Monday 24 February 2014

Sekali lagi..London!

London Eye, destinasi pertama selepas keluar dari perut train di London Waterloo Station.. Hajat nak naik London Eye ni tapi tengok Q macam ular berbelit2, terus cancel...tak jadi!
Maka, bermula la pengembaraan kitaorang. Actually berlambak je tour macam bus hop on hop off kat London tu. Bayar lepas tu naik bus yang disediakan. Bus double decker, merah2 gitu! Kalau tak nak merah, warna lain pun ada. Pilih jer! Tapi sekali korang da bayar bus yang merah2 gitu makanya korang tak boleh la naik bus warna lain. Stick dengan bus merah tu jer la. Hahaha. Anyway coming back to here, bus2 nie akan berhenti di destinasi yang telah ditetapkan. Contohnya, Big Ben, London Bridge, London Eye, Monumen...and banyak lagi! Kalau rasa2 nak ambil gambar or nak berjalan sekitar tempat tu, silakan. Tapi bus tu akan jalan, takde istilah tunggu2. Tapi jangan risau, bus lain dr same company akan datang dalam masa 20mins. Jangan panik! So, korang ada masa 20mins nak jelajah tempat tu. Lantak laaa nak buat apa, bergambar sampai habis gaya ke, nak gi minum coffee pun boleh asalkan dalam masa 20 mins tu jer. Kalau ketinggalan bus lagi, kena tunggu la another 20 mins. Tapi aku nie rajin sikit nak berjalan! Cuaca sejuk so bila berjalan tu rasa sedap badan, panas sikit tapi tak berpeluh! Itu yang aku mampu berjalan berkilo2meter tu. Kalau kat sini, memang tak mampu la! Nak g kedai depan rumah pun bawak keta jugakkk...Hahaha.

Big Ben..Selalu nampak bangunan ni kat tv. Akhirnya jejak kaki jugak kat sini. 
 Siok2 tangkap gambar tetiba pulak ada burung lalu. Nasib baik la aku bawak camera cun, dapat la aku tangkap gambarnya sekali. Hahaha..
 Tower Bridge. Aku gambar dari jauh jer! Kalau dekat sangat, tak muat screen camera aku. Hehe


Aku dgn bis boss kat London Bridge. Husband aku nie muka mahal, tak nak bergambar. Sebab tu, balik2 muka aku jer penghias screen camera. Kali ni nasib baik aku dapat tangkap satuorang mat salleh nie sekali dgn laki aku, then minta tolong ambik gambar. Kalau tak, memang takdernya gambar nie. Husband aku kan jenis kalau  berjalan mesti sebatu depan aku. Tak reti tunggu bini yang excited bergambar. Last2 aku jugak yang semput mengejar! Nasib badan....
 Kan? Aku jer yang balik2 bergambar.. Nasib baik kali nie cantik dia gambar. Kalau tengok gambar lain, sedih! Macam2 gaya muka yang tak menjadi. Aku masih bercakap da di snapnya. Baru nak baguskan rambut dah ditekan cameranya. Maka terkeluar la gambar yang bikin kesian.. Hadoooo, sabar ja la! Nasib baik pakai camera digital, boleh main buang/padam mana2 gambar yang tak berkenaan. Kalau camera yg pakai film? Aku tak mampu nak menjawab >.<

Teettttttt..aku nak balik! Next entry kita jumpa lagi...  Babai!





0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.