Tuesday 16 July 2013

Perkara mistik

Nak tanya korang, percaya tak dengan perkara2 mistik? Tentu ramai yang percaya kan? Tapi tak kurang jg yang berlagak tak percaya, da kena baru iye2 nak percaya. Aku pun percaya jugak. Memang la zaman sekarang semua orang da beragama tapi bab2 mistik nie memang tak boleh la kata langsung takde. Memang ada cuma terpulang percaya ke tak. And then aku memilih untuk percaya. 
Cerita pasal hal2 mistik ni, aku ada cerita nak share. Ceritanya bermula begini, aku selalu dengar macam2 bunyi di unit atas rumah kami tu. Bunyi tu pula bukan alang-alang. Meja/kerusi kena tarik, guli jatuh atas lantai, hempas2 pintu, memahat dinding... makin lama makin kuat. Aku boleh la terima kalau setakat jam 6,7,8 mlm gitu. Yelah aku dok fikir orang masih berjaga, tak tidur lagi. Tapi kalau da jam 12 t/mlm, jam 2 even jam 3pg tu sapa punya kerja? Aku nak bagi tau husband tapi tak nak dilabel penakut so aku diamkan je. Decision tak bijak aku tu memakan diri sendiri. Husband outstation 4D3N, habis aku tak boleh tidur. Berjaga sepanjang mlm! Bunyi2an tu mengganggu aku sampai jam 3pg. Da hilang baru aku dapat tidur. Esok pagi mata terus jadi panda! 
Tak tahan, aku mengadu kat husband. Kena label penakut belakang cerita, yg aku nak aku nak luah perasaan habis2an. Akhirnya husband pun buka cerita benda yg sama. Tapi xnak takutkan aku, dia pun diamkan juga. Bagusssss, dua2 ego elok sgt la tu! Ker dia takut aku label dia penakut? Tapi sangkut kat tekak je, tak keluar pun...hahaha. Yelah, aku taraf pokok bonzai jer kang kena lem**** rebah tak bangun2. Opps, sila abaikan. Kita tak amalkan ajaran hitler in our relationship. Okay pastu, husband ckp 'just pray'. Aku iyakan je tp aku perasan mulai saat tu aku tak boleh berenggang pulak dgn dia. Dia nak ke toilet pun kalau boleh aku nak ikut juga. Kalau dia kata nak tidur, aku pun mcm lipas kudung main campak je buku2 then terus ikut masuk bilik. Kalau aku nak susun elok2 aku pastikan dulu dia ada kat situ tolong perhatikan aku. Penakut tahap gaban!
Ahad lepas kira2 jam 12t/mlm, aku terjaga. Mata aku terus segar bila aku dengar macam2 bunyi di atas tu. Aku kejtkan husband, look at each other. Dia kata nak call guard, aku pun bangun ikut ke hall. Security tu datang, dorang pun dengar bunyi tu. Husband mmg kenal pemilik rumah unit atas tu. Lelaki and staying alone. Bujang! Guard walkie talkie kwnnya suruh check car park unit tu. Kosong means tiada org d sana. Kita memang da agak sebab weekend dia akan balik rumah parents dia kat Shah Alam. Terus pak guard tu buka cerita. Macam2 la cerita dia share yg kita tak tau pun di area kami tu. Dia ckp selagi benda tu tak sentuh kita tak pa. Banyakkan berdoa sahaja. Kitaorg angguk2 saja la, setuju dgn pak guard tu!
Moral of d story is kalau selama ini tak pernah berhadapan dgn perkara2 mcm ni, tak payah la berlagak. Kalau tak percaya pun diam kan saja. Kalau yang pernah berhadapan dengan situasi macam ni, banyakkan berdoa. Anggap saja sebagai dugaan hidup. Tuhan tak akan menduga umatNya melebihi kemampuan kita utk menghadapi dugaan itu. 
*selamat berbuka puasa...aku da sungkai awal td, bye!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.