepas tu baru terdetik hati nie nak google pasal Asma ni. Alahai diriku.. Anyaway, jum kita baca....


Asma adalah sejenis penyakit kronik yang diakibatkan oleh radang saluran pernafasan iaitu keadaan di mana saluran pernafasan menjadi sempit secara tiba-tiba yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana saluran pernafasan tersebut amat sensitif kepada bahan-bahan alahan tertentu.


Faktor penyebab:
Setiap pesakit Asma mempunyai penyebab alahan yang mungkin berbeza dengan pesakit Asma yang lain. Walaubagaimanapun, antara faktor-faktor penyebab ialah:
i) Bulu binatang
ii) Debu dan habuk
iii) Perubahan cuaca
iv) Senaman
v) Merokok dan asap rokok
vi) Debunga
vii) Jangkitan saluran pernafasan
viii) Makanan / Buah-buahan tertentu
x) Tekanan perasaan
xi) Ubat tertentu
Gejala-gejala penyakit asma
i) Batuk (terutama di waktu malam atau semasa cuaca sejuk)
ii) Sesak nafas (Susah bernafas)
iii) Nafas berbunyi (wheezing)
iv) Rasa ketegangan di dada
Kawalan Asma
i) Pesakit Asma boleh menjalani kehidupan biasa seperti orang lain jika Asma dikawal.
ii) Sentiasa gunakan 'carta kawalan Asma di rumah' bagi memudahkan anda mengetahui tahap keterukan penyakit asma anda serta tindakan yang sepatutnya diambil.
Peringatan
Anda haruslah berjumpa dengan doktor anda sekiranya:
i) Pernafasan anda semakin teruk walaupun langkah pengubatan telah diambil
ii) Sukar bernafas semasa melakukan aktiviti harian/senaman
iii) Perlu menyedut bronchodilator secara kerap
iv) Kerap terjaga malam kerana serangan Asma



walaupun aku bukanlah pesakit asma tetapi info berkaitan asma penting juga untuk pengetahuan diri sendiri. At least takde la ternganga kalau dengar isu ni. Aku actually tahu juga pasal asma nie tapi detailnya aku tak peduli sangat. Mungkin disebabkan aku bukan pesakit kot. Btw jauh2!
*Kata husband Red Onions sangat penting kalau seseorang tu ada Asma. Dia kata ' eating onions helps ease contriction of bronchial tubes'. No wonder he loves red onions d most! Jangan2..... *pang!!!. Suka sangat -ve thinking T_________T
akak

Tuesday 17 September 2013

Channel 732 'I killed my BFF'

