Friday 5 October 2012

- Hati-hati di jalan raya

Pagi tadi dengar cerita dari colleague yg mengatakan ada accident melibatkan motorsikal kat depan ofis. Dengar2 accident maut. Eiii, ngerinya! Macam mana la dorang bawa kereta tu ekk?

Hmmm, cerita pasal bawak kereta ni aku memang jenis membebel time drive. Kalau orang yang pernah ikut aku tuu, tau la kot. Kalau korang ikut aku then that time aku senyap memang bertuah la korang! Yang selalu kena mendengar aku membebel tentunya husband aku la. Sampai dia pura2 tidur. Tapi aku jenis tak peduli. Aku drive sorang ke, 2 orang ke.. kalau aku rasa ada org lain mcm tak reti undang2 jln raya tuu memang mulut aku bising@riuh. Macam nenek kebayan pun ada. Hahaha. Aku ni lain sikit, mulut bising tapi hon diam pula. Macam berat nak tekan hon, terbalik la pula!

Aku hampir kena jg dgn org2 tak reti undang2 ni. Yelah nak masuk lorong kita, budi bahasa la sikit. Pasang signal and masuk la pelan2. Kalau nak terlebih sopan angkat tangan tuu. Baru la tak berbulu mata org tgk! Tapi yg ni tak.. signal xde, main redah masuk jerr.. lepas tu melintang pula! Nasib baik aku tak tekan minyak. Kalau tak abis myvi dia. Sekali dgn keta aku. Geram tahap gaban aku tekan hon panjang2! Terus dia tekan minyak, hilang terus dr pandangan aku! Selepas tol LDP husband perasan ada myvi di belakang bagi aku highlight. Aku buat derk jee..yelah, aku bukan di lorong laju pun! Tiba2 kereta tu masuk lorong sebelah kanan, jln seiring dgn aku la! And then aku nampak dgn jelas. Ada 4 org awang hitam kat dalam tu. Haaa..myvi tu start nak himpit keta aku! Tiba2 husband buka window and he showed his face to them. Terus dorang pecut! Terkejut kot tengok lelaki di sebelah aku. Mesti dorang ingat i am lonely that time. Naaaa.. rasakan! Ada hati nak tunjuk samseng kat negara orang.. Huuuu!

Lepas dari situ, aku x berani da tekan hon panjang2. Kalau aku nak tekan pun macam biasa je. Serik. I was keep thinking kalau la aku drive sorang2 ari tu, aku tak tau pa jadi. Aku tgk dorang time tuu memang nekad sgt nak himpit keta aku. Btw, thanks God!

Hati-hati di jalan raya.... :-)




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.