Monday 21 January 2013

~Manusia zaman sekarang..

Walaupun batuk-batuk dan badan tak berapa sihat, aku still bersemangat bangun pagi nak pergi kerja. Aku ni lain sikit, aku suka drive kereta pagi2. So awalnya husband volunteer nak drive tapi aku refused juga. Aku rasa masih boleh handle stereng lagi so let me drive ja la. Maka aku pun drive dengan penuh semangat.

Keluar dari simpang masuk area rumah kami tu ialah LDP & New Pantai Highway. So jangan tanya la, kereta memang banyak. Macam semut pun ada. So the best way to avoid it is keluar rumah before 7am. Tapi hari ni aku tak sangka la pula da kejadian menakutkan berlaku betul2 di simpang keluar/masuk area kami tu dari 2 highway tersebut. Aku memang dari jauh memang da nampak seseorang terbongkok-bongkok kat tepi jalan tu tp x berapa sure apa. Yang pastinya lelaki. Aku pun drive slowly. Tiba2 lelaki ni berlari ke tengah jalan betul2 di hadapan kereta aku sambil mendepangkan tangan. Nasib baik aku tak drive laju, kalau tak..minta simpang 44! 

Husband yang dok baca doa di sebelah terkejut. Apalagi dia berteriak 'go, go darling. don't stop your car'. Aku da panik tak tau nak ikut mana sebab lelaki tu betul2 berada di tengah2 jalan sambil sibuk mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Sambil tu dia berteriak 'Shah Alam' entah berapa kali. Entah macam mana aku pusingkan stereng ke kiri, langgar laluan pejalan kaki terus ke highway LDP. Selepas tu yang aku dengar banyak kereta di tempat yang sama bunyikan hon kepada lelaki tersebut. Lepas tu aku tak tau apa yang terjadi. 

Slowly husband bercerita zaman sekarang kita tak boleh terlalu mempercayai orang. Sebab zaman sekarang macam2 taktik manusia yang sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan apa yang dihajati. Sounds cruel tapi itulah hakikatnya. Aku terfikir juga apa yang lelaki itu sibuk keluarkan dari poket? Pistol ka, bom ka? Aku geleng2 kepala je, tak mampu nak berfikir panjang pasal pistol bom ni. Tapi yang menghairankan aku, kalau betul2 dia memerlukan pertolongan kenapa tak pergi ke Caltex depan Sunway Pyramid tu? Di sana sentiasa da polis 24jam. Kalau jalan kali dr simpang ke Caltex tak sampai 2minit pun. Aku juga terfikir hari ni aku pakai baju kurung warna cerah while husband pakai baju kerja warna gelap. Kemungkinan besar dia nampak aku sorang je dengan rambut panjang. Sure la dia fikir dia boleh sebab perempuan. Terlalu negatif pula fikiran aku hari ni, hahaha!

Walaumanapun, aku bersyukur sebab tak jadi apa2 yang buruk. Tapi aku tak boleh bayangkan kalau aku sorang2 pi kerja that time. Aku ni pantang nampak orang yang macam memerlukan pertolongan, ringan je mulut nak tanya & kalau boleh nak tolong. Bak kata husband, aku tak boleh praktikkan sikapku yang satu ni kat sini. Di kampung sendiri boleh la kot. Hmmm, nak tolong susah tak tolong pun susah. Dunia2, apa boleh buat..ini la realitinya!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.