Wednesday 28 November 2012

~Am back!

Hi, hi, am coming back! Aku nak cerita panjang-panjang ni tapi buat masa ni aku nak rest jap. Penat belum hilang lagi.. Aku p keja tp fikiran kat rumah, melayang-layang. Ingat bantal ja sekarang ni. 
So, tunggu ja la cerita dari aku nanti! Korang stay tune aa. Banyak cerita aku nak share :) Kali ni aku nak buat Part 1,2,3.. haaa, macam tu la! Kira macam drama bersiri, ewaaa kelas kau! But first thing first aku nak tunggu my official photographer untuk siapkan pic2 tu dulu. Baru boleh share2. hikhikhik...

Bye, see u next!

Sunday 11 November 2012

~ Merlin addiction

Kelmarin aku excited sangat. Pasal aku aku da budget nak tengok back to back episode Merlin malam tu. Tak sabar ja sampai jam 7pm. Pulang dari Diwali open house Uncle Selva, terus balik rumah. Nak layan malas kejap. Tapi baru je mata nak rehat, husband da bg tau 'we leave by 615pm'. Aku? Terkejut mak. Nak pi mana pulak ni? Aku da awal2 bagi tau seminggu lepas yang aku nak duduk rumah je ari ahad ni. Aku nak layan Merlin aku tuu. 

Rupanya jam 7pm tuu kami kena p attend majlis kahwin kawan husband kat Putrajaya Pullman. Adoiii, napa aku boleh lupa ni?? Yang bikin aku tensi ni timing tu sebiji sama dengan movie Merlin tu. Aku kira tak nak pergi tapi husband da buat rsvp so terpaksa la aku dgn muka 10sen bersiap. Mahu tak mahu kali ni aku terlepas Merlin lagi. Aduhhh, sandi!

Dalam majlis tuu terkenang2 juga Merlin tu, nak tau sangat ceritanya. Makanan yang sedap2 pun macam tak terasa sedapnya. Sabar ja laa....

*teringat aku kata2 husband.. aku ni kena Merlin addiction. Tahap parah@kronik da! Hmmm, balik2 aku kena sabar ja laaa... huhu

~ Oral Presentation

Hmmm, lama sangat da tak jenguk blog ni. Aku rasa 24 jam tuu tak cukup untuk aku untuk selesaikan semua benda yang aku nak buat.. Apa boleh buat, buat je yang termampu.

Haa, hari ni aku da story nak share kat korang. Hari Sabtu lepas kita orang da oral presentation kat class. Honestly i tell u alls, aku memang suka oral speaking. Tak caya try tanya kat geng2 keras aku. Aku memang jenis suka bercakap kat depan. Kalau kursus and group kena present normally i will be the presenter. Sometimes aku yang jadi volunter. Haaa, kelas kau! Tapi dengan syarat, don't simply interrupt me  while aku tengah semangat nak present. Kalau nak tanya sebab tak faham ke, i will be fine tapi kalau menyampuk dengan cara bambuu2 tuu aku memang tak suka! 

Dijadikan cerita, hari tu aku jadi 2nd presenter. Aku nervous sikit tp aku manage to handle my feeling. Presentation tuu memang all in English tapi aku confident juga sebab aku memang english speaking hari2 except kat office and on the phone with my family. That means aku berckp 3 languages in a 1 day. Kalau ada slang Sabah tuu biasa la sebab aku memang Sabahan. No doubt at all! hikhikhik.. So, bila aku start my presentation still ok lagi. Tapi bila masuk bab body of my presentation mula la lecture aku tuu bambuu aku. Aku jawab juga tapi as a student biasanya opinion kita dia tak dengar. Dia nak ikut dia je. Let say, aku cakap sesuatu keadaan yang memang 100% ikut apa yang ada dalam buku. All my friends also agreed. Tapi boleh2 dia cakap tak betul. Bla,bla.. banyak la dia cakap. Bila dia cakap mcm tuu memang menimbulkan kekeliruan kami. Tak tau nak ikut mana satu, very confused! Lepas tu dia tak nak dengar da d next content of my slide. Balik2 dia cakap next, next...aku fed up betul! Angin satu badan tapi aku sabar je laaa... Lepas tu, semua kawan2 aku yang lain pun kena bambuu..That moment i feel relieved, at least bukan aku sorang ja yang kena! Tapi the way she talk memang sangat irritated and semua orang rasa geram. After all, she asked us to re-do our assignment. Bengang!  