Selamat Hari Malaysia! Walaupun dah berlalu semalam namun semangat nak wish tu masih ada. Hihihi.
Sungguh tak bermaya nak bangun pagi tadi, liat sgt2. Maklumlah berpeluang bangun lewat selama 3 hari, so apabila kena back to normal alahai...liat tak hengat! Kalau tak ingat ada keja urgent hari nie nak jer membuta ambil cuti..ehh?? Nasib baik la tak jadi, kalau tak sia2 jer terbuang cuti sehari. Choiiii!  
Semalam disebabkan aku bangun jam 10pagi..oppss! malam tu aku tak boleh tidur. Paksa mata tutup pun tak jalan. Otak ligat berfikir, terus terbit rasa menyesal 'napa la aku bangun lewat sangat hari ni. kalu tak sure aku dah tidur da saat ni. dah la esok kena bangun awal..' Uwaaahh, terus buat janji tak nak buat lagi. Mata tambah segar bila terdengar bunyi blender berteriak dari dapur. Apa ni?! Terus aku bangun menuju ke dapur. Aku tengok encik suami super busy memblend carot+saleri+green pepper+green apple+apple merah+starfruit buat juice. Aku pot pet kat belakang, baru dia menoleh sambil senyum2 langsung takde perasaan bersalah. Sakit jiwa aku dibuatnya! Tak faham aku, dah lewat jam 10pm baru busy buat juice. Hadooo, sabar ja la.
Disebabkan mata yang super segar bugar, i decided utk tengok tv. Semalam kena pulak semua channel boleh tengok. Khas sempena Hari Malaysia katanya! Channel 732 adalah channel pilihan aku which is Crime Investigation. Based on true story 'I killed my BFF'. Agak menyeramkan apabila kawan paling rapat umpama adik beradik sedari dari kecil adalah insan yang bakal/akan menamatkan riwayat anda. Sadis sungguh! Motif pembunuhan senang jer, dendam & sakit hati! Perasaan tidak kena tempat apabila perasaan dendam dan sakit hati itu berpunca daripada kegiatan tidak bermoral oleh si pembunuh dan rakan2nya yg lain. Kawan dan rakan2nya memecah masuk kedai, mencuri dan meletakkan barangan curi tersebut ke dalam rumahnya di luar pengetahuannya. Dia hanya mengetahuinya apabila mereka mengakuinya dan berjanji untuk memulangkannya. Walaubagaimanapun, perkara tu tak sempat dibuat apabila polis & empunya barangan terlebih dahulu bertindak dan menemui barangan tersebut di rumah dia. Tentu2nya dia tidak akan mengakui hal yang tidak dilakukan iaitu mencuri kan? Dia tidak mengakui tetapi melaporkan kejadian yang sebenar. Atas sebab inilah BFF tadi dibunuh dalam keretanya sendiri dan mayatnya dibuang tanpa belas kasihan. 
Ternyata Tuhan itu maha adil. Selepas pembunuhan tersebut, si BFF nie tak dapat menjalani hidupnya dengan tenang. Dia dihantui perasaan bersalah sampai termimpi2. Disebabkan tak mampu menanggung penderitaan tersebut, she admitted the murder. Bersama-sama dengan rakan2nya yang lain, BFF tadi dikenakan hukuman penjara seumur hidup. She was denied for parole! Yesssssss, aku sampai terlompat! Opps over pulak. Huahaha. Anyway good for her.. Ingat cincai ke hukuman kalau da senang2 cabut nyawa org lain?! Setakat 2,3 tahun? Kalau macam tu, org gila yg suka membunuh tu bertambah la bilangannya. Keluar masuk prison, untung dapat makan free huh?! End of the story, she was appeared on d screen nangis2, saying regretted..hoiii tau nangis, menyesal tapi time nak bunuh orang tu tak fikir pula. Tiada makna! Geram aku...
*BFF means Best Friend Forever. Sekiranya anda mempunyai BFF sila hargai mereka. Hargai persahabatan yang terjalin. T__T

Thursday 12 September 2013

Penghujung percutian

Trip ke Sabah kali ke 3 dalam tahun ni suda sampai ke penghujungnya. Setelah menghabiskan kira2 3hari bersama-sama dengan teman2 maka tibalah masanya aku balik ke pangkuan encik suami. Sungguh berbaloi apabila balik berjumpa dengan teman2 sekepala. Percutian yang penuh dengan aktiviti pulau-makan-movie-karaoke-shopping... hilang stress pasal keja! Aku benar2 menikmati kebebasan yang diberikan dengan aktiviti yang menyeronokkan bersama2 Usis & Ebut. Both of u are very wonderful dalink.. We called our vacation as Trip Bujangan. Hahaha, ko ada?
Ada juga kawan2 tanya apasal selalu balik Sabah? Banyak duit nak beli tiket.. Hello cik abang, aku nie asal  dari Sabah. Memang patut la aku balik kalau berkesempatan. Takkan nak tunggu ada orang sponsor baru nak balik? Aku nie jenis selagi ada cuti yang mencukupi dan kewangan yang mengizinkan aku akan tetap berjalan. Aku bukan jenis suka duduk rumah bila ambil cuti. Harus ada aktiviti. So biasanya kalau aku da plan/janji nak balik Sabah, aku akan cuba realisasikan. Tak kisah la cuti 2,3 jer pun aku tak kisah. Janji aku balik! Hahaha. Janji harus ditepati bukannya dicapati..

Macam terkeluar dari AF la pulak dengan beg tarik macm tu. Tapi yang ni lagi sandi terus hantar pi airport. Huahaha.
Pasal tiket tu, aku cuma menggunakan benefit yang disediakan oleh MAS kepada staffnya which is encik suami. So, apalagi.. Sila gunakannya selagi boleh! Hihihi. 
*next time plan nak pi jauh2 pulak dengan geng aku nie. Selagi keadaan mengizinkan apa salahnya kan kan.. Dengar2 next year is Visit Malaysia 2014? Baa, apalagi jom start kumpul duit nak pergi sannnaaaaaa....

Posisi jerawat adalah petunjuk kepada kesihatan seseorang?

