Wednesday 26 June 2013

Cerita dulu2

Pernah tak korang bersaing ala2 gila dlm hidup korang? Or korang jenis yg tak kisah, biar org lain sendiri sedar yg korang mmg pandai or 'kureng'. Aku pula jenis suka bersaing. Sihat tak sihat aku tak pasti. Korang nilai la sendiri based on my story. Kikiki.. Zaman sekolah, aku bersaing hebat dgn abg sepupu. Kebetulan pula kami seusia. Pantang abg sepupu maju ke depan sikit, aku akan struggle utk mengalahkan dia. Aku memang tak boleh tengok result dia lebih baik dari aku. Kalau aku dapat markah tinggi, kembang semacam hidung aku nak tunjukkan semua family. Tapi bila aku dapat low mark, jangankan nak tunjuk, nak tunjuk muka pun aku tak lalu lelebih kalau abg sepupu dpt mark tinggi. Tetapi baik aku maupun dia, kami masing2 da kelebihan tersendiri. Aku lebih kepada bahasa & karangan manakala abg sepupu lbh terror dlm hal kira mengira. Aku lembab sikit pasal kira2 ni. Tapi kalau bab mengarang, aku boleh habiskan 6 helai muka surat kertas kajang. Hahaha..
Dapat je result PMR, parents kitaorg hantar kami ke sekolah nun ke utara, SMT Kudat. Time tu sekolah2 teknik macam ni memang high standard. Kalau result tak ok, jangan mimpi la nak masuk. Dalam ramai2 yg memohon di kg, kami berdua sahaja yg selected. Bangga tahap gaban aku time tu! Kebanggan aku hanya bertahan selama 2weeks. Aku tak mampu bertahan dengan cuaca panas, ketiadaan air dan jd kuli kpd pelajar senior (minggu orientasi). Aku faham la jg orientasi ni macam mana tapi nak angkat 1 baldi air dr tingkat bawah ke tingkat 3, tak gila ke tu? Da la time tu aku kurus macam lidi je. Kalau lift ada, bukan setakat 1 baldi aku boleh..sampai habis air kat tangki tu aiman tak kisah! Haha..mama kata aku nie manja tak bertempat, lagi aku hangin! Selepas 2weeks aku dgn kazen tu sepakat nak berhenti, xnak sekolah kat situ! Puas dipujuk tapi x jalan, mmg nekad sgt! Menyesal aku sekarang.. Selepas menganggur 2,3 hari kazen aku melapor diri di sekolahnya terdahulu dalam aliran sains. Berdesing telinga aku dengar. Nie tak boleh! Pada awalnya mama nak aku sambung di sekolah lama tetapi kouta da penuh. Aku melompat2 riang pasal class aku dulu aliran sastera. Aku suggest kat mama, aku nak sekolah di tmpt abg sepupu tu. Aku pun proceed la permohonan and diminta melapor diri. Mulanya aku teragak2 takut dpt class yg aku tak suka. Riang bukan main aku bila dapat class yg sama dgn kazen tu. Yesss, aku mmg suka bersaing lebih2 lg dgn kazen ni! Result kami memang win2 situation sbb aku lembab mengira tp hebat mengarang dan dia pula sebaliknya. Hahaha. Habis je SPM dia continue form 6, aku pula sibuk mengikut kwn2 masuk kursus pertanian. Entah la, aku memang langsung tak minat tp nak juga. Pengaruh kawan la kot rasanya. Aku mmg tak boleh berenggang dgn drg ni. Puas mama pujuk pun aku tak nak jugak. Alasan otak da tak cun. Siap kena warning tapi aku memang da berkarat masa tu. Budak tak matang, memang la. Hahaha..
Habis kursus haaa, menyesal tak sudah!
Kazen da dapat diploma, aku hanya mampu berbangga dengan spm. Sedih tak sedih cerita aku ni. Dia dapat kerja bagus, aku masih terumbang ambing. Masih mencari port yg selesa. Dia fluent ckp english, aku pula masih merangkak. Alahai...hilang keyakinan aku! Tiba2 dalam sekelip mata semua berubah. Tetiba aku dapat keja ok (walaupun bukan taraf bos), mulai belajar step by step cakap english.. Then suma jadi balance dgn kazen. Cumanya dia mendahului dgn diploma dia. Aku mmg gatal nak diploma juga. Konon nak setaraf dgn dia. Akhirnya selepas penat berusaha aku berjaya menempatkan diri utk sambung study. Ingat nak ambil dip tapi alang2 layak ambil lebih dari itu maka lebih dari itu (dip) juga la yg aku pilih. Hihi..Kazen dgr dia pun nak juga, skrg ni dia sibuk belajar di universiti lain. Memang pantang betul! Dia kahwin, aku pun gatal nak kahwin. Boleh tak macam tu? Cumanya rezeki dia utk timang anak sampai lebih dulu dari aku. Aku masih bersabar menunggu rezeki itu dtg.. Huhuhu..
Tapi yg baiknya kami tiada perasaan hasad dengki, iri hati, cemburu.. Family cakap sikap kami macam itu lah yg menjadi pendorong kami utk buat sesuatu lebih baik dari yg lain. Hehe..
*yg suka bersaing tu sila jgn simpan penyakit phd dalam diri..tak baik malah memudaratkan! Eaa..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.