Tuesday 11 June 2013

Derma darah

Dok sibuk2 di ofs pagi td, tiba-tiba..sunyi! Aikk, ke mana pula menghilang officemate aku ni? Aku sorang je lagi ke dalam ofs ni? Aku pun dongak2 jg la kpala mengintai sapa2 yang still dlm ofs ni. Haaa, tau ketakutan! Rupanya ada jg dalam office ni just suma diam, concentrate buat keja! Naaa, siapa ckp staff government makan gaji buta ja? *fikir, fikir...
Okay2, kita berbalik kepada cerita asal. Asyik jumping jer cerita aku ni! Rupa2nya ramai yang turun ke bawah menderma darah. Bukan derma dara ye, derma DARAH! Mulia sungguh la hati dorang yg pergi menderma darah tu. Aku yg duduk ngadap komputer ni terus terang la tak pernah lagi menderma darah. Bukannya kedekut tp keadaan tak mengizinkan. Aku pun tak cukup darah, takan terhegeh2 pula nak menderma darah kan? Haaa, itu namanya nak mampus awal. Kang da derma darah, pastu terhegeh2 pula nak minta derma darah balik. Tapi takan xda doktor pula time derma darah kan? Mestilah dia advise samada ko boleh menderma darah ke tak. Kalau dia ckp ok walaupun hakikatnya ko x boleh derma atas nasihat doktor lain sebelum ni, alamatnya kena sekolah balik la doktor tu. Hadoooo..lambat sungguh otak ku bergerak!
Pastu dtg2 je kwn sebelah aku dari menderma darah, dibaginya aku biskut. Dorang kena bagi biskut je tp biskut kwn aku tu landing kat tempat aku. Je? Eee pls la..syukur la ada. Aku dgn senyuman maha lebar terima je pemberian ikhlas tu. Eee..ikhlas ke? Alaaahh, takpe janji aku dapat free biskut 'Captain Munch'. Terima kasih kerana sudi memahami aku. Ehemm, pembetulan. Bukan memahami aku tapi memahami selera aku. Huahaha.. Kalau ada lagi sudi2 la bagi kat aku lagi. Suma aku nak ni sekarang. Tak kisah la biskut kering ke, gula tuntung ke..ai sudi jer! Hahaha..desperate sungguh aku ni! 
Btw, aku memang tabik spring betul la dgn org2 yg menderma darah ni. 1 perbuatan yg amat mulia, blh menolong ramai org. Kalau la suma org blh buat perkara yg sama, alangkah amannya hidup ni. Takde permusuhan, persengkataan, saling tolong menolong dll... Tapi bagi aku yg mmg terkeluar daripada senarai boleh menderma darah cuma berharap kesedaran ttg kepentingan menderma darah boleh diterima oleh suma lapisan masyarakat tanpa mengira warna kulit, agama, bangsa, status ataupn fahaman politik. Aman dunia!
*aku sedar kepentingan menderma darah tapi keadaan aku tak mengizinkan..sob sob..
Sekian, bye!
 
Aku suka tp aku tak boleh...
 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.