Jerawat? Bagi aku itu perkara lumrah bagi semua orang. Sehalus mana pun kulit wajah seseorang pasti pernah merasa kehadiran sang jerawat ni kan? Tak berapa logik la pulak kalau seseorang tu selama dia hidup tak pernah sekali pun tumbuh jerawat, ye tak? Bayi tu aku percaya la. Tapi ni haaa, aku bercakap pasal orang2 yg da akil baligh nie. Bagi aku pulak, memang jerawat tu tetap ada walaupun tak teruk. Biasala 2,3 biji menempek apatah lagi kalau sedang angkat bendera jepun. Mesti ada punya.. Aku biasanya tenyeh2 jerawat nie dengan cream fail & lovely anti mark tu. Lepas 2,3 hari hilang la. Sebab tu aku tak rasa panik kalau tumbuh jerawat ni, paling2 pun sibuk tenyeh benda ni dgn cream. Biasanya aku tenyeh agak kasar jugak. Haaa, ambik ko! hahaha. 
Tetapi benarkah posisi jerawat adalah petunjuk kepada kesihatan seseorang? Mak aiiii, bukan kemain maju lagi teknologi sekarang ye. Posisi jerawat pun ada makna bagai. Mari kita check it out!
Jerawat di dahi
Haba badan yg melampau serta peredaran darah yg tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat kat dahi kita. Orang yg ada jerawat kat dahinya selalunya memiliki sifat panas baran. So, untuk menghindari dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu, pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air yang banyak.
(Haaa, aku baru perasan encik husband ada tumbuh jerawat baru2 ni kat dahi dia. Rasa gatal jer nak tenyeh dengan cream fair & lovely tapi tak kesampaian. Ai kan pelupa,.. Hahaha, malam ni aku kena suruh dia tidur awal jam 8pm. Taknak tidur awal kita kunci dlm bilik. Ke canner?)
Jerawat di hidung
Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut yg melampau dan sistem penghadaman yg tidak normal. Dan jika di salah satu hujung hidung pula dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yg mempunyai masalah.
Jerawat di dagu
Berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sisitem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yg mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.
(Yang ni da jadi satu kemestian. Setiap bulan mesti tumbuh kat sini jer. Tempat lain jarang la pulak. Seluas2 dahi & pipi aku, dagu aku yang kecil jugak ia nak tumbuh. Soii betul! Nasib baik la kejap jer, lepas da kena tenyeh2 terus menghilang. Pandai makan saman jugak jerawat aku ni. Hihihi)
Jerawat di pipi
Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru2 berkemungkinan tidak normal.
Jerawat di badan (Belakang & Depan)
Bagi jerawat yg tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
 
Cermin pun tak lalu nak tengok jerawat. Hahaha.
Aku tak kata posisi jerawat adalah petunjuk kepada kesihatan seseorang ini adalah 100% betul. Aku sendiri pun bukannya percaya benda2 macam nie. Sebaik2nya jagalah kesihatan diri masing2. Jaga persekitaran dan amalkan cara hidup yang sihat. Mencegah lebih baik daripada merawat kan?  

Sabah food

Sepanjang berada di KK last month, aku benar2 tak melepaskan peluang untuk menikmati local food yang confirm aku tak jumpa kat KL. Tambahan pulak da lama aku mengidam nak makan tuhau, bambangan, hinava, etc... Opps! Aku tak malu nak ngaku itu memang makanan wajib aku di Sabah. Tapi disebabkan sini tak produce makanan macam nie, alamatnya aku kena melantak la kalau berpeluang jumpa makanan ni! Harussss.. Kalau ada bosou lagi...oppps, sedapnya tak terkata!
Kesempatan balik hari tu memang aku tak sia2 kan. Lepas jer balik dari island trip terus kitaorang jalankan misi mencari local food nie. Walaupun aku nie hantu meehoon sup & dim sum, sumanya aku tolak tepi! Langsung tak terfikir kau. Yang menari2 dalam otak aku sekarang ialah tuhau, bambangan, sayur campur ikan bilis... kecur! Disebabkan geng aku nie expert dalam soal pencarian makanan, akhirnya kitaorang landing kat Grace Point Sembulan. Dengarnya ada ethnic food kat sana & memang ramai orang makan kat sana. Atas sebab tu lah, kitaorang drive pun agak laju jugak. Takut kehabisan, hahaha!
Yesssss, kalau diikutkan nak jer aku order semua menu tu. All nampak sedap!
Ni barangnya, bambangan & tuhau! Hilang stress aku makan.. memula abang di restaurant tu lupa letak cili merah dalam bambangan tu. Nasib baik kitaorg alert. Eee apasal pucat ja bambangan nie? Macam kurang jaa... belek punya belek, laaaaa..tiada merah2 rupanya. Bang, bagi cili merah 4,5 biji! Zassss...kejap jer abang tu antarkan. Hahaha
Nie la makanan yang kita order hari tu. Awesome betul! Tengok jer pun rasa macam nak terbang KK lagi. Nak makan benda yang sama. Hihihi. Haaa, korang nampak tak ada tangan tak sabar? Hoiii, sabar geng.. hahaha.
Oooo ni aku punya! Nampak tak hinava tu? Desss, sedap sungguh aku rasa. Macam tak cukup jer. Sebab tu sudu aku pandai menjalar pi pinggan geng sebelah. Hahaha.
Walaupun setiap hari aku dihidangkan dengan macam2 jenis menu tetapi setakat nie belum ada lagi yang compete makanan yang nie. Tak memerlukan banyak sangat ingredient and compare to kari2 or santan aku rasa yang nie lebih healthy. Sebab tu aku tak pernah bosan dengan makanan macam nie :) Tapi kalau tanya aku resipinya aku minta maaf. Aku cuma pandai makan ja tapi nak masak sendiri belum sampai tahap pro lagi. Hohoho. 
*Tak sabar nak balik lagi.. 3 bulan takdela lama sangat kan? Hahaha..