Kebengangan aku sampai terbawa2 kat rumah. Sampai2 ja terus aku bersihkan rumah. Sepanjang bersihkan rumah tuu, i keep thinking the way she interrupted me sampai aku tak sedar rumah berkilat bersih. Dulu2 bukan aku yang bersihkan bathroom. Biasanya husband yg buat while aku mengemas, mengelap, menyapu dan mop lantai. Tapi kali ni aku tak sedar aku buat semua! Berkilat toilet and bathroom rumah aku. Habis semua kotoran aku sental. Berguna juga kebengangan aku kali ni. Husband sampai rumah je terus terkejut but in the same time senyum sampai telinga. Sebabnya bukan saja aku bersihkan seluruh rumah tapi iron baju keja sekaligus. Memang ada harapan jadi isteri mithali. Itu pun tunggu aku marah & bengang dulu la.. hahaha

By the way, actually i dont mind cause i realize that what she did is part of learning process. Kalau nak pandai kena terima teguran tu dengan hati yang terbuka. Dari situ pandai2 la kita tapis mana satu yang kita boleh ikut dan tidak. Dan jangan lupa minta opinion or suggestion dari orang lain yang lebih arif. Contoh other lecturer who teaches the same subject. And i did the same thing. Malam tu juga aku re-do and siapkan assignment aku. Akhirnya siap juga. Puas sangat! Thanks God :)

Monday 5 November 2012

~ oh Merlin

Apa movie yang korang love the most? Tak kira la drama ke, filem ke, pa2 ja laaa janji korang suka. Aku? Aku suka Merlin. Alaaa, yang selalu keluar kat channel 702 tuu. Aku suka tahap dewa Merlin ni!  Walaupun pelakon Merlin taklah handsome sangat banding dgn Brad Pitt ke, Jhonny Depp ke, Orlando Bloom ke, Chris Hemsworth ke or yang sewaktu dengannya tapi aku tetap suka. Jalan cerita pun best2.. Start dari Merlin sampai Merlin 4 aku tak pernah tinggal even satu episode pun. Lebih kurang peminat tegar la aku dgn Merlin ni. 

Last week time sebelum aku balik Sabah, aku nampak ada advertisement Merlin 5. Kebetulan jatuh on 28th Oct (ahad) time aku kat Sabah. Aku still happy cause kat rumah pun boleh tengok. Dasar!  Maybe sebab keseronokan tak terkira balik kampung, boleh2 aku lupa hari ahad  keramat tu. Miss aku! Nangis tak berlagu aku dalam hati, aduyaiii! Kalau husband ada kat sebelah teruk aku dijadikan bahan ketawa. So baik aku diam2 je.. pendam sendiri! Tak sanggup aku diketawakan hanya kerana Merlin addiction terhadap aku. Huhuhu

Semalam da cerita lagi pasal Merlin ni. Aku sampai2 rumah je terus switch on tv tu. Kebetulan 702. On the spot juga aku menjerit 'Merlin'! sambil melompat. Husband kat belakang terkejut badak dengar aku menjerit ikut melompat juga. Hahaha..dia ingatkan ada cockroach merayap2 kat lantai. Almaklum la dia kan alergik dgn binatang ni, oppps! Padahal Merlin 3 lagi, yang selalu dok ulang2 tayang. Time tengok movie tuu aku siap kena perli. Tapi aku buat derk je, mcm xde perasan. Haha. Merlin juga laaa.. This Sunday ada Merlin 5 back to back episode. So i will make sure kali ni aku tak termiss..

