Tuesday 25 June 2013

Panduan bijak membeli kereta

Aku ni bangsa jarang baca paper. Kalau adapun sekilas je, takde la baca concentrate sesangat. Pandang2 gitu je kecuali la kalau ada benda2 yg menarik. Kalau xde, hmmm haram. Sentuh pun tak! Tapi ari tu, time aku jeling husband yg baca paper, tetiba aku nampak 1 kolum tertulis kata harga kereta turun. Bulat mata aku tgk, proton saga FLX merah pula tu! Aku sikit menyesal juga la, napa la aku tak sabar2 beli kereta dulu ye. Baru 9 bulan je aku beli, terus harga turun pula. Potong stim tul la. Anyway bagi sapa2 yg terasa nak beli kereta tu, meh aku bagi korang panduannya. Panjang ea, berjela2! Hahaha..aku tak ikut pun. Saja nak bagi korang stress baca. Haha..
Panduan bijak membeli kereta:
i) Buat perbandingan dan dapatkan nasihat untuk membeli kereta yang bpleh diharap dan memenuhi keperluan anda.
ii) Pertimbangkan harga jualan semula atau nilai tukar beli kereta sekiranya bercadang menjual atau menukarnya kelak.
iii) Kaji dan bandingkan kebaikan dan keburukan membeli kereta baru atau terpakai serta tahap kemampuan anda, sebelum membuat keputusan membeli.
iv) Jika anda ingin membeli kereta terpakai, dapatkan khidmat mekanik yang boleh dipercayai atau lakukan pemeriksaan PUSPAKOM terhadap kereta tersebut.
v) Rangka bajet dengan mengambil kira ansuran bulanan kereta dan kos lain seperti petrol, air, parkir, cukai jalan, insurans dan servis serta perbelanjaan luar jangka seperti kerosakan atau kemalangan kereta.
vi) Sekiranya anda perlu membuat pinjaman, cari pakej pinjaman terbaik yang ditawarkan oleh institusi kewangan, terutamanya kadar faedah sebenar yang dikenakan.
vii) Tambah tabungan agar dapat membuat bayaran pendahuluan yang lebih banyak. Dengan jumlah pinjaman yg rendah, anda dpt menjimatkan jumlah faedah dengan tempoh pembayaran yg lebih singkat.
viii) Elakkan penggunaan kad kredit untuk membuat bayaran pendahuluan.
x) Pastikan anda mempunyai perlindungan insurans komprehensif yang mencukupi bagi menampung perbelanjaan membaiki atau kerugian sekiranya berlaku kemalangan atau kecurian.
Haa, tu je la panduannya. Tak ikut pun, tak pa! Aiman tak kisah pun. Btw, hebat betul jerebu sekarang ye. Ni la saat yg paling ideal utk tukar motor tuu. Kesian kang terdedah dgn haze ni, palagi kalau perjalanan jauh. Kalu pakai kereta, at least tak payah pakai mask bagai. Boleh baring2 ea..
Ok la, bye! Aku takut jerebu ni...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.