Friday 5 July 2013

Apabila perempuan memandu...

Aku kalau drive memang tak pernah diam, asyik membebel. Ada ja benda2 tak beres kalau da di jalan raya.  Aku drive sorang ke berdua dengan husband ke, aku memang tak boleh lari dari membebel. Da try banyak kali tutup mulut tapi tak jalan juga. Tetap ada bebelan walaupun kurang sikit.. Hihi. Orang kata lady driver memang macam tu. Bukan setakat tu ja, banyak lagi benda2 yang tak beres kalau perempuan memandu. Macam tak fair je sebab selama aku drive nie banyak je benda2 tak elok lelaki driver pun buat. Naaa, kita tengok hal2 yang selalu dilakukan oleh kaum hawa ketika memandu. Kita yg perempuan ni, korang rasa tergolong dalam mana satu? Aku ni cuma kuat membebel tapi takde la buat benda2 yang dinyatakan tu. Tapi paling tak suka bila aku bersemangat nak kejar masa tetiba aku sangkut di lorong kanan tu. Kadang2 bukan kereta yang 'melenggang kangkung' kat situ tapi motosikal. Da la semput, pastu kedudukan kaki pun tak reti nak tertib. Kangkang besar2 terus saiz macam sebiji kancil. Nak overtake pun was2, kang terlanggar pulak lutut tu.. Dan yang pastinya itu lelaki, bukannya perempuan okay?! 
Kedua pasal cucuk bontot kereta orang ni. Aku da la drive 80-90 km/pj pastu di lorong perlahan, aku ingat takde la kereta yg mencucuk bontot kereta aku. Ni ada pernah satu kejadian, kereta kancil tu asyik2 cucuk bontot kereta aku. Bila aku tambah kelajuan ke 100 km/pj, dia masih dok cucuk2 bontot kereta aku. Aku tengok lorong kanan sunyi jer, boleh je dia overtake kat situ. Aku memang menyirap tahap dewa! Aku tukar laluan ke lorong kanan, pecut laju2 dia pun setia pula nak ikut! Hadooo...Nak je aku brek mengejut nak tengok apa dia akan buat! Nasib baik la otak ku cepat berfikir. Aku tak nak timbul masalah, kot2 dia penjenayah ke..padahal takut kereta aku ada apa2. Maklum la kereta baru engkau! Hahaha.. Last2 aku tukar lorong perlahan, buka tingkap dengan muka garang aku suruh dia jalan terus! Lelaki tu sengih je terus pecut laju2. Aku membebel sepanjang jalan, bengkak hati aku, geram! Dah la aku drive sorang2..
Ketiga..hamboiii, banyak gila benda tak beres ni. Hahaha. Sebenarnya bila stuck jem kat tol. Aku tak kisah la sebenarnya, aku boleh tunggu je turn aku. Tapi bila da kereta2 yg silap lorong memang bikin aku menyirap! Bayangkan la, dari lorong smart tag melintang cross the road nak ke lorong tunai. Aku yg Q di lorong touch & go pun terstuck disebabkan kereta2 buta ni. Terjumpa pula kereta di depan aku terlalu 'baik hati' sangat bagi chance kereta2 nie lalu kat depan dia. Kalau setakat 2,3 kereta boleh kita terima. Nie suma nak dibagi muka. Nasib la husband ada hari itu. Dia hon la orang tu, dia buat derk je. Aiiii, dia x paham ke orang belakang nie pun nak balik rumah juga? Da berderet kereta di belakang tak gerak2. Hon pun da berbalas2. Aku tengok muka husband memang tunggu masa ja nak meletop. Aku da peluk bantal kecil erat2. Tiba2 husband keluar jumpa orang tu (aku memang da agak daa..). Dia masuk kereta balik, aku cuba tanya tapi tak dijawab. Oppps lupa, dia memang takan menjawab kalau darah tengah mendidih. Ok fine, aku senyap. Hahaha. Aku perasan kereta di depan da start nak gerak2, kereta yg lain dok melintang tu putih mata! Sila tunggu giliran anda, korang la bikin jalan jammed, padan muka! Tapi aku membebel dalam hati je. .hehehe.
Kesimpulannya tak kira la perempuan ke lelaki yang drive semua pun ada kelebihan dan kelemahannya yang tersendiri. Yang penting semua kena berhati2 semasa memandu supaya perkara yang tak diingini boleh dielakkan. 
*apa jenis kereta paling best nak drive?...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.