Wednesday 26 February 2014

Hyde Park & Big Bus London

 Masa ni cuaca agak sejuk berbanding hari2 sebelum tu. So aku cakap kat husband aku nak berjalan jugak ari nie tapi kalau boleh tak nak pakai kaki. Terlopong jap husband aku! Dia tanya balik, kalau taknak jalan pakai kaki abis nak jalan pakai apa? Hadooo..lambat pick up betul laaa. Aku maksudkan aku tak mampu nak mengukur kota London nie pakai kaki..aku nak teksi! Haaaa..teksi! Dengar je perkataan teksi tu, di baginya aku pulak takzirah. Mahal laa, tak best la..Ok2, aku kan tak berapa biasa lagi dengan public transport ni. So bila dia suggest ambil hop on bus tu aku iye2 je. Yg penting kaki aku rest hari ni! Gambar bus kat atas tu bukan bus yang aku naik. Entah excited ka apa, aku lupa betul snap gambar bus yang aku naik tu. Hisssshhhh...Yang ni pun jadi laaaaaa... Banyak pilihan sebenarnya kalau nak buat sightseeing tour ni. Aku dengan husband sepakat ambil Big Bus Tours. Harga memang berbaloi dengan pengalaman yang kitaorang dapat! Tour ni tak perlukan guide sebab dalam bus itu sendiri semua tourist dibekalkan dengan earphone yang boleh disambungkan di setiap kerusi yang disediakan. So, sejarah berkaitan tempat2 yang kita akan pergi or tempat sepanjang perjalanan semuanya boleh didengari melalui earphone yang diberi tu. Aku memang like sangat2 la cara nie... >.<
 Aku cakap kat husband, aku jumpa King Arthur. Serius gila nak bagi tau. Husband tanya kat mana..aku dengan yakin tunjuk kuda ni dgn bossnya! Hahaha...Angkara Merlin!


Bangunan2 cantik yang aku sempat snap..tak mampu nak ambil gambar banyak2. Sejuk sgt2 kat deck atas hop on bus tu. Kejap2 aku turun deck bawah sebab tak tahan sejuk! Kat atas tu tak berbumbung & berdinding pun paras pinggang jer. Budak2 memang tak boleh la naik hop on bus tu. Angin kuat kang jadi batman melayang pulak! 


3 latest pic nie pulak kat Hyde Park. Aku memula taknak pergi, yelah aku tengok macam taman awam je. Jogging, jalan2, picnic, etc...merata2 aku tengok orang buat benda nie. So aku ingat macam kat Malaysia je. Alaaaa, common je.. Tapi husband cakap aku salah. Sini ada kegiatan ala2 public speaking. Bercakap2 la apa sahaja yang ko nak janji jangan sentuh Queen Elizabeth. Ko nak kritik kaw2 polis, army, menteri2 even PM pun tiada masalah yang penting hal Queen jangan sentuh. Sebab tu polis ada merata2 di situ. Bila dengar cerita husband, aku pun terus masuk park nie. Malangnya tergendala jap. C kawan sibuk bermaking friends dengan other tourist. Macam tour guide jer aku dengar explaination dia. Macam tunggul jer aku menunggu dia. Nasib baik aku nampak tupai.. Sempat lagi aku bagi makan tupai tu. Bising jugak tupai nie makan! Tetiba datang banyak pulak. Terus aku lari...tak mampu nak bagi makan semua. Patut la bising time makan rupanya panggil kawan dia semua! Da la aku bawa makanan sedap 'layer cake coconut flavour'. Hmmmm....
Bila masuk park tu, yaaaa...memang betul la apa yang husband aku cakap. Aku nampak banyak kumpulan2 kat situ. Rupanya tengah berspeech la tu..Tapi aku tak sempat nak dengar apa yang dorang perkatakan. Bukan rezeki... Read more about Hyde Park here. Interesting! Best gak baca sebelum pergi sana. 
Banyak sangat da aku tulis..tulis pasal kaki penat, sekarang tangan aku pula penat menaip. Hehe
*Jommmm, sambung kerja dulu! See yaa..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.