Thursday, 14 March 2013

Gurau tak bertempat..

Lagi post pasal pencerobohan kat Lahad Datu, Sabah. Aku tak blame diri sendiri pasal nak post pencerobohan sebab benda ni memang sedang meletup-letup sekarang. Da jadi masalah negara so aku pun kena concern la juga. Lebih2 tempat tu terletak di negeri tercinta! Sapa tak marah, tak geram, tak sakit hati, tak sedih kalau tempat kita diserang/diceroboh seolah2 tempat kita tak merdeka, xda undang2 langsung. Senang2 je penceroboh si Tiram.. eeehh si Kiram ni nak masuk bagai masuk rumah sendiri..Byk cantik!
Aku ni lantak la korang nak cakap apa2 lebih2 lagi orang jauh nun dari tempat aku tu. Cakap la apa saja perasaan korang, cadangan korang..dipersilakan janji hormat orang sikit. Aku nak mengadu sikit ni. Alkisahnya colleague2 aku di ofis ni meluahkan kegeraman dorang terhadap penceroboh Sulu ni. Aku panggil mundu sulu la. Senang sikit nak taip! hehe. Aku faham la juga perasaan dorang. Aku lebih2 lagi la terasa sebab negeri yang diserang tu negeri aku. Lepas tu sibuk pula dorang tertanya2 orang2 Sulu ni macam mana. Aku yang out of d conversation memang tak bercakap langsung. Tiba2 aku dengar suara sumbang. 'Entah2 zita pun orang Sulu'. Aikkk, aku ke? Kat ofis nie mana ada lg staff bernama zita selain aku ni. Apalagi aku terus interrupt conversation dorang ni. Aku mengatakan yang aku ni 'kadazandusun' dari Sabah dengan menekankan sedikit intonasi 'kadazandusun' tu. Tak faham tolong google! Terdiam juga makcik2 kat ofis ni.
Sebenarnya aku tak marah pun. Cuma aku tak suka kalau tiba2 aku dikaitkan dengan bangsa mundu ni. Rakyat Sulu kat Sabah pun tak nak dikaitkan dengan dorang, ini kan pula orang yang takde kena mengena dengan bangsa mereka ni. Macam aku! So, lain kali tak payah nak bergurau & menyibuk tak kena tempat. Kan da kena!
Aku ni garang sikit kalau 'diganggu' tak kena tempat. Bak kata Prof. Dato' Dr. Mohd Fadzillah Kamsah 'samseng jalanan'. Haha.. 

Wednesday, 13 March 2013

Pencerobohan di Lahad Datu, Sabah

Agak terlambat sebenarnya post aku pasal pencerobohan di Lahad Datu. Bukannya bermaksud tak kisah, tapi aku rasa akulah orang yang paling busy semasa rundingan dilakukan dan semasa serangan berlaku. Bukannya busy dengan keja2 menimbun tapi sibuk call family dan kawan2 kat Sabah. Almaklumla negeri terchinta aku tu. Mana boleh buat derk je. Kalau gitu gayanya, ko tak kisah pasal negeri ko kena serang baik ko berhijrah je la kat oversea sana. Bikin menyemak jer... haha 
Aku ni ramai geng polis. Akak polis geng keras aku kat Sabah pun dihantar ke Lahad Datu. Maunya jantung aku berhenti berdegup. Dig dug dig dag... berirama gitu! Dia diberi task untuk tag mayat. Suka tak suka terpaksa pergi, maklumlah SYMP. Kang tak pergi kena suruh retire. Haa, nak keja pa lps ni? Aku memang salute la pegawai dan anggota keselamatan negara kita. Tanpa dorang tak tau la pa jadi dengan Pantai Timur Sabah. So kepada orang2 luar even orang2 politik sendiri yang suka mempolitikkan keadaan ni, baik korang diam dulu. Ketepikan dulu fahaman politik tu, selesaikan masalah negara ini dulu. Bila da betul2 settle, baru korang tunjukkan protes korang dalam PRU13. Haa, memandai je aku ni!
By the way, R.I.P kepada 10 orang pewira negara kita yang gugur di Lahad Datu, Sabah dan semoga Tuhan memberkati family2 mereka agar tabah dan sabar dalam menghadapi keadaan ini. Tidak dilupakan semoga keamanan kembali menaungi Sabah dan rakyat Sabah terhindar daripada penceroboh Kiram yang tak berperikemanusiaan itu.
P/S~ Aku tak nak mama aku paranoid sampai nak ke Ranau pun takut. Asal aku call mesti dia cerita pasal ketakutan dia. Penceroboh Kiram benar2 menggugat keamanan dan mendatangkan ketakutan dan rasa panik di kalangan rakyat Sabah. Harapan semoga pewira2 kita dapat menghapuskan penceroboh2 Kiram yang buta sejarah ini!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.