Wednesday 17 July 2013

Status fb yang panas...

Pernah tak korang berdepan dengan situasi di mana korang dikelilingi oleh orang2 yg educated, mempunyai kerjaya yg hebat dan kalau bercakap semua org akan terpegun? Kira hebat la macam tu. Dan korang merasakan diri korang begitu kerdil sekali berbanding org2 tersebut?  Korang langsung tak nampak apa kelebihan diri korang berbanding org2 tersebut. Aku pernah mengalaminya dan secara jujurnya perasaan masa tu memang suck! Aku rasa nak lari 100m je. Lepas tu bila nak bercakap sikit macam tak dilayan pula. Yelaa, pa class budak spm nak lawan degree or master holder kan? Nak je aku 'hoiiii, kamu ingat result spm aku cincai sangat ka? Kmu ingat hebat sangat la ada degree/master? Oo please la.." tapi tak mampu keluar, sangkut kat tekak je! Dasar pengecut, dah la spm je *baikla, redha ja la. 
Aku cukup alergik dengan orang2 berpangkat besar & berperangai sebiji macam ni. Tapi mungkin boleh terima la kot sebab dorang dah membuktikan yg dorang memang lebih bijak berbanding kita yg berkelulusan cikai2 ni. Sebab tu dapat belajar tinggi2, ye tak? Tapi macam mana pula dengan orang yang berdiri sama tinggi & duduk sama rendah dengan kita tapi bukan kemain lagi perangainya, kalah2 CEO! Pantang ditegur pulak tu. Aku pernah jumpa orang macam ni, nak lem**** tapi anak orang pula. Kang kena saman, hancur la masa depan! Dulu aku pernah buat status fb pasal org berpelajaran tinggi tapi attitude hampeh, alaaa..status general je pun. Takde nya aku tujukan pada orang2 tertentu. Sapa terasa sila la komen dengan cara berhemah, ye tak? Tunjukkan yg korang tu educated dalam soal berbalas2 comment. Kdg2 dari comment tu la org boleh nampak yg awak ni orangnya macam mana. Ramai pulak yg comment status yg aku buat tu tp aku suka sebab cara semua kategori matang. Takde meroyan! Tetiba ada makhluk entah dari mana tiba2 muncul dengan ayat2 yang amat negatif! Dilabelnya aku perepuan mu*****, su**** and macam2 lg la *very negative words*. Tapi yg paling power lg dia libatkan agama, family aku. Dia kata nampak gambar2 aku dlm fb pun org boleh tau aku ni taraf macam perempuan S. Hebat org ni, psiko kot! Aku and d gangs terpinga2..sapa pulak org ni? Jangan kan kwn, kenal pun tak! Setahu aku, gambar aku suma okay. Takde pun berkemban2 or yg sewaktu dengannya. Aku pun start siasat. Tak sampai sehari aku da caught him, rupanya dia kwn a.k.a bf kepada ex-kwn fb aku (aku kata ex sebab aku da fire dia habis2an). Yelah dulu2 mana la ambil port pasal setting privacy bagai ni. Aku dapat tau je, terus aku berdepan dgn ex-kwn ni! Aku memang fire dia habis2an sampai dia kata nak balik (kebetulan mo dkt jam 5pm) pun aku tak bagi! Aku siap cakap 'ko dengar dulu...bla bla bla...' Aku selagi tak puas, sabar ja la telinga tu mendengar! Kawan rapat aku siap berjaga di pintu takut aku apa2 kan orang tu kot. Hahaha, tp semarah2 pun aku tak akan sampai pukul org. Paling2 pun tamparan wanita ja la kot! Tapi aku belum pernah buat lagi. Hehehe. Akhirnya aku release kan dia dengan amaran! Aku memang tak takut bagi amaran bagai time tu sebab aku keja di ipd & geng aku kebanyakkannya polis dari serendah2 pangkat ke pangkat yg tinggi. Ko jangan!
Malam tu, semua nasty comment tu 'tuannya' da removed! Haaaaa, tau takut! Amaran lapor polis tu memang aku tak main2. Semua comment tu aku da saved awal2. Cuma aku tak nak mengeruhkan keadaan je. Hehe.
Moral: Jangan cuba2 buat status kalau tak mampu menerima akibatnya. Kes aku ni bukan mampu ke tak mampu sebab aku tak melenting pun time reply comment tu. Cukup steady tapi cuma menunggu masa jer nak meletup dgn sumbernya! Sumbernya terasa dgn status aku tu then mengadu dgn bf. Bf ni pulak tak siasat2 terus menyerang, kan da kena dgn aku? Tp yg herannya masa aku buat status tu, sumber tu takde degree/diploma pun. Aku sampai sekarang tak tau kenapa dia terasa. Lagi satu, kalau tak bersetuju dgn pendapat org lain sila berdebat dgn cara matang/professional. Jangan main terjah jer, kang kena terjah balik habis! Kalau tak mampu berdebat dgn cara matang, tak payah masuk campur. Diam2 sudah. Bukannya loss pun kalau tak bagi own opinion. Betul tak? Tak puas hati, korang tulis la dalam buku diary korang. Tulis la apa saja yg korang rasa. Yg penting jangan bagi orang lain tau. Memandai je aku ni. Tapi serius aku jenis selagi aku boleh bagi pendapat yg aku kira bernas & disampaikan dgn cara berhemah, aku boleh jer masuk mana2 status yg panasss. Aiman tak kisah pun! Hahaha..
*Good day everyone...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.