Tuesday 18 June 2013

Coronation of the new King

Percutian ke Holland baru2 ini memang memakan banyak perbelanjaan. Tetapi ianya difahami kerana nilai currency drg yg sememangnya lebih tinggi dari negara kita. Kalau la nilai currency dorang setaraf dgn nilai currency negara, maunya hari2 terbang ulang alik. Malaysia-Europe, wow kelas kau! Dapat la juga memijak negara orang. Takkan terperuk je kat Malaysia kan? Walaupun ada orang kata, tak payah la pergi ke luar negara bagai. Ulu Sugut pun tak pernah pergi. Amboiii, sedap je dia memperlekehkan kita! Aku tak kata Malaysia takde tempat2 menarik. Ada, sungguh banyak! And anytime boleh je pergi kalau keadaan mengizinkan. Aku pun travel juga dalam negara kita ni. Bahagian rural di Sarawak tu pun aku sampai juga, Marudi, Bario. Ramai je org Malaysia tak tau di mana lokasi tempat2 tu. So aku kata apa salahnya kita try pula menghirup udara di luar negara. Keadaan mengizinkan, blah je la kan.
Tapi percutian aku kali ni agak adventure sikit. Kalau di Sydney dulu kitaorg terlalu relax sebab stay dengan uncle tp Amsterdam? Kitaorang takde sesiapa, so kami kena independent sepanjang seminggu berada di sana. Yg bagusnya orang2 Holland nie semuanya boleh converse in english. So sedikit sebanyak memudahkan perjalanan percutian kami. Kalau kata sesat, selagi korang rajin bertanya ianya pasti takkan berlaku. Percutian kali ini juga agak istimewa sebab kami berpeluang menghadiri Coronation of King Willem-Alexander yang jatuh 30th April, 2013. *Thats why semua hotel naik harga 3x dari harga biasa, matai!* Anyway, his mother Queen Beatrix turun taktha selepas memerintah Netherlands selama 33 tahun. Uiiii, lama jg! Hari tu orang ramai start berkumpul awal pagi. Suma pakai baju color orange. Macam2 fesyen yg penting color orange. Ada juga yg tidur di depan palace tu. Bersesak2 macam sardin. Disebabkan aku ni macam pokok bonzai je, aku tak jadi nak berhimpit2 dgn orang ramai. Husband je la yg sanggup meredah lautan manusia tu. Aku pula duduk2 sambil minum kopi. Tunggu husband sambil menemurah orang2 di situ. Boleh tahan peramah jugak aku ni! Hahaha..Ayuh kta check picture yg husband ambil. 
Disebabkan jarak yang jauh, gambar ni agak blur sikit. Anyway yang tu King Willem-Alexander & Queen Maxima. 
King Willem-Alexander with his family (Queen Maxima & 3 princess)
Kuda dorang pun besar2 & tinggi2. Ikut baka orang di sana juga. Kalau aku nak naik sure kena pakai tangga kot. Malaysia punya kuda besar & tinggi tak macam ni?
The palace. Dataran di depan tu seinci pun takde ruang time coronation. Tidak sesuai sekiranya anda ada asthma. Semput kang..
Besar sungguh istana ni. Di tengah2 city pula tu..
Lautan manusia..masih ramai lagi tp tak masuk cam aku. Haha..sakainya aku snap2 pic org! Haha..
Sila abaikan topi pasukan sorak tu. Nampak pelik, besar sgt utk aku. Hahaha.. Yg di tepi2 tu barangan yang nak dilelong, kira macam tamu gitu la. Ramai gak yg membeli. Ingat dorang takde tamu ke?
Usai event tu tiba la masa untuk berpesta. Memang Amsterdam tak tidur hari tu. Party ada di mana2..
Cute je picture yang nie. Maklum la Heineken tu berasal dari sini..
Yang paling aku respect dengan negara ni, pekerja pembersihan mereka cukup cekap. Bandar Amsterdam yg di penuhi dengan sampah sarap even tahi kuda pun ada besar2 pulak tuu, malam itu juga dibersihkan. Esok pagi macam takde apa2 event sebelum tu. Memang bersih! Kalau kat negara kita macam mana pula? Esok pagi baru start kasi bersih. Itu yg kadang2 bikin jalan jem. Banyak jalan tutup, pembersihan sedang dilakukan. Tapi bagi aku kadang2 terpulang dgn rakyat juga. Andaikata kita menghadiri event besar2 macam ni, jangan la buang sampah macam tu je *sesuka hati macam dia punya halaman rumah je*. Apa kata masukkan dalam tong sampah yg disediakan. Dengan itu, kita sedikit sebanyak membantu pekerja pembersihan tu. Sampah telalu banyak itu yang kadang2 melambatkan keja2 pembersihan tu. Kesian drg kan? Dah la keja di bawah panas matahari.. So kita try la bantu meringankan keja dorang dgn membuang sampah secara berhemah. Ewaa, sempat lagi aku menasihat! Hahaha..
*mesti best duduk istana kan? dapat rasa time mimpi jadi anak raja jew, bila bangun terbayang2. Sekian, bye!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.