Monday 22 July 2013

Tips Elakkan Perasaan Gemuruh Semasa Temuduga

Ada tak yang sedang berkira2 nak menghadiri temuduga or akan menghadiri temuduga? Mehh, akak kongsi tips yang harus dipraktikkan semasa temuduga. Kot2 berjaya, sapa tau? Hehe..Jum!
-Tips Elakkan Perasaan Gemuruh Semasa Temuduga-
Intro la dulu. Bla, bla....perasaan gemuruh adalah sesuatu perkara lumrah ketika menghadiri temuduga. Berikut adalah 4 tips untuk mengelakkan perasaan gemuruh ketika menunggu giliran dan berhadapan dengan penemuduga.
Tips 1: Ketika menunggu giliran, jangan terlalu mengandaikan soalan penemuduga.
Calon temuduga mudah menjadi gemuruh sekiranya terlalu memikirkan berkenaan soalan yang akan ditanyakan penemuduga. Oleh itu, jangan fikirkannya! Tenangkan fikiran dan elakkan diri dari mengandaikan perkara yang negatif.
Tips 2: Anggap temuduga sebagai sebuah proses perbualan.
Calon yang dipanggil temuduga biasanya telah mencapai kelayakan yang dikehendaki oleh organisasi, dan temuduga digunakan sebagai medium untuk organisasi mengenalpasti calon dengan lebih dekat selain dari maklumat yang diperoleh dari dokumen permohonan kerja sahaja. Jadi anggaplah temuduga sebagai sebuah proses perbualan yang memerlukan jawapan ringkas dan padat. Penemuduga juga merupakan manusia biasa yang mahukan perbualan yang segar dan semulajadi, jadi anda hanya perlu buat bersahaja dan tidak perlu terlalu gemuruh!
Tips 3: Berfikiran optimistik
Befikiran optimistik boleh mengurangkan rasa gemuruh. Tanya pada diri anda sendiri, adakah anda pernah melalui situasi yang lebih sukar dari sekarang? sudah tentunya ya, bukan? Jadi cuba jadi lebih optimistik, dan berlatihlah untuk jadi lebih bersahaja.
Elak dari bercakap terlalu banyak semasa sesi soal-jawab. Kadangkala semasa sesi temuduga, calon-calon akan lebih mudah teruja dengan soalan-soalan yang diajukan oleh penemuduga kepada calon. Ini boleh dilihat dari kecenderungan calon-calon untuk lebih vokal, dan bercakap tanpa henti. Perkara ini harus dielakkan oleh calon temuduga kerana :
i) Walaupun ia dapat mengurangkan rasa gemuruh, tetapi ia menunjukkan bahawa calon kurang matang.
ii) Boleh menyebabkan penemuduga mudah berasa bosan.
iii) Terdapat kebarangkalian calon mungkin tersalah tafsir soalan penemuduga dan sekiranya calon meneruskan percakapan tanpa henti, ia mungkin menyebabkan penemuduga bertanggapan negatif kepada calon.
iv) Ia memberikan imej gopoh kepada calon.
v) Jawapan yang diberikan mudah tersasar dari kehendak penemuduga. Perlu diberi perhatian bahawa penemuduga lebih senang dengan calon yang memberikan jawapan yang ringkas dan padat kerana kebanyakkan penemuduga mengejar masa untuk menemuduga calon seterusnya. Sekiranya ingin memberikan impresi yang baik, maka bercakaplah dengan nada yang tegas dan bersemangat. Elakkan bercakap ataupun membebel terlalu banyak kerana ini adalah salah satu perkara yang menjelikkan penemuduga.
Perkara yang menjelikkan penemuduga
Berikut adalah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga untuk mengelakkan penemuduga berasa bosan dan jelik kepada anda :
i) Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan. Penemuduga tanya pasal A, jangan la pula tetiba korang mengexplain pasal B bagai nak rak! Keluar tajuk dik..hati2!
ii) Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga. Sila berlaku adil dik, kesian akak yg hujung tu adik tak tgk, padahal dia la ketua penemuduga. Habis la..
iii) Mengelak dari menjawab soalan penemuduga. Tak tau cakap je tak pasti..jgn mengelak! Nampak arrogant pulak kalau mcm tu..
iv) Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan anda. Amboiii..ni nak keja ke tak ni?
v) Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal. Kalau bgini sila buka bisnes sendiri, babai!
vi) Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda. Haha..terdesak ker dik?
Perlu diingat ye adik2, perkara-perkara ini bukan sahaja membosankan penemuduga, malah akan membuatkan penemuduga merasa jelik dengan anda dan seterusnya mengambil keputusan untuk mengenepikan permohonan anda untuk mendapat jawatan tersebut. Kalau aku jadi penemuduga, awal2 aku da reject calon macam ni! Tercabar woiii..
Haaa, yang ini pun kena ambil tau juga. Yelah anggap objektif penemuduga ni sebagai pengetahuan supaya tahap gemuruh tu tak tinggi sangat. At least boleh prepare mana2 part yang rasa diri mampu. Kalau tak mampu, usah paksa diri dik! Kang bertambah kronik tahap gemuruh korang tu..kang nak menjawab nanti bahasa merangkak2.  
Haaa, ni dia! Adik2 pasti mempunyai objektif anda yang tersendiri apabila memohon sesuatu pekerjaan, dan apabila anda dipanggil untuk ditemuduga, anda juga mungkin mempunyai matlamat yang anda ingin capai sekiranya berjaya melepasi temuduga tersebut. Ya anda sudah tentunya tahu akan objektif anda sendiri. Tapi tahukah anda akan objektif penemuduga anda? Untuk berjaya dalam temuduga, anda perlulah mengetahui objektif penemuduga anda.
Berikut adalah diantara objektif-objektif penemuduga. Lazimnya, penemuduga akan mencari calon dengan ciri-ciri berikut (normally) :
i) Kebolehan berkomunikasi yang baik. Lagi bagus kalau mampu bertutur lebih drpd 1 bahasa. Kalau tak mampu cakap mandarin, it's ok dik yang penting inggeris tu. 
ii) Mempunyai kelayakan yang relevan. Means jangan mohon jawatan yang tinggi nun kalau kelayakan kita taraf spm je. Kita ambik la yg setaraf dulu. Kalau performance ok, pasti ada rezeki utk promotion kan, kan? 
iii) Bersemangat. Good tapi jangan la sampai berjalan pun macam atlet bina badan ye. 24 jam asyik jalan mendada. Mmmm, tak sesuai!
iv) Berinisiatif. Yeaa, kalau nak jawab soalan berkisarkan penyelesaian masalah orang jenis yg berinisiatif ni senang je dapat idea. Jangan kelentong sudah!
v) Mempunyai rekod pekerjaan/pelajaran yang baik. Sebab tu adik2, belajar rajin2! Kalau dapat pointer 4.0 aku memang salute! Berebut orang nak ambil bekerja..
vi) Berwatakan menarik. Tapi jangan sampai kelihatan seperti nak ke pertunjukan fesyen. Colorful macam boria! Hmmm...
Haaa, lepas ni boleh la praktikkan benda2 ni kalau nak menghadiri temuduga penting. Aku pun nak juga. Tunggu dulu la tawaran dari mana2 pihak yg berminat. Ewaaa..
Panjang sgt la pula entry ni. Aku nak balik sungkai..babai!
*thanks pak cik google yg bagi tips ni..yang lain aku tambah sebagai perasa tambahan ja! haha

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.