Thursday 10 October 2013

Kejadian lucu di gym

On the way balik semalam, aku bagi tau kat husband aku nak workout habis2 petang tu pasal aku makan nasi beriani banyak sangat. Licin 1 pinggan besar! Husband aku senyum jer. Dia memang tau la aku memang akan kotakan janji nak workout tu. Aku sungguh bersemangat, tak sabar nak sampai rumah!
Sampai2 rumah jer, aku terus get ready nak pergi gym. Aku memang nak sangat keluarkan apa yang aku da makan hari tu. Aku jadi resah kalau aku tak pergi gym sampai nasi beriani sepinggan besar tu terbayang2 depan mata. Fortunately i keep my word! Aku berjogging atas treadmill sampai lecun habis baju aku dengan peluh! Siap jogging aku continue pulak dengan cycling. Memang kaw2 la exercise yang aku buat hari tu.. Kalah2 atlit! Hahaha T__T
Tapi ada 1 insiden yang berlaku di gym yang membuatkan aku benar2 tak boleh stop nak ketawa. Semasa aku tengah berjogging atas treadmill aku nampak 2 ladies melintas di depan (dinding cermin gym depan treadmill). Lagak gaya macam nak g shopping. Pakai kasut (flat shoe khas untuk ladies) dengan pakaian yang seksi meksi (pants pendek). Belum termasuk rambut panjang curl mengurai. Memang cantik la penampilan. Beza sekali dengan aku yang bermandi peluh! Hahaha. Tup, tup terpacul muka drg dalam gym. Nak pergi exercise rupanya. Kebetulan treadmill di sebelah kosong. 1st lady mula la start jogging without warming up. Nak tegur tapi suara aku tak leh keluar. Bercakap sambil berjogging kang semput pulak! Tapi memang aku tak nak bersuara kang termengah2, look funny nanti! Yang lucunya 1st lady nie cara dia berjogging macam melompat2 katak. Hoiii, u're not allow to jump on d treadmill, u will spoil d machine! Cara salah tu.. Tapi aku tak larat kau nak bersuara, penat! Lepas jer aku turun dari treadmill tu, yang sorang pulak naik. Dia ni lagi hebat. Terus set kelajuan ala2 nak lari pecut. Terus terkakai2 kaki & tangan sambil menjerit2. Sepatah pun aku tak faham. Masa tu dalam gym ada 4 org lelaki termasuk husband sekali, sorang pun tak berganjak. Tolong tengok jer la! Aku tengok semua menahan ketawa. Nasib baik la jari dia last2 dapat reached d stop button. Kalau tak sempat, kompom jatuh tersembam. Kasihan memang kasihan tp kejadian tu dgn cara dressing dorang benar2 membuatkan aku tak boleh stop ketawa. Aku mmg la tak ketawa depan dorang tapi dalam pool aku langsung tak boleh berhenti ketawa. Ketawa makin dasyat bila husband lakon balik keadaan masa tu. Jahat tak jahat aku! Sampai sekarang aku masih ketawa kalau ingat balik kejadian tu. Lagi2 kalau datang gila nak lakonkan balik kejadian tu kat rumah. Hahaha. Sebelum keluar pool hari tu security kat situ report kat husband gym yang digunakan oleh 1st lady tu tetiba rosak. Kaaannnn.... Dorang ni da la berdressing macam nak g shopping pastu rosakkan facility kat gym lg. Geram aku!

Ni dia gym kat tempat aku.. FOC sebab memang facility ni khas utk residents. Anytime boleh pergi & memang sangat membantu. At least boleh aku bersenam daripada terperuk 'menggemukkan' diri di rumah. Aku gemuk ke? Hihihi.
*Bersenam penting untuk kesihatan. I like!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.