Friday, 6 September 2013

31/8/2013 KUL-BKI

Last week 31/8/2013 aku berkesempatan balik hometown. Dah lama tak sabar nak balik kampung. Tempoh 2 1/2 months terasa sangat panjang. Tambang flight tak menjadi satu masalah bagi aku tapi bab cuti2 nie yang aku kena alert sikit. Kang berabis cuti, tetiba ada benda yang nak sangat guna cuti..habislah! Sebab tu aku catu cuti 20hari aku secara bijaksana! Hehehe.
Actually aku balik Sabah kali nie takde plan nak balik kampung. Sebabnya aku planning nak lepaking dengan teman2 baikku di KK. Yelah, sejak kahwin nie jarang sangat da aku jumpa teman2 baik aku nie. Aku bersosial pun dengan encik husband jer. Walaupun boleh bersosial dengan husband tapi aku berpendapat bhwa seseorang tu walaupun dah berkahwin dia masih perlukan teman2nya. Begitu jugak la dengan aku. Bila aku bagitau encik suami pasal benda nie, dia sungguh memahami dan izinkan aku pergi. Siap beli tiket flight bagai, that's y la aku sangat sayang dengan dia ni. Orang kata harus ada give and take. Huahaha. Di samping tu aku tak lupa jugak inform family kat kampung. Yelah, ramai jer saudara yg stay kat KK tu. Kang keluar cerita tak best pulak. Bagus aku terus terang, aku nak lepak di KK bajet orang bujang! Hahaha. Ohmaigad, my mum & sis are very sporting habis.. Thanks a lot lalink!
Sampai2 je kat KKIA1, aku terus ambil cab ke Hotel Tang Dynasty. Walaupun jarak dalam lebih kurang 15mins jer tapi charge yang dikenakan boleh tahan jugak. RM30 gitu! Tapi aku takde la merungut sebab yang penting aku selamat sampai. Pakcik supir tu pun nampak okey, sopan jer. Siap angkat beg aku lagi! Yelaaa, zaman sekarang susah nak trust orang. Hahaha, negative sungguh aku ni..macam tahap paranoid dah! Hahaha. 
Teman baikku Evelyn da sedia menunggu kat hotel. Tapi disebabkan dia pakai cermin mata, aku langsung tak kenal dia. Siap nak telefon lagi padahal dia ada kat depan mata jer. Bila kena tepuk, omg engkau rupanya! Hahaha. Keluar lunch together sambil menunggu teman sorang @ Usis lagi. Baru otw katanya!
Malam tu berjalan lagi mencari makanan. Aku nak Sabahan food tu jer! Maka ke hulu ke hilir la kami mencari port yang best. Nasib baik la anak buah Usis jadi land pilot. Kalau jalan kaki alamatnya hangkangla kaki kitaorg. Akhirnya kitaorang landing di SugarBun Cafe @ Gaya Street KK. Siap ada live band, kelas engkau makan sambil dihiburkan dengan lagu2 yang best2 :)
Usis, Evelyn and me. Sila abaikan cahaya atas kepala aku tu! Saja2 penyeri muka. Hahaha..
Menu aku malam tu. Ntah apa namanya tapi memang umpphhh walaupun simple! Harga RM12.90 gitu. Bolehla..
Selesai makan, tiba la masa nak mencari agenda lain. Betul la memang agak bersemangat bila perut dah kenyang. Mata pun segar jer...
*Jom kita mencari agenda baru....


Thursday, 5 September 2013

Isu kenaikan harga minyak..

Kecoh juga apabila harga minyak petrol naik diumumkan baru2 nie. Walaupun orang kata '20sen jer' tapi bagi aku jumlah itu amat besar sekali. Kalau isi minyak sekali seumur hidup aiman tak kisah! Tapi aku 4,5 kali isi minyak kereta setiap bulan. Full tank pulak tu! Kalau tak isi minyak kereta, macam mana nak pergi kerja? Jarak Putrajaya dgn Bandar Sunway bukannya dekat. Bukannya boleh jalan kaki. Kena tanya, napa tak duduk Putrajaya jer? Kalau ada rumah sendiri, baik duduk rumah sendiri. Kalau setakat duduk rumah yang end of the day bukannya jadi milik kita baik tak payah. Sekurang-kurangnya elaun rumah yang tak dipotong boleh cover perbelanjaan seharian. Ada juga orang suruh aku sewakan rumah di Bandar Sunway tu tapi nak cari penyewa yang betul2 boleh taking care rumah sewaan bukannya senang. Silap2 haribulan jadi tongkang pecah rumah tu nanti. So jalannya aku just kena bersabar sahaja buat masa sekarang. Ada rezeki aku keluar juga dari Putrajaya nie. Aku kena be positive jer buat masa nie. Hehehe.
Rasanya bukan aku sorang jer yang bengang dengan isu kenaikan harga minyak nie. Berlambak status di fb berkisarkan benda yang sama. Tapi aku refused upadate status fb dgn isu minyak nie. Dalam blog pun jadi la. Agaknya kenapa ramai sangat orang yang tak puas hati dengan isu kenaikan harga minyak ni? Secara individu, bagi aku sebab isu nie boleh mempengaruhi dua perkara yang menjadi kebimbangan dan keresahan bukan sahaja aku malah keseluruhan rakyat Malaysia iaitu kenaikan harga barangan keperluan asas dan kenaikan kadar inflasi. Kalau ada sapa2 yang cakap 'alaaa, 20sen jer? itu pun nak bising?', tolonglah jangan terlalu pentingkan diri sendiri. Anda mungkin berkemampuan malah naik RM2,3 pn masih mampu, tapi fikir la rakyat yang lain. Jauh di pelusuk sana ramai lagi yang tak mampu. Even yang stay bandar pun ramai yang tak berkemampuan. Statement paling bangang apabila kita nie disuruh berjimat cermat. Nak berjimat apa bendanya kalau gaji seciput tapi kos hidup melambung2? Lagi pula peniaga2 sekarang da start letak harga tinggi atas alasan kos pengangkutan/pengeluaran tinggi. Odoi gia..
Mungkin banyak alasan kukuh mereka untuk menaikkan harga minyak nie. Salah satunya harga minyak di pasaran dunia meningkat. Tapi i was wondering jugak, kita adalah antara negara pengeluar minyak utama tapi rakyat membeli minyak mengikut harga pasaran dunia di negara sendiri. Jangan la compare dengan harga minyak di Singapore sebab mereka adalah pengimport minyak dan bukannya pengeluar. Sudah tentu2 la harga minyak di Singapore mahal mengikut harga pasaran dunia. Tapi takan kita yang tinggal di negara pengeluar pun kena membayar harga yang sama? Fikir2 la..
Walaubagaimanapun sebagai rakyat Malaysia, marilah kita bersama-sama mengharungi saat-saat getir ini dengan bijaksana! Apapun cara anda dalam menangani situasi ni, diharapkan agar kita sentiasa diberi kesabaran & kekuatan daripadaNya!
*Teringin nak bawa basikal pergi kerja, lagi jimat! Tapi memikirkan perjalanan yang jauh, isu keselamatan diri, dan cuaca yang tak menentu maka ianya sekadar angan2. Tak menjadi, hahaha.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.