Sunday 29 September 2013

Corat coret KEKK 2013

Mood nak bercoleteh agak kurang hari nie. Maklumlah belum sembuh sepenuhnya dari demam. Apa boleh buat, aku cuma insan biasa. Sob..sob.. Btw, mari kita layan Karnival KEKK 2013 hari tu. Karnival yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (under KSM) dengan kerjasama daripada pihak2 luar such as Proton dsb. Agak meriah jugak lah dengan kehadiran ramai pengunjung terutama daripada kalangan pelajar. Hajat hati nak bercerita byk2 tapi ni kali aku bagi korang gambar je la. Layaaannn...










 Antara produk dari pelbagai booth (syarikat, agensi dsb) yg sempat aku snap.. Aku kan on duty, ni pun aku lari jap. Boleh gitu? Hahaha
Agensi mencari jodoh pun ada mengambil bahagian. Aku nak cuba jugak, nasib baik la aku dah laku.. So, kepada yg belum berpunya tu boleh la try kot. Tapi apa2 pun atas tanggungan sendiri ye. Aku tolong promote jer..opps!

Yang bersusun2 atas meja tu adalah kupon makan. So boleh la membeli belah pakai kupon ni. Walaupun tak banyak at least kurang la sikit perbelanjaan ari tu. Tapi yg tak bestnya harga makanan 'mahal' sangat. Adakah patut tea tarik dalam cawan plastik (kecil jer pun) harga dia rm2? So berbelanja la secara berhemah. Hahaha

Ini muka2 urusetia.. Nasib baikla 'parking' kitaorg ada aircond. Kalau tak alamatnya memang terbakar la semua. Dah la baju tu berinci2 tebal..Baju korporat la katakan. Hihihi

Sempat menjenguk booth KRU Academy. Mulanya tak perasan pun tp bila nampak ramai org, aku pun tak nak ketinggalan jugak. Dasar minah kepoh! Hahaha. Malangnya aku tak berapa nampak sbb pelajar2 di dpn aku tinggi2 belaka. Last2 aku suruh pelajar lelaki tolong aku ambil gambar yusry nie,. Adik boleh tolong akak tak? Tolong ambil gambar dia..ambik 2x yer.. Hahaha, kuah lebih dari sudu. Dah la minta tolong pastu siap remind lg ambik 2x. Hahaha. Nasib baik adik tu tak cakap balik 'ok kak, adik faham akak ni tinggi taraf pokok bonzai jer'.. Pengsan dan hanya sedar bila yusry yg tolong. Hahaha..talampau!
Nie haaa aku nak tunjuk korang pic paling awesome hari tu! 
-
-
-
-
-
-
-
keep continue, scroll down
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Ta..ta.. tu diaaaa...
Pontianak terlepas di siang hari. Aku siap tolong pegang baby nya yang tak berkedip pandang aku. Da la mata biru. Lempang kang! Hahaha
*Aku ada 15 minit lagi. Babai, nak tidur jap!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.