Thursday 12 September 2013

Penghujung percutian

Trip ke Sabah kali ke 3 dalam tahun ni suda sampai ke penghujungnya. Setelah menghabiskan kira2 3hari bersama-sama dengan teman2 maka tibalah masanya aku balik ke pangkuan encik suami. Sungguh berbaloi apabila balik berjumpa dengan teman2 sekepala. Percutian yang penuh dengan aktiviti pulau-makan-movie-karaoke-shopping... hilang stress pasal keja! Aku benar2 menikmati kebebasan yang diberikan dengan aktiviti yang menyeronokkan bersama2 Usis & Ebut. Both of u are very wonderful dalink.. We called our vacation as Trip Bujangan. Hahaha, ko ada?
Ada juga kawan2 tanya apasal selalu balik Sabah? Banyak duit nak beli tiket.. Hello cik abang, aku nie asal  dari Sabah. Memang patut la aku balik kalau berkesempatan. Takkan nak tunggu ada orang sponsor baru nak balik? Aku nie jenis selagi ada cuti yang mencukupi dan kewangan yang mengizinkan aku akan tetap berjalan. Aku bukan jenis suka duduk rumah bila ambil cuti. Harus ada aktiviti. So biasanya kalau aku da plan/janji nak balik Sabah, aku akan cuba realisasikan. Tak kisah la cuti 2,3 jer pun aku tak kisah. Janji aku balik! Hahaha. Janji harus ditepati bukannya dicapati..

Macam terkeluar dari AF la pulak dengan beg tarik macm tu. Tapi yang ni lagi sandi terus hantar pi airport. Huahaha.
Pasal tiket tu, aku cuma menggunakan benefit yang disediakan oleh MAS kepada staffnya which is encik suami. So, apalagi.. Sila gunakannya selagi boleh! Hihihi. 
*next time plan nak pi jauh2 pulak dengan geng aku nie. Selagi keadaan mengizinkan apa salahnya kan kan.. Dengar2 next year is Visit Malaysia 2014? Baa, apalagi jom start kumpul duit nak pergi sannnaaaaaa....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.