Thursday 30 August 2012

-Happy National Day

Waaa, boleh tahan Sambutan Merdeka kali ni. Ada Lucky Draw ooo. Silap2 ko dpt PREVE! Ai telan liur je tgk colleagues suma excited nak pi sambil bawa lucky draw ticket red colour! Wooo..my favourite colour tuu! Ai siap cakap kat geng tuu, kalau dia dapat Preve tuu, ai nak rasmi tumpang! Kalau tak pun kita jual, duit bagi rata. Eeee, boleh ke gitu? Tak senonoh btl kan.. Hahaha

Ai bukan saja2 tak dapat ikut serta tau, ai ada urusan seri paduka baginda kat Intan Sabah. So, memang ai tak berpeluang nak mencuba nasib nak menang Preve tuu. Alaaaaa, Preve je. Bukan Lamborghini pun. Huahaha, saja nak sedapkan hati sendiri! Okay, kamu pelan2 meredah lautan manusia kat Stadium Bukit Jalil tuu yaa. Ai nak pi menimba ilmu dulu. Hehe

Btw,  Happy National Day to all Malaysians! Peace no war...

Our Pride & Joy - Malaysian Flag

Wednesday 29 August 2012

~Balik Kampung

Yesss...am going back again to Sabah on 31st Aug! Bab2 balik kampung ni, ai memang excited. Btw compare to my husband, dia lagi excited! Normally lagi sebulan dia sibuk counting the days. Today he will say 'another 28 days to KK'. Next day he will repeat d same words. Next following day he repeat again, again and again till d day came. Ai? Angguk2 kepala je laa. Sometimes ai said 'no need to count laa. just wait and see'. Hahaha.. actually malas! The more he talk about it, d more ai hilang perasaan excited tuu! Tapi husband ai memang tak makan saman punya. Lagi semangat dia nak counting.. Odoii dogo!

Bukan setakat semangat nak kira hari, packing pn excited. Our 2nd room da jadi mcm mini stor bila bab balik Sabah or travelling. Beg tarik yang besar ternganga atas katil. Towel and some stuffs da masuk beg awal2. Arranging ai memang tabik kat husband. Suma cukup & lengkap! Kalau p travel memang tak susah. He will arrange and provide everything. Tak mcm ai, nak jalan baru kelam kabut. Last2 da yang tertinggal.. Da tabiat kan? Huhu. Macam sekarang ni, husband da siap packing. Tinggal benda2 kecil lagi belum. Yang tu xpa, boleh campak je bila time da sampai. 

Ai tak sabar nak blk kg daaa.. Baru 3bulan tak balik mcm bertahun2 pla rasanya.  Hmmm..ai xda idea nak tulis pa da! Jiwa ai kat kg da..huhu

Btw, hv a wonderful day... Cheers!

Ai balik kg ikut ni, korang? hikhik

Ni kg ai Kg. Kiau Nuluh - Credits to Trekearth.Com

Sunday 26 August 2012

~Old Story

Hmmmm..kali ni ai nak cerita tentang cita2 pla. Apa cita2 korang time kecik2 dulu? Takan xda kot? Tembirang betul la kalu korang kata xda.. Ai? Hmmmmm, ai byk sgt2 cita2 time kecik2 dulu. Memula nak jadi saintis. Ewaaa..., padahal tak tau pn apa keja saintis tuu. Yang ai tau saintis tuu kena pakai baju putih, buat eksperimen kat lab..haaa, tu ja u alls! Ntah buat eksperimen apa pun ai tak sure. Cuma yang ai tau, hmmm..mcm best! Hahaha

Lepas tuu, ai ubah cita2 ai pla kepada 'Cikgu'. Saintis ai tinggalkan jauh2..Dasar!! So, ai keep thinking ai nak jadi cikgu la! Ai nak mengajar budak2.. Lps tuu orang buli call ai 'cikgu.' Hmmmm, bunyi mcm best! Kebetulan ai ni suka bercakap kat depan! Ai suka bercakap, ai suka kalu org dengar pa yang ai cakap! Tapi ai pantang kalu orang sibuk bercakap di belakang kalu ai tgh busy bercakap kat depan! Ai nak korang dengar & tgk ai masa ai tengah berceramah kat depan..Hahaha, dasar Hitler! Kalu tak, ai buli hilang mood. Muka jadi 10sen & mulut akan jadi macam itik! Eeee, suka korang yeee...

