Tuesday 30 October 2012

~Nyaris2

Semalam flight aku balik KL jam 1320pm. So aku dr ranau tepat jam 1000am. Duration dari ranau to KK memang 2hours ja. So aku da estimate by 1200noon aku boleh reach airport on time. Da masa 1jam 20mins. More than sempat. So keja aku tidur je la dlm taxi tuu. Aku rasa teksi tuu blh tahan laju jga. Pantang da treller or lori yg slow motion kat depan pasti diovertake. So aku tak risau sgt la.. zzzzzzz sleeping beauty aku kat dalam taxi tu!

Tetiba aku terbangun, aku tgk blm sampai Tamparuli lagi. Aku tgk jam alamak...1130?? Punya lambat! Aku start risau da.. Hilang langsung mengantuk aku!  Aku tgk driver tuu..shitttt, 40 je dia  pandu. Aku da siap teka teki dlm hati. Kalau mcm ni slow dia drive smpai sok pun aku tak smpai airport. 'Bang, aku nak cepat ni. Aku nak kejar flight jam 1320pm. Boleh tak drive laju skit?' Dengan nada geram aku cakap dgn driver tu. Driver tu tgk aku then diam je.. tapi had kelajuan still d same! Faham ke tak faham orang ni? Aku jadi tak senang duduk. Sampai telipok orang tua yg duduk sebelah aku minta antar p rumah anak dia yg jauh nun ke dalam dari main road. Driver tu cakap sni ja sbb ada org nak cepat ke airport. Orang tua tu langsung tak bergerak. Mo tak mo terpaksa jga driver tu hantar! Oooo i hate u old man.. langsung tak bertimbang rasa! Lepas tu driver tu minta extra payment pun punya payah dia nak bagi. Suma pun makan masa! 

Da settle driver tu start drive laju. Aku tarik nafas panjang2, lega! Sampai KK banyak pula kereta, traffic jam yoo! Damn it.. Aku makin risau, tahap dewa da! Aku call my husband. Dia call airport manager. Then he called me again. By 1245pm i must be there. I told the driver, pity him also! Zassssss..TM1 here i come! 1245pm aku terpacak kat airport. Saying 'Thank you' sambil berlari. I run to the counter. Macam pelari pecut 100m lagaknya sambil tarik beg. At counter the lady said 'sorry amoi, closed already'.  Damn.... I call my husband, he asked me to go to counter B16. Lari 100m lagi.
My husband call airport manager and d manager asked the counter staff to release me! Tapi without meal sbb all closed already. Catering da masukkan makanan dlm kapal based on jumlah passenger yg da check in. I said 'its okay and thank u very much'. Staff situ suruh aku lari cepat2. Beg tarik terpaksa bawa naik, tak sempat nak masukkan dlm kargo. Lucky beg aku tak besar sgt! Yesss.. aku sampai gate A4 baru suma passenger nak boarding. So aku sempat la juga.. Thanks God! 

Dalam kapal aku teringat kembali. Time aku kat B16 tuu ada satu org juga yg lewat sedikit dari aku. Tapi dorang tak layan da. Kesian juga tp nak buat mcm mana? Aku dapat masuk pun sebab org dalam. Lagi pun husband aku kira da pangkat jg dlm kompeni aviation ni. Kebanyakkan org kenal dia. Itu yang menolong aku sebenarnya. Tapi taubat, aku tak nak benda ni berulang lagi. Aku tak pernah lewat sebelum ni. Even kalau husband ada pn tak pernah jadi benda ni. Ni kejadian pertama n pasti yg terakhir. Seksa rasanya lari2 macam tak cukup udara! Taubat....Tapi aku tak salahkan sesiapa pun. Ini adalah pengajaran terbaik buat diri aku selepas ni agar berhati2 dalam membuat perancangan masa. 

Sampai KLIA ja, husband da siap menunggu d pintu keluar flight tu. Aku hug terus, lagak macam budak2 jumpa daddy dia. Hahaha. Kalau bukan my husband aku pasti tertinggal kapal. Thanks for everything dear...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.