Thursday 5 September 2013

Isu kenaikan harga minyak..

Kecoh juga apabila harga minyak petrol naik diumumkan baru2 nie. Walaupun orang kata '20sen jer' tapi bagi aku jumlah itu amat besar sekali. Kalau isi minyak sekali seumur hidup aiman tak kisah! Tapi aku 4,5 kali isi minyak kereta setiap bulan. Full tank pulak tu! Kalau tak isi minyak kereta, macam mana nak pergi kerja? Jarak Putrajaya dgn Bandar Sunway bukannya dekat. Bukannya boleh jalan kaki. Kena tanya, napa tak duduk Putrajaya jer? Kalau ada rumah sendiri, baik duduk rumah sendiri. Kalau setakat duduk rumah yang end of the day bukannya jadi milik kita baik tak payah. Sekurang-kurangnya elaun rumah yang tak dipotong boleh cover perbelanjaan seharian. Ada juga orang suruh aku sewakan rumah di Bandar Sunway tu tapi nak cari penyewa yang betul2 boleh taking care rumah sewaan bukannya senang. Silap2 haribulan jadi tongkang pecah rumah tu nanti. So jalannya aku just kena bersabar sahaja buat masa sekarang. Ada rezeki aku keluar juga dari Putrajaya nie. Aku kena be positive jer buat masa nie. Hehehe.
Rasanya bukan aku sorang jer yang bengang dengan isu kenaikan harga minyak nie. Berlambak status di fb berkisarkan benda yang sama. Tapi aku refused upadate status fb dgn isu minyak nie. Dalam blog pun jadi la. Agaknya kenapa ramai sangat orang yang tak puas hati dengan isu kenaikan harga minyak ni? Secara individu, bagi aku sebab isu nie boleh mempengaruhi dua perkara yang menjadi kebimbangan dan keresahan bukan sahaja aku malah keseluruhan rakyat Malaysia iaitu kenaikan harga barangan keperluan asas dan kenaikan kadar inflasi. Kalau ada sapa2 yang cakap 'alaaa, 20sen jer? itu pun nak bising?', tolonglah jangan terlalu pentingkan diri sendiri. Anda mungkin berkemampuan malah naik RM2,3 pn masih mampu, tapi fikir la rakyat yang lain. Jauh di pelusuk sana ramai lagi yang tak mampu. Even yang stay bandar pun ramai yang tak berkemampuan. Statement paling bangang apabila kita nie disuruh berjimat cermat. Nak berjimat apa bendanya kalau gaji seciput tapi kos hidup melambung2? Lagi pula peniaga2 sekarang da start letak harga tinggi atas alasan kos pengangkutan/pengeluaran tinggi. Odoi gia..
Mungkin banyak alasan kukuh mereka untuk menaikkan harga minyak nie. Salah satunya harga minyak di pasaran dunia meningkat. Tapi i was wondering jugak, kita adalah antara negara pengeluar minyak utama tapi rakyat membeli minyak mengikut harga pasaran dunia di negara sendiri. Jangan la compare dengan harga minyak di Singapore sebab mereka adalah pengimport minyak dan bukannya pengeluar. Sudah tentu2 la harga minyak di Singapore mahal mengikut harga pasaran dunia. Tapi takan kita yang tinggal di negara pengeluar pun kena membayar harga yang sama? Fikir2 la..
Walaubagaimanapun sebagai rakyat Malaysia, marilah kita bersama-sama mengharungi saat-saat getir ini dengan bijaksana! Apapun cara anda dalam menangani situasi ni, diharapkan agar kita sentiasa diberi kesabaran & kekuatan daripadaNya!
*Teringin nak bawa basikal pergi kerja, lagi jimat! Tapi memikirkan perjalanan yang jauh, isu keselamatan diri, dan cuaca yang tak menentu maka ianya sekadar angan2. Tak menjadi, hahaha.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.