Monday 17 June 2013

The Vow..

Korang pernah tengok movie The Vow tak? Yg da tengok tu macam mana, ok tak? Bagi aku, movie ni best sangat2. Trip jiwang tp aku suka. Takde la melampau2 jiwangnya. Jiwang yg ada meaningful. Aaa macam tu la kiranya. Meh aku cerita serba sikit. Kot2 lepas aku cerita ni, korang berduyun2 cari CD dia. Aku gelak je dari jauh. Hahaha..
Cerita mengisahkan percintaan Paige & Leo. Kedua-duanya berkenalan di sebuah cafe. Dalam perkenalan singkat tersebut, mereka pun berkahwin di luar pengetahuan keluarga Paige. Utk pengetahuan, Leo adalah sorang anak yatim piatu. Dia bekerja keras untuk berjaya dengan membuka studio rakaman. Walaupun hidup sederhana, semuanya mampu diharungi lebih-lebih lagi dengan kehadiran Paige dalam hidupnya. Mereka menikmati kehidupan perkahwinan dengan bahagia, aman, gembira dan saling mencintai antara satu sama lain. Paige pula pada awalnya adalah pelajar jurusan undang2 di sebuah universiti terkenal, tetapi kerana jiwanya lebih terarah kepada seni maka ditinggalkannya pengajian dan memulakan kerjaya dalam bidang seni. Paige agak sukses dalam bidang tersebut dan diberi kepercayaan oleh 1 tribunal untuk menyiapkan projek2 yang dikehendaki oleh mereka.
Suatu malam....jeng, jeng, jeng..saja nak suspen korang! Hahaha..dalam perjalanan balik setelah selesai makan malam aka berdating, mereka telah terlibat dengan kemalangan di mana kenderaan yang dipandu oleh Leo dirempuh dari belakang oleh truck besar seterusnya merempuh sebatang pokok besar di kawasan tersebut. Leo agak bernasib baik kerana cedera ringan sahaja. Namun agak malang bagi Paige. Disebabkan Paige baru sahaja membuka safety belt sejurus sebelum kemalangan berlaku, dia terpelanting keluar dari kenderaan melalui cermin hadapan. Eeee, ngeri akak! Nasiblah kedua-duanya sempat dihantar ke hospital. Leo sembuh dalam masa yang singkat dan mula menjaga isterinya Paige yang masih koma. Dengan sabar beliau menemani Paige. 24jam duduk hospital. Akhirnya berita ini diketahui juga oleh keluarga Paige yg nun jauh di kota lain. Keluarga kaya raya dan mempunyai pengaruh besar. Kebetulan pula Paige sedar dari koma semasa keluarganya datang. Agak menyedihkan apabila Paige langsung tidak mengenali suaminya sendiri, Leo! Biarpun cincin perkahwinan tersarung elok di jari manisnya tetapi dia tetap tidak mengingati Leo. Rupa-rupanya segala memori selepas dia meninggalkan keluarga dan pengajian telah terpadam dari mindanya. Hmmm, kes hilang ingatan la kiranya. Taubat aku nak drive laju2 pasni.
Keluarga Paige pula bertegas untuk menafikan kehadiran Leo dalam hidup Paige.  Kalau aku Leo, da lama aku terjun bangunan. Opps, sila abaikan! Tetapi Leo ni jenis bukan cepat mengalah. Dia berkeras untuk membawa Paige pulang, kot2 boleh la dia ingat semua benda yang dorang buat bersama2. Lagipun banyak harta milik peribadi Paige di rumah mereka, yelaaa nama pun husband & wife. Hadooo.. Paige biarpun tidak mampu mengingati Leo, dia tetap mengambil keputusan untuk mengikuti Leo balik. Nak tak nak, berputih mata je la family dia. Malangnya, Paige tidak mampu mengingati semua perkara yg berlaku walaupun bermacam2 perkara yg Leo buat. Sampai akhirnya Paige tidak mampu bertahan dan berpindah balik ke pangkuan keluarganya. Paling sandi apabila Leo berjumpa dgn family Paige. Dia ditanya dimanakah keluarganya? Disebabkan Leo ni anak yatim piatu dia menjawab 'Paige, hanya dia sahaja la family yg saya ada'. Laju je airmata aku keluar. Eee, teremo lebih pulak! Hahaha.
Kehadiran bekas tunang Paige mengeruhkan lagi keadaan apabila lelaki itu (aku x ingat nama, nama penjahat aku tak nak ingat..hahaha) dan Paige mula keluar bersama. Ex-tunang dia ni mengambil kesempatan ke atas kehilangan ingatan Paige. Haissss.. Kemudian ayah Paige mendaftarkannya ke sebuah universiti untuk menyambung semula pengajian dlm bidang undang2. Di dalam masa yg sama, ayah Paige juga menghantar surat cerai yg telah ditandatangani oleh Paige kepada Leo. Semasa perkahwinan adik perempuan Paige, berlakunya perselisihan faham di antara Leo dgn ex-tunang Paige. Dari situ, Leo mulai sedar bahawa dia tidak wujud lagi dalam hidup Paige. Surat cerai ditandatangani dan Leo mulai bangkit dari kekecewaan dan menumpukan perhatian kpd perniagaannya. Manakala Paige mula merasakan minatnya lebih terarah kepada seni dan bukannya undang2. Dalam masa yg sama, perbualan singkat antara dia dgn kawan sekolej menghuraikan persoalan apabila penghijraannya ke kota yg didiami oleh Leo beberapa tahun lepas setelah kecewa dgn ayahnya yg curang dgn kawan baiknya sendiri. Paige sekali lagi membuat keputusan meninggalkan pengajiannya, berpindah semula ke kota yg didiami oleh Leo dan memulakan sekali lagi kerjayanya dalam bidang seni. Walaubagaimanapun, Paige mahupun Leo tidak pernah berhubungan biarpun Leo masih berharap akan kehadiran Paige.
Sehingga la satu hari dalam musim sajli..mereka dipertemukan semula di cafe yg menjadi tempat pertemuan pertama kali mereka dan mula keluar bersama. Happy ending juga akhirnya. Kalau tak, aku nak mogok seminggu tak nak tengok tv. Nasib la.. Haha
P/s~ Cerita ini adalah based on true story. Ingatan Paige tidak pernah pulih tetapi dia berkahwin semula dengan Leo. Mereka kini hidup bahagia dengan 2 orang anak hasil drpd perkahwinan mereka. So sweet kan?

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.