Friday 2 November 2012

~ Sandy Hurricane

Kesan taufan Sandy kat AS tu benar2 menakutkan aku. New York kota icon AS terus lumpuh disebabkan oleh Sandy ni! Kemusnahan ada di merata-rata. Taufan Sandy telah merosakkan sekurang-kurangnya 7.3 juta kediaman dan premis perniagaan di pantai timur AS setakat Selasa lalu. Ia juga memaksa 3 reaktor nuklear ditutup. Selain itu, perkhidmatan kereta api bawah tanah juga dihentikan ekoran bencana alam tersebut. Dengan angin selaju 281 km sejam cukup menggerunkan aku! Apa taknya sy dengar bunyi angin yg biasa je pun aku da takut! Apalagi kalau taufan besar mcm ni.. Minta dijauhkan!

Tapi aku salute la cara pihak berkuasa AS menangani bencana alam tersebut. Mereka ada teknologi yang canggih membolehkan pergerakan, kelajuan dan kekuatan taufan boleh dijangka dengan menggunakan Sistem Kedudukan Global. Melalui pengesanan awal tersebut membolehkan langkah keselamatan diambil. Memang patut dicontohi oleh semua negara!  Sekurang2nya kadar kemusnahan blh diminimumkan. Penduduk pun boleh mengambil langkah berjaga2..

Bercakap pasal bencana alam ni, memang tidak dinafikan our weather are changes rapidly. Macam2 bencana alam yang muncul sekarang. Sungguh menakutkan! Bukan setakat mereka sekarang malah sebelum2 ni kita da dikejutkan dengan bencana alam di negara2 lain! 

 




By the way, God bless AS! Mungkin kita tak mampu nak tolong dari segi material namun kita mampu dengan menDOAkan mereka2 yg terlibat. Peace! 





0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.