Jom kita tengok Merlin kegilaan aku ni.. 


Aku  paling suka Merlin ni. Tak caya korang try tengok. Gerenti korang nak ke toilet pun payah.. Melekat je dpn tv sebelum habis. Hahaha


~ Welcome November

hai, hai...am coming back! pheww... lama tak bercoleteh!  November da pula sekarang. Cepat betul masa berlalu! Pa kabar korang suma? Aku baik2 aja cumanya busy sgt. Bukannya busy dgn task study, aku busy kat ofis sbb audit masuk. Aku kira boleh la curi2 masa nak buat assignment rupanya.. tup2 terpacul muka2 audit tu kat ofis. Mau x mo assignment aku tolak ke tepi, *lap air mata* sedih!

Sudah tu due date da dekat. Alamatnya aku kena usaha walau macam mana pun.  Tapi push lebih2 tak boleh. Hari sabtu lepas aku push otak aku habis2an. Lepas blk dari class aku terus blk rumah. Siap keja suma kat rumah aku start buat assignment, semangat meninggi! tat tat tat...laju aku menaip! Masuk page ke 3, aku da start pening. Mata berair, kepala berdenyut2. Mak aiii, sakitnya! Aku memang da migrain tp da lama tak kena. Aku migrain ke? Aaaaa...sikit lagi, sikit lagi.. aku paksa tahap gaban! Zaaaasss.. blm sempat menaip perenggan 2 aku berlari2 ke toilet! Nahhh, segala isi perut keluar! Confirm aku migrain, sakitnya Tuhan je yg tau. Apa la, time aku banyak idea time tu juga muncul migrain ni. Bingai betul! Aktiviti aku lepas tu..tidur dengan gaya bebas! Hujan pula tu..sempat mimpi indah2 lagi. Hehe

Lupa sekejap pasal keja dan assignment. Da 2 hari aku tak sentuh assignment aku. Nasib tinggal satu je lagi tak siap. Yang lain all taken care. Yang penting aku boleh siapkan on time sebelum aku cuti memanjang. Hikhik.. fikir positif memang amat membantu!

Have a  wonderful day.. :)

Friday 2 November 2012

~ Being Sabahan

I always been asked by some people (peninsular's people) 'how long u been here in Malaysia?'. My answer was '30 years since i was born on 1982'. And normally they r shocking heard that. Did i said wrong? Dan itulah realitinya. Aku tak faham sebab they keep thinking Sabah Sarawak bukan Malaysia. Some of them juga takut nak call aku if i was in Sabah. Takut bil telefon melambung. Rasanya nak pitam mendengarnya! Pity of them sebenarnya.. Ni baru 1 kejadian. Aku masih ingat lagi 1day aku report duty kat my former office in KL. Selepas siap kenal2 dengan suma colleagues, my 3rd boss (lady) asked me to her room. Ingatkan ada benda/kerja nak dibuat. Tapi dia tanya pasal kenapa ada binti pada nama aku sedangkan aku non muslim? Lagi aku kena terangkan kat dia. Lepas tu tiba2 keluar pula pertanyaan adakah orang Sabah masih tinggal atas pokok? Hellooo.. Tengok muka aku da ciri2 ke tinggal atas pokok? I was wondering, she was a master holder takan benda ni pun dia tak tau? Agaknya minda tuu terlalu tertutup ke or saja2? Tapi bagi aku, she shouldn't asked it. Cuba buka minda sikit and look outside.. Takan tengok kat situ2 je?