Wednesday 11 September 2013

Trip to Pulau Manukan & Pulau Sapi

Hari tu aku & geng2 bukan kemain lagi planning nak buat trip ke Tunku Abdul Rahman (TAR) Marine ParkBersemangat tak hengat! Apatah lagi aku yang duduk KL pun sanggup turun ke KK. 1st day untk bulan September kitaorang jejalan ke pulau tersebut. Awal lagi kitaorang dah menapak ke Jesselton Point ambik speed boat. Sebab tu lepas je habis movie Elysium malam tu terus kitaorang balik hotel and zzzz terus, no stop2 ya! Nak simpan energy katanya...
Masuk2 je ke dalam bangunan Jesselton Point tu, makaiii..suma agent berebut2 panggil kitaorg. Masing2 tunjuk marketing  & communication skills! Akibatnya kitaorang jadi rambang mata. Senyap & terkedu! Akhirnya selepas beberapa minit kemudian barulah kitaorg decided mana satu kaunter yang kita pilih. 1st soalan yang keluar dari mulut kitaorang, ada diskaun utk student tak? Amboiiiii, mentang2 ada kad student ringan jer mulut tanya pasal diskaun. Haaaaa,, jawap2! Yaaa ada2..cepat juga staff kat situ replied sambil jari2nya sibuk tekan2 kalkulator. Dari rm200 lebih turun rm194, nego lagi til dapat rm181. Boat transfer dari Jetty-Pulau Sapi-Manukan-Mamutik-Jetty. Boleh kira murah la tu untuk 4 orang. Okay bang, settle kita ambik! Laju je duit dgn resit bertukar tangan. Kita ambil Borneo Ferry. Abang di kaunter tu sangat la friendly, sesuai laitu kalau kerja tourism kan kan? Aku pun kalau keja dengan travel agent company, confirm 24jam bercakap. Hahaha..
Maka bermula la holiday trip kami hari tu dengan 1st transfer ke Pulau Sapi. Sungguh kelakar bila awek-awek macam kami nie ada hati nak bercuti ke pulau tapi tersangat lah penakut dengan matahari. Amboi awek? Hahaha. Kalau ada setong sunburn cream, setong tu jugak la kitaorang boleh habiskan. Nak lumur 1 badan berinci2 tebal. Huahaha. Sudahnya semua tidur atas batu di bawah pokok dengan gaya bebas masing2. Nak pijak air laut pun taknak sedangkan orang lain kelihatan benar2 enjoy dengan aktiviti snorkeling, swimming, water activities and etc... Aku nak juga buat parasailing tapi tak jadi. Takut sunburn, hadooo..melampau! Hahaha.. 3jam di Pulau Sapi kitaorg transfer pulak ke Pulau Manukan. Ayuh kita sukat pulau ni!
 Tak rela nak korbankan 'kegebuhan' kulit kitaorg kpd sang matahari. Hahaha..
 Aktiviti di pulau ialah tidurrrrrr.... 