Hmmmm, cikgu jadi impian selama berabad2. Cikgu, yaaa..ko mesti jd cikgu bila besar nanti! So time tunggu result SPM, ai jd cikgu Tadika. Woooo, ai tercabar! Ai kna mengajar budak2 4 & 5 tahun. Mak aiii! I am under pressure..betul! Bukan ai yang mengajar tapi budak2 tu pula yang mengajar ai. Daaa tuu, tak buli main tinggi2 suara! Kang segelombolan parents drg datang...haa,siap kau! Yelah, kita kena faham. Budak2 ni jujur. Sampai rumah sibuk bagitau parents pa yang drg belajar. So ai tahan sabar 5hari seminggu.. Ai tabahkan hati, keraskan tai menghadap budak2 tu. Disuruh menulis, 4,5 patah perkataan ja budak2 tuu da sibuk nak ai tolong tuliskan untuk drg. Belum pandai ABC, da sibuk suruh kitaorang ajar benda lain. Alasan BOSAN kunun. Bertuah punya budak! Bila menulis, tekan terlampau kuat sampai pensel patah. Lps tu, buku koyak smpai 3,4 helai disebabkan tekanan masa menulis tu. Tu belum masuk bab bergaduh. Nak pitam ai..pening! Berpeluh2 juga leraikan budak2 bergadu tuu. Haiiii...sabar ja la!

Nak dijadikan cerita, 1 hari ni time rehat ai saja2 bercerita dengan budak2 ni. Ai cakap kat drg yang ai nak tau cita2 drg bila besar nanti. Haaa, suma berebut2 nak bagi tau sampai da yang tarik2 tangan ai. Ai jadi pening, tak tau nak dengar yang mana 1 dulu. Suma angkat tangan, semangat btl! So ai suruh drg turunkan tangan & panggil nama satu2. Nasib suma ikut arahan. Kalau tak, nasib kau la! Waaa, buli tahan cita2 budak2 ni. Da yang nak jadi guru, doktor, polis...yang 3 ni memang famous la! Tapi da juga antara budak2 ni nak jadi tukang masak...hmmm, not bad! Yalaaa, sapa cakap tukang masak tak boleh berjaya? Sekarang ni da berlambak chef2 yang berjaya dan terkenal..Contoh terdekat, Chef Wan! Satu planet ni kenal Chef Wan. Kalau korang  tak kenal memang hairan bin ajaib la! So dalam hati ai..buli tahan jga budak2 ni! Ai bangga! Tiba2 da sorang budak girl menyampuk yang tinggal dia lagi yang ai belum tanya! Eeee..ye ker? Sorry2..cikgu da rabun agaknya! So takut budak girl ni merajuk, ai tanya dia la. Tiba2 'cikgu, saya mo jadi penagih dadah'.. Opppsss! Ai terus terduduk.. terkejut badak! Ai tengok muka budak girl ni dalam2. Dia jujur, bangga pn ada! Hmmm, kompom dia tak tau pa yang dia cakap ni! Aku tgk budak2 lain, suma diam & serius! Langsung tak ketawa. Kalu drg tau pa tu 'penagih dadah' kompom drg ketawa kan..biasa la budak2. Tapi ni langsung tak menanya.. hmmm, kompom tak tau! So, ai dengan penuh diplomasi menerangkan budak2 ni tentang cita2 dorang. Sekali dengan penerangan simple tapi padat mengenai cita2 'penagih dadah' tu. Tak guna juga ko berceramah panjang lebar bagai nak rak.. kita kena faham audiens kita kategori mana. Kalau yang da besar panjang dan boleh berfikir tu boleh la kau melalak menceramah sampai puas. Tapi budak2 4-6 tahun kita kena guna pendekatan berbeza. So nasib baik la budak2 ni boleh terima pa yang ai cakap.. Penuh kyusuk mendengar pa yang ai cakap! 

Kalau ai, ai da pitam tengok karenah budak2 ni. Haha

Bila ai dapat result SPM, ai resign kat situ. Bukan tak suka tapi ai nak sambung study. Tanpa ai sedari cita2 nak jadi cikgu pelan2 terkubur dalam hati ai. Ai rasa ai tak boleh jadi cikgu, ai tak cukup sabar! Tapi ai masih suka dengan kerja yang boleh membuatkan ai bercakap di depan. Waaaa...selepas ai keja dengan tourism tiba2 ai jatuh hati pula dgn keja Tour Guide! Mcm best... Macam2 ja cita2 ai ni, tak tentu2! Hahaha

Gd morning ladies & gentlemen. My name is bla bla.. Our land pilot is bla bla...

