Tuesday 2 July 2013

My day..birthday!

Happy belated birthday to me! Hahaha..saja nak korang tau yang aku ni dah bertambah2 'muda'. Dulu sweet 17 je, sekarang ni aku dah..oppps! Hati aku kata jangan pecah rahsia. Hmmm, cukup la aku cakap yang aku nie sweet 20s la...ehh? Nak kata sweet 17 macam tak logik la pulak kan? Macam masa tak berjalan pulaaa.. Anyway aku tak nak korang teka2 umur aku, aku just nak share benda2 yang aku buat sempena ulang tahun kelahiran aku ni. Kalau korang mesti macam2 korang buat time birthday korang kan? Benda2 yg kita tak buat pada hari2 biasa, kita nak buat pula masa birthday kita tu. Makanan yg tak pernah sentuh sebelum ni (konon nak diet, jaga badan) time birthday belasah jer.. kan kan? Lepas tu nak buat birthday party pula siap ada tema bagai, kek pun nak yang besar2 (kek tak cukup umur dah reject awal2 & kalau boleh nak yg bertingkat2 pula..amboi!!), lepas tu tempah catering & jemput kawan2 mai rumah. Waaa, kelas engkau! Macam majlis kahwin daa. Apatah lagi kalau semua tetamu datang pakai baju warna sedondon. Tak ikut tema kang kena halau.. ehh ada ke sampai macam tu sekali? 
Btw aku takde la birthday party segah macam yang sesetengah orang buat tu. Sejujurnya aku jarang sekali celebrate birthday aku ni. Cukup la sms or call yg wish, aku cukup bersyukur da. Family aku pun takda celebrate birthday bagai. Mungkin disebabkan kekangan wang & persekitaran yg memang semua pun tak celebrate birthday ni. Tu yg aku cakap tadi wish je da cukup! Kitaorang pun jenis okay jer, takde isu besar kalau tak sambut pun. Tapi bila da berkeluarga ni & dapat pula keluarga mentua jenis yang ambil berat pasal special date macam nie, nak tak nak aku celebrate la jugak. Kena layan habis2an, dapat present macam2 pula. Lepas cake cutting kena bagi short speech pulak, hadoo! Aku memang fail kalau bagi speech dpn family in law. Semua macam sangkut kat tekak je, segan! Tapi kalau berdua dengan husband jangankan bagi speech pendek, syarahan panjang siap ada petikan Bible pun aku boleh bagi..opss, terlebih pula!
2 hari lepas ni je pic yang sempat diambil. Birthday girl mana boleh gedik2 ambil pic kan? Suma aku serah tugas kat husband & father in law. Hehe.

Aku dengan en. suami. Dia memang jenis tak pandai ready2 dpn kamera. Haha..
With my parents in law..
Present drpd father in law. Sempat lagi dia cakap susah mo cari saiz lengan ko ni, kecil sgt! Opsss..aku memang saiz XS. Hehe
Yang ni pula drpd mother in law. Dia memang sedia maklum aku hantu coklat jenis ni.. Tak sampai sejam aku boleh kosongkan tempat tu. Hahaha, bakal2 naik 5kg berat badan. Haha..abaikan sebab my day!
Haaa, tu ja yg sempat aku watermark kan termasuk kek aku tu. Tapi aku tak upload, kang korang nampak bilangan lilin yg terpacak atas kek tu sakit jantung korang nanti! Haha..Yg lain pula masih tersimpan rapi dalam kamera. Macam malas la pula nak upload semua. Penat ai ok? Apapun, happy belated birthday utk semua yg lahir on 30th June! Kita semua hero & heroen on that day..Hahaha!
Good day everyone!
*teringin pula nak celebrate anniversary ala2 wedding reception..mesti class kan? Haha..*duit2..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.