Wednesday 9 October 2013

Thanks Ex-Boss sebab belanja lunch :)

Semalam ex-boss aku nak belanja lunch. Katanya da lama berniat nak belanja aku makan tapi selalu tak dapat2. Busy memanjang jer. Lebih2 boss baru aku sekarang banyak sangat komitmennya. Bukan setakat jaga kitaorang jer. Nama pun memangku kan. Sebab tu unit yang ditinggalkan oleh ex-boss aku ni terpaksa belajar berdikari. Da tak boleh 'sikit2 refer boss'. Selagi boleh buat, buatlah. Cuma sebelum nak hantar or make a final decision barulah refer kat boss baru. Sebab tu busy macam ala-ala PM. Huh?? Actually boss aku ni da pindah, maklumlah dah naik pangkat. So mungkin dia ingat laitu pertolongan a.k.a  budi yang kitaorang tabur untuk dia semasa di tempat kerja lama. Sekarang dia nak membalas. Cun laitu boss! Aku sukaaa..Hehe. Dia siap jemput kitaorang kat office. Kitaorang berempat je pun! Sampai kat Seksyen 15, Bangi dia siap bukakan pintu belakang untuk kitaorg. Wow, terbaik! Rupanya kedua2 pintu seat belakang tak boleh buka dari dalam. Poyo jer nak start perasan. Hahahaha. T__T
 Ini aku punya. Nasi beriani dengan lauk ayam masak merah. Aku kata banyaknya? Tapi makan punya makan licin jugak. Habisss..kata nak diet!
 Yang nie kwn sekerja punya. Lauk daging kambing. Aku tak berapa suka dengan daging kambing so pilih lauk daging ayam jugak. Ayam melulu je aku ni! Lama2 nanti muka pun macam ayam T_T 
Nie ex-boss aku punya. Aku baru nak snap dia da start makan. Tak sabar sungguh! Tengok semangat dia nak bercerita sambil makan. Siap dengan body languagenya sekali. Hahaha.
Anyway boss, thanks banyak2 sebab sudi belanja kitaorang makan. Aku tak tau berapa banyak dia spent untuk kitaorang. Aku tak ambil tau pun. Yang aku ingat aku nak makan jer. Hahaha. Sampai office terus jadi ular. Terlalu kenyang sampai nak buat kerja pun tersenguk2. Mengantuk!
*Aku nie jarang makan nasi beriani. Aku kan jenis cerewet. Susah sikit nak makan makanan yang berkuah. Tapi betullah orang kata, kalau orang belanja apa2 makanan pun jadi sedap. Huahahaha.. 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.