Haaa, lebih kurang macam ni la. Ai pernah melalui pengalaman menjadi tour guide terjun. Best sangat! Lagi kalau dapat guest yang sporting. Memang enjoy. Tak rugi hidup! Ooo ai rindu...

Selepas ai join gov, ai tak da peluang untuk meneruskan cita2 ai ni. Tapi ai tetap ada perancangan lain. Selagi ada peluang, pilihan sentiasa ada di tangan kita. Terpulang bagi kita macam mana nak atur hidup. Jangan silap atur sudah! 

Have a wonderful day ahead....

Thursday 23 August 2012

~ A sincere thank you, Lord..

Things about prayer..

The greatest thing any one can do for God and for man is to pray. It is not the only thing. But it is the chief thing. A correct balancing of the possible powers one may exert puts it first. For if a man is to pray right, he must first be right in his motives and life. And if a man be right, and put the practice of praying in its right place, then his serving and giving and speaking will be great with the presence of God.

The worship and prayers acknowledge God as the Source of all our help. Our needs are necessarily in our minds when we pray. We think of them in order to ask Him to help us; and we think of them again when we thank Him for the help which we have already had. Forms of worship should, if possible, unite the most diverse features of character, occupation, danger, trial, suffering and joy.



The meaning of Amen in Prayers
The word 'Amen' is a Hebrew word meaning firm and faithful. The literal translation is 'so be it' and is used where one person confirms the words of another, and adds his wish for success to the other's vows and predictions.

So, dear all..Let us pray everyday!

Wednesday 22 August 2012

~Oh My English

 
Okey adik2, abang2, akak2, ibu2, bapa2 & kawan2...ai tau korang mesti tau punya pic kat atas tuu! Oh My English,..This is probably the hottest new stuff people are talking about. Hot kat TV tuu skrg! Tapi minta mahap la bagi yang belum pasang astro tu. Korang sure tak dapat tgk sbb astro je yang tayang tu. Berbaloi tgk yang ni dik oii! Yang BI masih merangkak2 (macam ai la katakan) sure terus fluent punya. Tak caya, cuba pasang astro kat rumah tuu. Then slowly take your time to learn..step by step yee dik. Jangan gelojoh, tak baik!

Cerita pasal BI ni, ai ada story nak share kat u alls! Ai time study dlu takda la otak geliga sgt, tapi xda la jg sampai tahap mangkuk! Orang bilang, buli la kg2 (Ewaaahhh, humble tahap dewa)..Lps abis study, ai gatal nak keja. Macam2 keja ai buat u alls! Ai keja kat tempat pelancongan. So ari2 ai jumpa mat salih or orang yg speaking BI ni. That time ai mmg jenis gelabah sikit. Org belum habis cakap ai da gatal nak menjawap, last2 jwpn ai tuu lari menyimpang jauh dari soalan. 1 day tiba2 da guest sesat, nampak ai terus dia tanya. Ai da gelabah 1 badan.. Yelah, ai tak expect pn mat salih ni tanya ai. Macam reporter pla tuu.. Haaa, pa lagi! Ai jwp ntah apa2.. Last2 mat salih tu cakap 'i didn't get anything from u'. Haaa, napa tak cakap awal2??? Means pa yg ai jwp tuu langsung x betul. Hoooo, muka ai da panas! Nasib xda kolam kat situ, klu tak sure ai terjun tapuk kat situ!  

Start situ ai da semangat nak belajar BI ni. Sampai lubang cacing ai akan belajar..hoho, semangat waja! So, ai masuk department lain pla tp temporary ja. Keja ni ada gerun sikit, small thing pun u alls kena ambil tahu! If possible seluruh Sabah ni u alls kena tahu. 1, 2 minggu tuu ai masih takut2 lagi. Tapi bila da masuk sebulan,  mulut ai da macam bertih jagung da! Friendly tahap gaban pn ada.. Hari2 belajar, i was very enjoyed with my new character and making new friends from around d world. They are very helpful, teach me without complaining..Oo ai like!

Oh My English!
Sebiji macam ni la dorang ajar ai..Haha

kalu cikgu BI ai macam ni, 24jam belajar pn ai tak kisah.. hahaha, gatal!

