Monday 23 September 2013

Aku kembali menulis..

Waaa..lama benar aku tak menulis. Adalah dalam 3 hari macam tu kot! Rindu kak ton tak? T__T. Lately, aku mmg busy memanjang. Update blog kat ofis jer, maklumlah kat rumah takde internet. Aku da terminate yg dulu2 tu. Time g beli bukan kemain lagi promoter tu cakap line dia laju giler! Tak sempat2 nak kejar, means memang laju giler la katanya!. Aku yg jenis mudah termakan pujuk rayu ni apalagi excited la nak beli.. Sampai2 rumah, naaaa.. laju lagi siput daripada menatang ni! Aku hangin betul, nak jer aku balik ke PJ nak return. Nasib baik da malam.. Seminggu lps tu aku balik ke PJ cari promoter tu. Hampeh, da pindah! Aku lupa la pulak yg drg buka booth jer. Huh! Dekat2 setahun la juga aku bersabar guna line tu walaupun setiap kali aku online mmg hangin tahap gaban..choiii tul! Selepas gian berFB tu reda barulah aku sibuk cari ofis owner perkhidmatan ni. Nasib baik seberang jer, Sunway Pyramid! Naaaa...dgn modem2nya sekali aku kembalikan walaupun staff tu kata tak payah..Hahaha!
Skrg ni aku dah boleh access blog kat hp aku. Tapi aku ni bukannya reti nak update blog pakai hp! Nama je hp canggih2 tapi pergetahuan still merangkak2 dgn applicationnya. Hahaha, baik aku balik jaman batu. Lagi senang hidup! Haha. Kebetulan la pula last weekend kena suruh pula on duty kat MAEPS nun! Dah la takde proper information, org2 yang sepatutnya handle pulak lepas tangan. Kerja sekerat jalan! Hangin juga bila sampai kat sana tak tau nak buat apa. Macam tungau jer kitaorg kat sana! Dahlah event tu besar gedabak melibatkan PM buli2 pulak 'org yg handle' tu lepas tangan.. Nasib baik la kitaorg ada leader yg boleh buat kerja, baru la clear keja apa yg nak dibuat! On duty kat sini till next Sunday.. Aku terima jer la kenyataan yg aku keja 7 hari seminggu this time. Sabar je la...
 Cuaca panas tahap dewa. Nak jer aku landing atas meja tu. Nasib baik kemaluan aku masih ada (sila buang jauh fikiran otak kuning tu..). Malu ee dgn org2 kontraktor tu! Hahaha.
 Kitaorg decided pakai baju warna merah. Sekali sekala nak jugak merasa dikejar lembu MAEPS (nasib baik takde). Nak juga aku tgk kawan2 aku nie lari macam mana. Bab aku tak heran la, aku ni mmg peminat tegar MERAH. Lembu tak hingin da kejar org macam aku. Karate kang lembu2 tu... Huahaha.
Tak laku! Meals coupon ni..org suma tak nak makan ker? Kalau duit laju jer korang nak ambik kan kan...
Aku nak chow daaa, nak balik! Dah la baru balik dr maeps tu. Takde hati nak buat kerja ofis. Bahang panas masi terasa. Aku rindu aircond kereta, terfikir da nk on full blast! Biar sampai terasa sejuk macam kat gunung everest.. Huahaha.
*Tak suka org yang suka kerja sekerat jalan...Menyusahkan!


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.