Wednesday 12 June 2013

Bulan Mei..Pesta Kaamatan!

Kopivosian kumaa dokoyu toinsanan (Salam sejahtera kepada semua). Bulan Mei adalah bulan wajib untuk aku bercuti di kg halaman di Sabah selain Christmas time. Bulan di mana kami bangsa KDM (KadazanDusunMurut) akan meraikan Pesta Kaamatan a.k.a Harvest Festival. Untungla yg keja kat Sabah, dapat cuti umum 2 hari on 31 & 31st of Mei every year. Aku org Sabah tp bekerja di seberang laut telan air liur ja la.. Tp tak bermakna aku tak boleh cuti. Aku kalu cuti tak lulus pn, aku tetap balik Sabah! Yg penting aku da ikut prosedur memohon cuti & cuti masih mencukupi. Hahaha.
So last month lepas je aku balik dr holiday di oversea, selang tak sampai 2weeks aku da terbang bercuti pula kat Sabah. Bos siap tanya bagai 'ee, baru blk dr holiday nak sambung holiday lg?'. 'Nie bukan sambung holiday la bos, da dkt 2weeks pn aku keja ni', jwpn selamba sambil berlalu. Senyum2 pula tu. Apa bos tak rasa terbakar kan? Nasib baik la aku tak nampak asap keluar dari teling dia. Hahaha. Lantak la bos, janji aku buat keja ok. Opps, ok ker? Janji xde komplen ok la tuu rasanya..*jawab sendiri..
Nampaknya cuti aku kali ini disambut dgn hujan. Hujan, hujan, hujan tak kira hari. Hadooo..rosak rancangan aku! 3hari juga la aku bertelur kat rumah tak buat apa2. Bersihkan rumah je la. Tapi takan nak bersihkan rumah sampai 3 hari kan? Dah la rumah tu boleh kira bersih..ewww, kelas ai! Tapi aku tak sanggup main hujan so kitaorg d rumah je la layan perasaan. Hahaha. Nasib baikla, jiran sebelah rumah aku anak dia kahwin. So adalah juga aktiviti aku kali ni. Buat pelamin la aktiviti aku..yess, kreatif juga rupanya aku and d geng dlm diam! Hahaha...
31/5/2013 kitaorg bertolak ke KK. Plan nak ke Hongkod Koisaan (KDCA) nak sambut Pesta Kaamatan state level. Banyak acara best2 and yg paling aku suka Sugandoi Kaamatan (Pertandingan Menyanyi) and Unduk Ngadau (Beauty Contest). Semua peserta adalah wakil daripada daerah masing2. So kalau da kata wakil daerah mesti lah peserta terbaik kan? Aku suka sangat Unduk Ngadau ni, peserta dia cantik2. Aku kalau ada muka & body tahap membanggakan, aku pun nak ikut juga. Tapi mmg da ditakdirkan yg aku ni cumalah insan biasa..pindik tagap! Takpela aku takde kelebihan dlm soal ni, maybe segi lain ada kot. Hahaha, saja nak sedapkan ati sendiri. Haha..
Okay2, jum kita tgk peserta UN 2013. 
Aku takde pic2 UN ni so aku minta tolong pak cik google..Thanks uncle :)
Pemenang UN State Level 2013
UN 2013: UN Kota Kinabalu, Immaculate Lojuki 
2nd place: UN Ranau, Ritchell Andreas
3rd place: UN Tuaran, Nillsey Debbie Sening
Suma cantik2, patut la boleh masuk UN ni. Tapi perlu diingat UN ni bukannya bertujuan untuk melihat kecantikan fizikal semata2 ttp juga dinilai dari segi IQ. Kalau fizikal mantap tapi IQ kureng baik tak payah la. Lagi satu dari segi bahasa ibunda. Da namanya cari UN iaitu simbolik kepada Huminodun mestilah pro bahasa KDM kan? Tapi tu la, zaman sekarang da ramai yg tak boleh berbahasa KDM. Ingat dik, bahasa adalah jiwa bangsa. Malu sikit nama ja bangsa KDM tapi bahasa tak tau pula. Ke laut.. So aku memang sokong habis sekiranya syarat untuk mengikuti UN ialah fasih berbahasa KDM. Tak kisah la peserta tu mixed blood  KDM dgn either org putih ke, cina ke, india ke, bugis ke, bajau ke...apa2 la janji pro berbahasa KDM. Aku support 200%, yess dari belakang, dpn, kiri kanan, atas bawah! Hahaha..Ok la nanti aku ajar anak aku bahasa KDM abis2. Kalu fizikal mantap, boleh la aku usha dia masuk UN nanti. Amboii, tinggi nun ke langit cita2 aku! Hahaha..
*Org KDM bilang..atagak nopo boros om atagak no tinaru tokou. Jadi gompio tokou no ti boros om tinaru ie pinotungkus d yaki odu tokou. Kihoii, baik la! Sekian, babai!

*Photo credited to Nelson Michael Photography & Sidang Rakyat* 


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.