Wednesday 13 March 2013

Pencerobohan di Lahad Datu, Sabah

Agak terlambat sebenarnya post aku pasal pencerobohan di Lahad Datu. Bukannya bermaksud tak kisah, tapi aku rasa akulah orang yang paling busy semasa rundingan dilakukan dan semasa serangan berlaku. Bukannya busy dengan keja2 menimbun tapi sibuk call family dan kawan2 kat Sabah. Almaklumla negeri terchinta aku tu. Mana boleh buat derk je. Kalau gitu gayanya, ko tak kisah pasal negeri ko kena serang baik ko berhijrah je la kat oversea sana. Bikin menyemak jer... haha 
Aku ni ramai geng polis. Akak polis geng keras aku kat Sabah pun dihantar ke Lahad Datu. Maunya jantung aku berhenti berdegup. Dig dug dig dag... berirama gitu! Dia diberi task untuk tag mayat. Suka tak suka terpaksa pergi, maklumlah SYMP. Kang tak pergi kena suruh retire. Haa, nak keja pa lps ni? Aku memang salute la pegawai dan anggota keselamatan negara kita. Tanpa dorang tak tau la pa jadi dengan Pantai Timur Sabah. So kepada orang2 luar even orang2 politik sendiri yang suka mempolitikkan keadaan ni, baik korang diam dulu. Ketepikan dulu fahaman politik tu, selesaikan masalah negara ini dulu. Bila da betul2 settle, baru korang tunjukkan protes korang dalam PRU13. Haa, memandai je aku ni!
By the way, R.I.P kepada 10 orang pewira negara kita yang gugur di Lahad Datu, Sabah dan semoga Tuhan memberkati family2 mereka agar tabah dan sabar dalam menghadapi keadaan ini. Tidak dilupakan semoga keamanan kembali menaungi Sabah dan rakyat Sabah terhindar daripada penceroboh Kiram yang tak berperikemanusiaan itu.
P/S~ Aku tak nak mama aku paranoid sampai nak ke Ranau pun takut. Asal aku call mesti dia cerita pasal ketakutan dia. Penceroboh Kiram benar2 menggugat keamanan dan mendatangkan ketakutan dan rasa panik di kalangan rakyat Sabah. Harapan semoga pewira2 kita dapat menghapuskan penceroboh2 Kiram yang buta sejarah ini!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.