Friday 29 November 2013

Mahsuri's Tomb

Tumpang lalu..
Hampir terlupa aku sebenarnya ada blog, blog yang terbiar! Sedih tahap penyu tak bertelur 8 tahun ok! Makanya mari kita start menulis sebelum melangkah ke bulan December. Waaa, tak sangka end of the year suda rupanya. Begitu cepatnya masa berlalu, umur pun makin meningkat! Syukur, masih diberi peluang untuk menikmati hidup ini dan menulis sesuatu untuk akhir bulan November ni...
Kali ini aku nak bawa korang layan picture Mahsuri's Tomb yang sempat aku snap ari tu. Gambar2 nie hampir bangas dalam file. So, mari kita display suma. Cantik tak cantik belakang cerita. Kot2 korang yg belum pernah pergi ke sana terdetik hati nak pergi. Hahaha, siap promosi bagai!

 Ni la picture yang dikatakan sebagai Mahsuri. Kalau benar, sememangnya Mahsuri orangya cantik!
 Patutlah 'bini' pemerintah masa tu sangat cemburu dengan Mahsuri. Rupanya dia tak mampu menandingi kecantikan yang dimiliki oleh Mahsuri. Dulu2 pun hebat jugak PHD nya yaaa....Hahaha, choooiii!

 Mahsuri's Tomb. 
 Cantik rumah ni, 100% binaan kayu. Masuk2 jer terasa nyaman sekali. Sejuk! Yang tak bestnya perasaan was2 nak naik sebab takut roboh. Konon terasa diri tu berat bertan-tan. Hahaha, perasan sungguh aku ni! Padahal yang lain aku tengok relax jer. Siap baring2 lg! Lebih2 husband aku yang saiz 'boleh2' pun relax jer jalan2 dalam rumah tuu.. 
 Signboard Mahsuri's House. Aku pun nak buat macam ni la. Rumah org dusun terakhir tp rumah moden. Hahaha.

Orang kata 'boleh minum supaya apa yg diminta boleh dpt'.. Tapi aku tak sanggup! Setakat cuci2 muka & tangan tu boleh la kot. Nak minum? Maaf aku belum sampai ke tahap itu. 
*Subject sejarah memang interesting untuk dipelajari. Tetapi sejarah di negara ni banyak perkara yang lari @ menyimpang dari fakta asal. Banyak sangat yang diubah mengikut kemahuan @ kepentingan individu @ bangsa tertentu. Mudah2an satu hari nanti semakin ramai yang celik sejarah tentang sejarah negara ini.  
Jummmm....balik! (in Xmas mood >.<)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.