Aku tak faham sebenarnya. Apa revelannya tanya benda2 ni? Tinggal atas pokok? Aku punya parents pun tak merasa tinggal atas pokok, ini kan pula current generation. Walaupun kami tinggal kat kampung tapi tidak bermaksud kami ketinggalan. Kami pun bersekolah sama seperti orang lain. Kami juga da own house, jalan raya, elektrik, air bersih, kereta.. pendek kata suma ada! Malah kami da tanah sendiri berekar2..bebas nak bercucuk tanam, rumah sendiri dan tak perlu bayar sewa pun! Jangan pandang rendah orang kampung. Fesyen mereka mungkin tak up to date macam orang bandar tapi duit dorang berkepuk dalam bank! Tak percaya terpulang..ewaahh, emo nampak!


Da bertahun2 negara merdeka tapi sorry to say masih da lagi orang kita yang tak merdeka fikirannya. I am proud of who i am, walau asal kampung tapi fikiran tak sempit! Aku keja kat bandar besar tapi aku tak kena culture shock! Aku p oversea pun tak juga. Suma berbalik pada diri sendiri.  Petua aku? Ni haaaa, aku da set dalam kepala da. Aku always remember that today’s communication is set the tone for tomorrow’s relationship. Other than that which is very important to secure your relationship with others is to think before you say something. Tp jgn pula sampai ko tak menjawab sampai ke sudah semata2 nak dok fikir memanjang. Agak2 la dik... Btw for me it is always a good thing to be careful and respect others. Aku pun sometimes boleh jadi laser tapi aku bertempat. Bukannya main redah jer! Redah, redah, redah..last2 engkau yang kena redah! Haaa, nangis tak berlagu nanti. 

Pendek kata, aku allergic dengan org berlagak ni. Berlagak je lebih tapi apa pun takda. Siap merendah kan org lain lg la 100m aku tinggalkan org mcm ni. Plus org yg mindanya tertutup lagi la aku allergic. Fikiran sempit, dok asyik fikir negative @ prasangka buruk je dgn org lain. Sampai ke sudah susah nak maju org mcm ni.. i tell u alls. Senang je, tak suka pa org lain buat diam2 je laaa.. tak yah nak sibuk. Janji org tu kacau hidup kita..Fullstop! Hidup biar bebas dari prasangka.. 

Senyum dulu...



Pic middle & bawah ni la kg aku. Ada ciri2 stay atas pokok ka? Pheww maju sda baa..

~ Sandy Hurricane

Kesan taufan Sandy kat AS tu benar2 menakutkan aku. New York kota icon AS terus lumpuh disebabkan oleh Sandy ni! Kemusnahan ada di merata-rata. Taufan Sandy telah merosakkan sekurang-kurangnya 7.3 juta kediaman dan premis perniagaan di pantai timur AS setakat Selasa lalu. Ia juga memaksa 3 reaktor nuklear ditutup. Selain itu, perkhidmatan kereta api bawah tanah juga dihentikan ekoran bencana alam tersebut. Dengan angin selaju 281 km sejam cukup menggerunkan aku! Apa taknya sy dengar bunyi angin yg biasa je pun aku da takut! Apalagi kalau taufan besar mcm ni.. Minta dijauhkan!

Tapi aku salute la cara pihak berkuasa AS menangani bencana alam tersebut. Mereka ada teknologi yang canggih membolehkan pergerakan, kelajuan dan kekuatan taufan boleh dijangka dengan menggunakan Sistem Kedudukan Global. Melalui pengesanan awal tersebut membolehkan langkah keselamatan diambil. Memang patut dicontohi oleh semua negara!  Sekurang2nya kadar kemusnahan blh diminimumkan. Penduduk pun boleh mengambil langkah berjaga2..

Bercakap pasal bencana alam ni, memang tidak dinafikan our weather are changes rapidly. Macam2 bencana alam yang muncul sekarang. Sungguh menakutkan! Bukan setakat mereka sekarang malah sebelum2 ni kita da dikejutkan dengan bencana alam di negara2 lain! 

 




By the way, God bless AS! Mungkin kita tak mampu nak tolong dari segi material namun kita mampu dengan menDOAkan mereka2 yg terlibat. Peace! 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.