 Semata2 nak duduk bergambar d tempat ni, kitaorg dgn tak malunya minta pelancong yang duduk kat sini untuk lari jap. Alaaa, pinjam jer pun. Hahaha.. kitaorang memang outspoken! hihi.
Si cicak giant banyak bersepah di Pulau Sapi. Mula2 takut kang kena ngap.. tapi haiwan2 nie tak kacau kalau kita tak kacau dulu. Other than that aku tak tau lah..hihi
Entah apa masalahnya semasa 2jam di Manukan, kitaorg terlepas boat ke Mamutik. Sedangkan kita sharp jam 3pm ada di jetty. Mungkin juga penumpang lain nak cepat, tak boleh tunggu jam 3. So, disebabkan masa tak mencukupi utk ke Mamutik makanya kitaorg lepaskan hasrat nak ke Mamutik. Tapi ada syaratnya juga, refund money! Hahaha.. Jam 430pm selesai!
*Taman Negara Tunku Abdul Rahman merupakan kawasan perlindungan hidupan liar yang telah diisytiharkan oleh Kerajaan Malaysia dan terletak kira2 20 minit di perairan Kota Kinabalu, Sabah. Taman Negara ini terdiri daripada sekumpulan lima pulau (Pulau Gaya, Pulau Manukan, Pulau Sapi, Pulau Mamutik, Pulau Sulug) yang terletak di antara 3-8 kilometer di luar Kota Kinabalu. I am proud to be Sabahan ba! 

Friday 6 September 2013

KK 31/8/2013

Aku nak continue entry aku tadi. Lenguh jugak jari aku nak tulis entry panjang2. So aku divided jadi satu persatu entry. So that mata pun tak letih sangat nak baca, ye dak? Hahaha. Ok la, agenda lain yang kami buat selepas dinner malam tu ialah tengok movie Elysium. Disebabkan pilihan lain cuma movie hantu maka kami sepakat memilih Elysium nie. Aku nie memang tak boleh tengok cerita hantu lelebih lagi The Conjuring tu. Eiiiii, kena bayar pun aku tak nak tengok! Penat kau menahan ketakutan ni! Taubat da sejak aku tengok Ju-On tu. Sampai hari nie aku masih rasa takut kalau cerita pasal Ju-On nie. Even nak sebut pun, aku tak lalu da. Cuba la start cerita pasal Ju-On, aku confirm lari 100m macam tak cukup kaki. Hahaha. 
Okay, forget about Ju-On or The Conjuring. Let's talk about Elysium. Aku memang suka filem Hollywood nie, walaupun cerita sains fiksyen tapi still nampak real. Lakonan kaku memang takde dalam istilah pelakon sebelah sana. Bukannya lakonan yang asyik2 makan, minum, cinta, syarikat, tidur....adoiii, penatlah nak tengok cerita macam nie! Industri mereka memang besar, so no wonder orang sana boleh jadi jutawan biarpun kerjaya cuma sebagai pelakon or penyanyi sahaja. Apalah industri hiburan kita kalau dibandingkan dengan mereka kan? Tapi seboleh2nya biarlah lakonan tu nampak real, tak kaku! Aku suka Nabila Huda & Ziana Zain bila berlakon. Memang menjadi! Peduli la kontroversi yg melibatkan Nabila Huda. Yang penting dia tak mengecewakan kalau dalam soal lakonan. Daripada yang bajet alim tapi bila berlakon...tak usah cakaplah!
Lagi satu aku panas sikit semasa di cinema, sebelum tayangan bermula semua penonton diajak menyanyi lagu Negaraku. Orang paling belakang tu sudahlah bising, ketawa macam nak pecah panggung tu lagi. Kalau taknak nyanyi diam2 sudah. Nie bising macam penjual ikan di pasar, nak jer aku lempang satu2. Tak reti nak hormat lagu kebangsaan. Kebetulan pla kawan aku nie polis, dia pun bercakap juga 'kalau tak nak nyanyi diam2' tapi budak2 PTI tu makin galak pula ketawa. Dasar keturunan kiram. Hahaha. Tu bukan aku yang cakap tu orang di depan yang cakap. Nak jer terlepas ketawa aku. Hahaha. Habis jer lagu tu, baru aku dgn kwn aku ketawa habis2an. Kiram oh kiram.. 
By the way, Elysium memang movie yang bagus. Kalau anda belum berpeluang menontonnya silakan pergi menonton. Berbaloi jugak..
Pasti tak mengecewakan.. Aku bagi 4/5 star rate untuk movie nie. Hihihi.
*Aku nak balik dulu..tak tahan bau rokok gudang garam. Ada jugak orang merokok dalam office nie, huh! Takde kesedaran sivik betul..cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.