Selepas tuu ai masuk Travel Agent company pla.. Haaa, yang ni mmg u alls kena speaking ari2! Every single day u alls.. My boss encourage us to speak in BI, email in BI..all in BI laaa. So, lagi sekali i have an opportunity to improve and gain my knowledge. Bila nak cakap BM macam tersasul2 pla daa (Ewaaa, kemain lagi ai skrg) Haha

Bila ai join gov, haaa...slowly ai turn to BM more. Kawan2, official letter, memo..all in BM. BI once a while, tu pun bila ai email kwn2 oversea ai (i still keep contact with them). Speaking & writing memang beza sgt.. Kalau boleh dua2 kna pro kan? Tapi palan2 kita.. no rushing2 maaa. Luckily, husband ai jenis cakap BI pnya. So hari2 ai talk in 3 languages which is BI,BM and BD (bahasa Dusun)..Hihihi. Pandai2 la kau ba! 

So, kwn2.. tak salah belajar lbh dari 1 bahasa! Satu kelebihan buat diri kita. Klu anak2 kita gatal nak belajar BI..tanya tu, tanya ni..jgn marah kat drg! Kita ajar anak kita bgs2. Klu mmg tak tau, on je Astro tu. Suruh dorang belajar 'Oh My English'. Sure kita x rugi pn..Anak pandai, kta ikut bangga! Sapa xnak anak pandai kan? Suma sure nak..Tapi dalam mengejar kelebihan tuu, jgn lupa bahasa sendiri pla! 1 kerugian yg amat besar kalau kita xtau bahasa sendiri. Macam ai.. ai sgt bangga dgn BD! Tak suma org kita (DusunKadazan) boleh speaking BD skrg. Sedih ai! Tapi xpa kita belajar! Bagi kita yang umur makin senja ni jgn malu belajar. Belajar xda had umur, selagi boleh belajar la! 
Live your life, forget your age! 

Selamat belajar kwn2.... *_*
  

Sunday 19 August 2012

~Open House

1st day Raya! Biasanya ai dengan husband busy ke hulu ke hilir memenuhi undangan Open House (ee, mcm celebrity pla..). Ai tak sabar nak makan ketupat, rendang ayam, lontong dan yg paling tak tahan kuih2 yang macam2 warna. Hmmmm rasa nak balun jaa...sedap! Tapi sebelum pergi ke open house, husband ai la yang paling busy. Sibuk iron baju2 Melayu yang dia ada! Lepas iron, letak & susun atas katil. Termenung lama kat situ..Bontot ai da terbakar panas, he was still standing there. Lama u alls! Ai tak paham sebenarnya what is happening now. Bila ai sergah, pergghhhhh...cramp otak ai kejap! Rupanya nak pilih mana 1 nak pakai.. Ai tinggalkan dia kat situ dengan asap berkepul2 keluar dari telinga! 

But this is our story last year & before. Tahun ni suma kawan2 husband x buat open house. Dorang balik kg..Waaaaa, sedih ai! Husband ai lagi la sedih...monyok ja! Muka tuu tak buli jual da. So we decided nak jalan2 kat Sunway Pyramid. Kami ni nama ja stay kat area Sunway ni (5mins jalan muka kau kat Shopping Mall tu suda) tp dalam sebulan belum tentu kami dapat p sana. Huuu, kemain busy lagi hidup ai kat sini! So kami window shopping la sampai kaki lenguh2 (padahal jalan macam siput..stamina down). Dari kedai ke kedai..da staff yang senyum2 manis, da yang serius mcm nak telan orang (cantik sgt la tuuu..huhu) masuk kedai belek 1,2 barang2 lps tuu chow. Staff kat situ terus bertukar wajah daa, dari senyum2 ke...ntah mcm landak berduri da ai tengok! Sorry laaa, ai xda hati nak spend money today. Ai saja nak cuci mata sambil nak ceria2 kan hati husband ai tuu! Dia kan tengah frust..eee??

Da berjam2 kami spending time kat situ, ai suggest tengok wayang. Husband ai tolak mentah2! Waaa..frust tahap gaban dia kali ni, parah! Ok takpe2.. ai try lg, kali ni ai bawa dia p minum! God help me *sempat lg berdoa* And yesss, ai dengar 'jom, lets go'! Selamat...kaki ai da lembik da! Tempat duduk yg ai pilih tuu mmg strategik (tabik kat otak ai..). Nun di bawah nmpak la Sunway Lagoon dengan lautan manusia! Awesome view..so kami dating la kat situ! Ewaaaahh...bukan main lg! Muka husband ai da ceria kembali.. Hmmm, klu ai tau dengan secepat ni dia boleh ceria blk, ai tak payah window shopping..dating terus! Finally one of our friend invited us to her's open house on 26th Aug. 1 week from now tp xpa..janji ai dapat makan ketupat, rendang, lontong, kuih2...Oww, ai da mcm org kebuluran!

