Tuesday 23 July 2013

Nak komen agak2 la... mind your words!

Kecoh 1 Malaysia bila isu mengenai kanak2 sekolah rendah diarah menikmati makanan di bilik persalinan yang berdekatan dengan tandas tersebar luas di laman sosial. Zaman sekarang orang tak tunggu wartawan or berita2 yang dipaparkan di tv, sumber lain yang lebih pantas mudah dicapai ada di mana2. Contoh terdekat facebook, hampir semua orang ada akaun peribadi. Even budak2 yang baru darjah 2 pun ada akaun facebook. That's y our young generation tersangatla expose and sometimes more advance daripada their own parents ba kan..
Tapi bukan pasal isu ini yang buat aku tertarik nak tulis entry pasal ni. Sebabnya aku pun tak sure keadaan yg sebenarnya macam mana. Kalau ikut laman sosial sometimes lari dari realiti. Banyak yg ditokok tambah. Tak dinafikan ada ja pihak yang mengambil kesempatan untuk mengaitkan benda ni dengan permainan politik. Bagi aku tak usah la! Biar la pihak management sekolah bagi penjelasan ke atas perkara yang berlaku. Kalau alasan boleh diterima, tak perlu la isu ni dipanjangkan tapi kalau sebaliknya pihak berwajib buat la apa2 tindakan yang patut. Kan? Ok yang ni kita tolak tepi. Biarla pihak berwajib lakukan tugas mereka. Anyway apa yang aku nak sangat tulis kat sini ialah sikap sesetengah 'pengomen' yang ikut sedap dia jer nak tulis dalam ruangan comment tu. Kalau iye pun setuju ke tak setuju, komen la secara matang dan berhemah! Tak payah la mengeruhkan lagi keadaan yang memang da sedia keruh. Tak payah la aku mention kat sini mana aku baca komen ni tp komen yang aku baca tu berbunyi ala2 macam ni 'bagus, ajar sikit dorang ni hormat bulan posa, da jenis bangsa laknat nak kita hormat bangsa dorang tapi bangsa kita dorang tak pernah nak hormat. phuiiiii..." Hoiiii, agak2 la kalau nak komen pun! Agak2 apa korang rasa kalau terbaca komen tahap bangang a.ka terlampau macam ni? Aku akui aku memang sentap bila baca komen begini. Kalau ye pun nak ajar orang menghormati puasa, tak payah la laknat2 bangsa lain! Jangan tunjukkan sangat kebodohan diri tu, sendiri malu! Maybe pengomen tu rasa tiada orang akan kenal dia sebab tu dia berani komen macam tu. Tapi bagi aku siapa2 saja yang bagi komen tu semalam, anda memang tak bertamadun dan kasihan sungguh cara anda berfikir! Janganla disebabkan engkau sorang, bangsamu akan mendapat malu. Tapi aku rasa bukan aku seorang sahaja yang tak berkenaan dengan komen tersebut malah ramai lagi even yang sebangsa dengannya. Ramai je yang tak setuju. So, kalau nak menyuarakan pendapat sila buat secara berhemah. Tak payah la sibuk menyentuh hal2 sensitif. 
*Teringat pesanan seseorang : Menghargai agama orang lain bererti menghargai agama kita sendiri, menghina agama orang lain bererti menghina agama kita sendiri. Demikian juga dengan bangsa. Hargailah bangsa orang lain biarpun bangsa itu dalam golongan minoriti. Minoriti tak bererti boleh ditindas or dihina sesuka hati. Saling menghormati adalah teras kepada perpaduan pelbagai bangsa. Bagi aku, Tuhan peduli bukan kerana agama kita tetapi pada apa yang kita lakukan kepada sesama insan setiap hari.
Peace!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.