Saturday, 16 November 2013

Telaga Tujuh

Macam malas jer, macam busy jer... Orang lain sibuk nak berparody macam cantik jer, macam comel jer.. so, aku pun tak nak ketinggalan jugak. Tapi aku punya versi lain sikit. Versi kebusyan aku sampai terlupa yang aku ni sebenarnya ada blog. Hahaha. Anyway, aku taknak la berparody cantik comel ni sbb aku memang tak cantik pun. Comel jauh sekali! Hahaha.. sikap down to earth yang melampau la pula! Ngehhh..
Ok, kita tinggalkan cerita parody2 ni. Meh, aku bagi korang tengok picture yang aku snap di Telaga Tujuh Langkawi. 


 Perjalanan mendaki bukit yang sungguh memenatkan! Hampir pitam aku menapak tangga batu yang disediakan tu. Dalam hati aku mengomel tak henti2. Napa jauh sangat ni? Mau tak mau aku paksa diri jugak... semangat2! Lebih2 bila pelancong 'warga emas' dari Netherlands begitu cergas menaiki tangga. Tercabar aku! 
 Akhirnya aku sampai jugak! Aku la yang 1st sampai kemudian en. husband & followed by d Netherland's tourist. Yehaaa..lega!

 Kitaorg berempat sibuk mencari 7 telaga yang dikatakan. Yang kitaorg nampak cuma air sungai yang begitu bersih & menyegarkan! Kalau memang takde rezeki nak tgk Telaga 7 tu apa buli buat la. Nak suruh aku 'jungle trekking' tak mungkin. Aku umpama nyawa2 ikan jer dat time. Itu la kalau lack of exercise. Insaf aku! Hukhuk..
Iklan jap.....jgn jeles! Hahaha
Otw turun tu terjumpa la pakcik staff yang keja kat situ. Aku apalagi ambik kesempatan bertanya mana lokasi sebenarnya telaga 7 tu. Dia jawab 'kat sungai tu la. kan ada bulatan2 sebanyak 7? haaaa, tu la telaganya'. Terdiam aku... explain kat husband & geng dr Netherlands tu. Kalau awal2 tau blh jer aku snap pic banyak2. Ni...tapun jer la. Nak naik balik? Sorry...aku tak mampu! huhu
 
Haaaa, ni jer pic yang ada telaga yang dikatakan tu. Itupun separuh jer sebab bukan itu point utama aku snap pic ni. Huhuhu..sandi!
*Fikir 2 kali kalau nak pergi ke sana lagi. Kalau nak pergi jugak, aku mesti buat exercise kaw2 sikit 2,3 minggu sebelum pergi. Hahaha...

Sunday, 3 November 2013

Cable Car Langkawi

Aku ni gayat sikit tapi biasanya aku boleh kawal & enjoy with d moment kalau berada di aras tinggi. So, aku jarang menolak kalau buat aktiviti yang ekstrem or adventure sikit. Malah aku boleh jadi volunteer lagi. Hahaha. So bila tiba bab naik cable car di Langkawi yg rasanya lebih tinggi dari Genting Hinglands aku tetap excited nak naik. Ingatkan kami berdua je dalam 1 cable car tu. Rupanya yg masuk sampai 7 orang. Mak aii, ramainya! Mula2 terfikir jugak, dah la kami 7 org dalam cable tu boleh bertahan ke? Dah la saiz pun boleh tahan. Aku takut kang time tengah2 laluan ada masalah pulak.  Sayang nanti belum ada keturunan ni. Hahaha. 
Tapi bila da start gerak & nampak view yang super duper nice, amazing..terus aku lupa hal berat tak berat ni, tahan tak tahan nie. Aku enjoy tgk view macam ni. Release tension terus. Aku jadi alpa sekejap tapi masih sempat snap pic.. Hehe
 Kalau tengok macam gayat je, bergegar lutut. Tapi itu cuma perasaan aku jer. Bila masuk jer perasaan gayat tu automatic hilang. hehe 
 Nice view.. sejuk mata memandang..


Paling epic.. da la baju rimau belang! Hahaha
*Will be back again soon. Nak bawa family ramai2, baru best :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.