By the way, Selamat Hari Raya to all! Nikmatilah kemakmuran negara yang kita ada, Salam 1 Malaysia!

*See u in next entry...

Saturday 18 August 2012

~My BFF

Ni pic kita orang time Kursus Induksi. Orang lain khusuk belajar (maklumla da exam at the end of the course), kita pla sibuk snap pic. Hahaha..terlebih bijak!

Yang ni boleh maafkan sbb dah lepas exam. Suma pass yooo..Congrats mdk2!

Last day ai dengan geng2 ai ni. Has been transfered to Putrajaya.. Sedih!

Yesss, kami punya minat yang sama...aerobik! Semangat mo bergoyang! Hahaha

Hahahaha... tonite i want to talk about my geng karas! I know them since 2010, kira baru lagi tp kita org sekepala. Kalau bercerita sampai tahun depan pn xkan abis cerita tuu.. tu la dia Zita & the Gang! 

Mula2 ai kenal yg sebelah kiri tuu (Ms Nancy) time tersama2 keja kat KL. Yalah kami kan kna antar jauh2 nun atas bukit kat KL. Dah tuu 8 org jaa. Hmmm mula2 main jeling2 jaaa, tegur pn nda kunu! Haaaa, ego tinggi lbh dr Mt. Kinabalu plak! Tp bila ai risik2 and found out that she was from Sabah, laju tangan ai mo menyalam! Salam perkenalan dik, sy pun dr Sabah jga. Bla bla bla... Ha, start situ kami mula rapat daaaa even we are not housemate. Semestinya ai jg yang bertanggungjawab bawa dia transfer di Ranau. Dia nak balik Keningau tapi xda vacancy. Dari situ ai start masuk jarum, bawa dia transfer sama2 dgn ai (kakak yg da resposibility la katakan...eee??)Yang tengah2 tuu pla (haa, dia rebut tapak ai. Ai kan suka tangah2, tak payah buking...) Ms Evelyn. Ai kenal dia time ai report duty di ofis baru kat Ranau. Muka dia la yg 1st ai nampak. Senyum2 di kaunter nampak ai tarik beg besar! Sweet sgt! Abang2 polis kat kaunter tuu macam kabur da ai nampak!

Haaa...dari situ la kami bertiga jadi rapat! Jalan2, makan2, lepak2 sambil karaoke, aerobik..msti bertiga! Kalau sorang xda macam kudung pla rasanya! Yang paling menggagumkan, org2 sekeliling kami pasti tanya kalau sorang xda. Haaa, tengok? Kan da cukup menggambarkan kami ni geng karas! Kalau start bercerita macam dunia ni kami yang punya. Org lain x wujud..muktamad! Ketawa..jgn tanya la! Kami main lepas jaaa biarpun di tengah2 org ramai or tengah makan di kedai! Kalau aman2, inan2 nampak kami tengah berketawa kompom kami da direjek awal2 jadi menantu! Tapi korang jangan silap..kami ni da berpunya! Suda kana buking. Laku jga baaa..haha. Lagi satu kami suka aerobik! Walaupun bukan tahap instructor tp buli laaa jg jd kepala di depan. Suka tengok abang2 polis beraerobik di depan kami! Macam2 ragam..da yang x center2 (miring2 time buat gerakan), lain yang disuruh lain yang dibuat..lagi haru kita da sampai 20kali kiraan, tp da yang baru masuk 10kali kiraan. Baaa, palan2 bos. Pogulu koi!

