Thursday 3 October 2013

Cuaca panas (Global warming)

Was thinking, what will happen to our world (earth) in d next 5 or 10 years? Our weather are changes rapidly! My husband said that i became paranoid, is it? Kebimbangan aku sebenarnya berasas. Aku tak menyalahkan tsunami, earthquake, hurricane, tornado... ini bencana alam yang mana telah wujud sekian lama dan tidak melibatkan manusia! Cuba kita pandang sudut lain yang mungkin membabitkan penglibatan kita. Ee, kita terlibat ke?  
Pengalaman aku. Adakah korang perasan sekarang cuaca terasa amat panas? Biasanya pagi selepas mandi aku akan mengigil kesejukan. Lebih2 lagi aircond tak sampai 15 minit diswitch off. Tapi sejak akhir2 ni selepas je mandi aku akan switch on kipas takat 3 biarpun masih terasa aircond. Aku sebenarnya tak tahan sebab keluar je dari bilik air, aku akan sweating. Very warm! Aku ingatkan aku sorang je yang perasan rupanya husband aku pun cakap benda yang sama. Aku cakap kat husband ni mesti pasal Global Warming! (haaaa...ni adalah masalah major dunia sekarang) Tapi apakah sebenarnya Global Warming @ Pemanasan Global ni? Ai pun tak reti sebenarnya pasal benda2 macam ni. Bercakap lebih kang susah pula kalau tersalah fakta. Tapi bagi ai, pemanasan global adalah berkaitrapat dengan peningkatan suhu dunia. Suhu bumi meningkat secara mendadak dan kadarnya berbeza mengikut benua or area tertentu. Betul la tuu. Suhu kat Asia beza dengan suhu kat Eropah. 
Bagi korang apa penyebab pemanasan global ni? Adakah kerana kita membakar sampah kat depan rumah or membazir tenaga elektrik? Betul juga tuu. Menyumbang juga kepada masalah ini. Tapi kita bercakap tentang dunia. Umum sedia maklum, kalau orang sesebuah negara or benua  buat macam2 yang mengancam kehidupan, semua warga hidupan bumi ini akan terancam. Ko terancam aku pun terancam! 

Meh, aku share maklumat yang entah dari mana aku cedok. Aku da lupa da! Haha.. sebenarnya entry ni da lama jadi draf dalam post aku tu. Tak jadi publish2..aku kan pelupa! So mari kita baca ramai2, kot2 sinar keinsafan datang. 1,2,3......
KEHILANGAN ais di Artik menyebabkan kesan pemanasan global meningkat dua kali lebih pantas. Ais putih sepatutnya bertindak seperti payung yang memantulkan semula cahaya dan haba matahari berbanding permukaan air yang menyerap dan seterusnya memanaskan bumi. Malangnya, kini peratusan ais yang tinggal telah menurun kepada angka paling rendah dalam sejarah.
Menurut Saintis ais, Profesor Peter Wadhams dalam temu bual dengan program Newsnight terbitan Perbadanan Penyiaran British (BBC), pengiraan yang dibuat menunjukkan permukaan air terbuka di laut lepas menyerap cahaya matahari dalam kadar yang 'bersamaan dengan kira-kira 20 tahun pertambahan karbon dioksida oleh manusia'. Pakar dari Universiti Cambridge itu juga mengatakan bahawa ais Artik kini semakin lenyap, seumpama spesies yang pupus.
Pada sekitar tahun 1980, jumlah ais Artik pada musim panas merangkumi dua peratus daripada permukaan bumi, namun sekarang ia tinggal separuh dan isipadu ais telah menjunam kepada satu per empat daripada asal.
Beliau juga menambah bahawa isipadu ais pada musim panas kini tinggal suku daripada keadaan 30 tahun dahulu dan ia merupakan permulaan kepada kemusnahan terakhir. Menurutnya, peranan sebagai 'payung besar' yang dimainkan kawasan kutub utara itu dipanggil kesan albedo. Ia memantulkan cahaya matahari ke atmosfera dalam.
Oleh kerana kekurangan permukaan salji dan ais putih yang sepatutnya bertindak demikian, bumi kini menerima kesan buruknya kerana sinaran yang patut dipantul keluar kini diserap permukaan air sekali gus menyumbang kepada kenaikan suhu bumi.
Suhu Panas
Sebahagian Lautan Artik kini mempunyai kepanasan seperti musim panas di Laut Utara walhal ia berada dalam zon sejuk.
Apa yang berlaku kemungkinan besar menimbulkan kesan 'menyakitkan' kepada United Kingdom, itulah kata2 Adam Scaife dari Pejabat Meteorologi Hadley Centre kepada Newsnight dengan menyifatkan ia turut berkait dengan musim panas yang sentiasa hujan. Beliau menyatakan bahawa beberapa kajian menunjukkan terdapat peningkatan risiko musim panas lembap dan bertekanan rendah di United Kingdom dengan keadaan ais yang semakin cair. Malah, musim sejuk juga semakin kurang sejuk dan kurang salji.
Pelbagai pendapat dikeluarkan mengenai nasib kawasan ais di Artik, namun Pejabat Meteorologi beranggapan ia tidak akan cair sepenuhnya pada musim panas sehinggalah tahun 2030.


Sekian. Lepas ni berbuat baik la pada bumi. Macam mana caranya, sayangilah alam sekitar! Kalau UK yang sebelum ni bercuaca sejuk pun akan terasa panas apatah lagi la Malaysia yang sememangnya bercuaca panas dan lembab sepanjang tahun. Aku tak boleh bayangkan kalau cuaca semakin panas. Dengar2 ada kejadian di China di mana semasa musim panas, suhu jalanrayanya yang panas mampu memasak telur dan merbahaya kepada orang ramai sekiranya jatuh ke atas jalan raya tanpa baju. Melecur katanya! 
So, mari kita tanam pokok ramai2. Kalau duduk rumah tinggi2 (flat ke, apartment ke, condo ke) tanamlah pokok dalam pasu. Pasu pun pasu la janji boleh tanam pokok. Tapi jangan pulak korang tanam pokok buluh yerr.. Aku tak boleh imagine ada serumpun buluh kat corridor apartment korang. Siap ada panda lagi! Hahaha. So, makanya tanam la pokok bunga. Simple but beautiful! Yang ada rumah atas tanah tu, pandai2lah tanam pokok buah-buahan ke. Kalau berbuah nanti aku serbu rumah korang..
*Pening kepala.. nak tunggu hujan turun pulak kali ni! Anyway thanks to google for d info. Babai ^-^

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.