Thursday 3 January 2013

~Xmas Open House

Baru masuk keja 3 hari tp sangatla tidak bersemangat, still on holiday mood! Biasalah seminggu lebih bangun lambat, tiba2 kena bangun awal pula. Memang la terkejut beruk sistem badan aku yang terbiasa bangun lambat seminggu. Hahaha. Tengah free ni aku nak share2 la cerita Christmas celebration aku tahun ni.. 

Tapi maafla, pic aku tak dapat upload buat masa sekarang. Pic tu semua aku snap pakai hp je, aa la senang sikit. Tak payah bawa banyak2 kamera, ringan sikit beban tangan aku ni. Mentang2 la smartphone kan..berlagak! Huhhhh.. Actually this year turn kami celebrate Xmas dengan family belah husband. Biasa la, kna da turn kang kata melanggar perjanjian pula. Haa, kau ada?! Parents in law aku nak buat open house awal2 iaitu Dec, 22nd iaitu fall on Saturday. Bayangkan Jumaat tu kami berdua keja fullday. Balik pun confirm dekat jam 8pm. Kena pula traffic jam, yalah orang nak balik kampung bercuti memang la jalan jam teruk kan..so main sabar je la! Kalau tak sabar baik engkau buat highway sendiri2. Lepas tu father in law da pesan pot pet pot pet... maaf la lupa da apa dia cakap! Luckily dorang ambil catering and maid helper. Ringan la sikit bebanan kitaorang. 

Next day, seawal jam 10am kami berdua laki bini (macam tak sopan jerrrr...) da terpacak kat rumah parents in law. We have to be there early sebab open house tu kitaorg share. By 1130am guest pertama has arrived. Slowly continue till evening. Kelam kabut juga aku, yelah ramai orang. Sudah la tu semua nak berkenalan dengan aku. Some of them first time jumpa aku (aku menantu baru & last bagi keluarga ni). So aku kena la beramah mesra and yang penting senyum je.. Rasa macam nak cramp je mulut aku ni. Haha..Btw all taken care & takde problem sepanjang majlis berlangsung sebab da maid yang rajin. Pelik aku, macam lipas kudung dia buat keja. Cepat betul! Aku nak tolong pun tak sempat.. hahaha..

Jam 5am husband hantar aku ke rumah sebab next day aku ada exam paper kat UM. Walaupun da belajar tp aku still kena buat revision sikit-sikit in order to sharpen my knowledge.. cehh! Finally open house tu berakhir jam 11pm. Sebab by that time masih da orang yang datang tp yg pasti semua geng2 karas husband :) Aku pula jam 11pm tu masih menghadap buku sampai muka macam tenuk. Terlampau la pula..

By d way, Happy Belated Christmas 2012! 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.