Pasal makan, kami buli kira sama taste! Asal kau boleh makan tuhau dengan bosou, kau buli ikut kami p kadai.. Kami kan lidah dusun sejati! Mesti la mo mencari traditional food macam bosou, tuhau, meggi...eeee?? Kalau nak taste lain, palan2 la kau pigi kifsi! Order la pa jaaa. KFC Ranau pn sama jg dengan tempat lain.. suma ada! Yang xda 3 angels ni jaaa (hmmm, ai diserang simptom perasan lg). Kalau karaoke? Hmmm, di ofis kami tuu da karaoke free2. Free! Melalak la kau smpai abis song list tuu pn xpa. Tiada mo halang! Tapi boring jg la kalau melepak di situ jaa. Staff kat situ pn da muntah darah nmpak muka kami! So dengan perasaan yang sungguh memahami kami pn start lepak di kedai karaoke! Hilang tensen tgk list lagu2 yang xda di ofis kami tuu! Naaa, melalak kau situ..pilih ja lagu mna kau suka! (Yoku ie humarap..wajib da!)... Tapi kami kan budak baik. Tau timing bila mo balik. Sampai rumah, tidur.. jgn ja kau mengigau tgh suminding! 

Sekarang ai jauh dari 2 BFF ai ni. But i will keep our memories together and i will do those things again when i come back to Sabah! I hope they are happy with their life there without me and i hope i still their BFF till the end! I miss both of you..... *flying kiss 4 both of u* 

~Babai..


Friday 17 August 2012

~Traditional Costume

Me with my husband. Proud with my traditional costume.


Nie la baju traditional yang ai takkan lupa walau di mana2 pun ai berada. Ia mengingatkan asal usul ai which is i guess will help me to keep my attitude. Ooo ai suka sangat dgn baju ni. Tak boleh digambarkan dengan kata2. Dulu time bujang2 dah set dalam kepala, harap2 dapat husband yang berpendapat dengan ai. Tak kira bangsa apa yang penting dia boleh terima culture ai. Ewaaahh, tinggi nun cita2 ai pasal future husband. 

Oooo, rupa2nya God was answered my prayer. Thanks God! Dia ketemukan ai dengan guy kat atas tuu. He is not DusunKadazan even not Sabahan but dia lagi mencintai bahasa Dusun dan yg sewaktu dengannya lebih daripada ai. Berbelit-belit lidah dia nak belajar Dusun! Kesiaaaannnnn....Ai pulak siap gelakkan pronunciation dia. Tapi husband ai tuu jenis muka tembok. Dia tak peduli ko sapa, anak Datuk ke, anak Tan Sri ke.. kalau dia nak tanya ke, tumpang-tumpang lalu ke, dia balun jeee... Janji dia dapat jawapan yang dia nak. Oooo ai tak seberani macam tuu yooo..

Hmmm, ai da jumping story da! Da ikut2 perangai husband ai tuu. Okey2, coming back to here (pasal baju ni), oleh sebab kami sama2 suka baju ni, we are really wanted our own, tahun 2010 tuu kami menapak dari kedai ke kedai d KK mencari kedai mana yang paling pro buat baju ni (padahal stok nak cari kedai yang boleh bagi diskaun mcm Mega Sale tuu). Eeeehh, x senonoh tul ai ni! Finally kami jumpa 1 kedai kat area Segama. Dia bagi harga RM200 something per pair. Duhhh, kotigog my heart! Mahal jg yaa.. Mau x mau setuju & ambil ja laaa. Penat da kaki mo mengukur kedai2 d KK ni. Exhausted tahap gaban! The funny thing was bila aunty tuu start ambil ukuran badan. Badan ai lentok sini, lentok sana.. macam xda tulang lagaknya! Aunty daaa jeling2 ai.. sabarla aunty, sy panat ba! Husband? Uiii, berdiri tegak mcm buat kawad! Semangat btl..Tabik!

Selepas sebulan baru kmi collect baju2 ni ( x boleh push2 aunty tuu, nanti tersilap buat..putih mata kau). Bajet nak pakai time our engagement day. So bila ai pakai time engagement day tuu..wow, hibat kau maria! Bangga pn daaa! Huhuhu.. Sweet sgt time majlis tuu sbb kami tampil sedondon! Cehhh.... *baling flying kiss to my sweet husband*

Ok la, panjang melebar pla entry ai ni mlm! anyway, babai & gd nite *buat muka x malu*

~ Happy Holiday~

Argghhhh, am going to die when all my colleagues going back to their Kampung for Hari Raya Aidifitri celebration. Bukan mo mati apa tp boring tahap gaban. Ofis sunyi sgt, very silent yoo! Yg ai dengar bunyi keypad pc kwn sebelah tu ketuk2. Amboiiii, kemain busy yaaa geng! Padahal tinggal berempat lg kat ofis ni. Hahaha..ai tergelak! Nasib tak tergolek. Okey2, time to be serious la.


So, to all my muslim friends.. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin :) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.